f January 2011 ~ Ikrar Pemuda

Monday, January 31, 2011

PRK Tenang: Antara Pencen dan Banjir


Syukur Alhamdulillah BN Menang di Tenang. Mohd Azhar Ibrahim dari BN telah menang mengalahkan Cikgu Mala.

Buat Cikgu Mala, anda boleh balik dan renungkan sendiri hal-hal tersebut:
1) Mala harus berfikir sejenak, agak-agak dia kenapa dia dicalonkan oleh PAS pada peringkat awal. Bagi kami, dia dicalonkan oleh PAS sebab PAS sendiri dah tau yang PAS susah nak menang. Kalau kawasan tu PAS kuat, sudah tentu lah lelaki yang PAS letak. Namun, bagi Cikgu Mala, pencalonan ini adalah suatu anugerah bagi dia dan kononnya ia juga sebagai mengiktiraf Dewan Muslimat PAS. Padahal dia tak tau yang dia dan Dewan Muslimat sudah kena main.

2) Cikgu Mala sudah menerima nikmat-nikmat dari Allah melalui perlaksanaan Kerajaan BN apabila dia dapat masuk ke maktab perguruan dan menjadi guru bertauliah. Dan dapat pula mengajar di kawasan kampung halamannya sendiri (ada ramai guru di sana tak dapat mengajar di kampung halaman sendiri). Kenaikan gaji, elaun dan pelbagai kursus juga adalah beberapa nikmat Allah yang Cikgu Mala dapat. Sayangnya, Cikgu Mala berhenti kerja untuk menjadi calon PAS untuk berkempen mengatakan "Selamatkan Malaysia". 

Persoalannya, Cikgu Mala nak Selamatkan Malaysia dari siapa? Cikgu Mala sendiri sudah selamat dengan adanya pekerjaan guru, macam-macam benefit dapat, dan jika diteruskan, Cikgu Mala bakal menikmati wang pencen ketika bersara nanti. Bermakna, dari segi pendapatan, Cikgu Mala sendiri sudah selamat.

Bukan untuk menidakkan hak-hak demokrasi seseorang untuk bertanding p/raya, tetapi cara Cikgu Mala diperlakukan PAS seolah-olah dia digunakan PAS untuk setakat menjadi kambing hitam kekalahan PAS. Ini kerana Pakatan Rakyat tak sanggup kalah percuma, dan DAP dan PKR sudah tentu tak mau bertanding di kubu kuat UMNO, Maka PAS lah kena jugak lalui semua ini. Dan sekarang, Cikgu Mala sendiri sudah hilang pekerjaan, dan juga peluang untuk menikmat wang pencen di masa tua nanti. Ok memang Cikgu Makrof suaminya boleh tanggungnya, tetapi dengan isu surat MC Cikgu Makrof, Cikgu Makrof mungkin akan dikenakan tindakan tatatertib atau mungkin sampai diberhentikan. Tetapi kami percaya Kerajaan BN tidaklah sekejam itu.



Namun, tindakan sewajarnya harus dibuat terhadap Cikgu Makrof dalam isu surat MC. Ini kerana ia patut dijadikan contoh untuk semua penjawat awam supaya kes surat MC bukan boleh dibuat main. Apa pon kita tunggu tindakan oleh Kementerian Pendidikan dalam hal ini. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Azhar Ibrahim. Tugas pertama anda sudah pasti membantu dalam usaha membantu mangsa banjir di kawasan anda. Selamat bertugas YB Azhar!

Friday, January 28, 2011

Kerajaan Barisan Nasional Kerajaan Yang Zalim!

BN dah bantu pindah barang mangsa banjir, dia baru nak terkial-kial datang ngn laki dia
(gambar diambil dari novandri.blogspot.com)


Normala Sudirman adalah calon PAS di DUN Tenang. Semua orang tahu dia adalah bekas guru yg telah berkhidmat selama 13 tahun. Suaminya juga seorang guru dan masih lagi bertugas. 

Persoalannya:

1) Dia dan suaminya adalah guru sekolah kerajaan. Berbelas tahun berkhidmat dan macam-macam elaun dan kenaikan gaji dan bonus kerajaan bagi dan dia pon sapu, masih nak mengatakan kerajaan ini zalim?

2) Normala mengatakan bahawa dia sudah aktif dalam PAS sejak tahun 1997 dan dia dilantik jadi Ketua Dewan Muslimat PAS Labis pada tahun 2000). Kalau kerajaan BN itu zalim sudah tentu dia sudah dibuang sebab dia aktif menentang kerajaan melalui PAS, tapi kenapa kementerian tak buang-buang dia? Masih zalimkah kerajaan?

3) Ibu bapanya juga adalah peserta FELCRA, bermakna dia sendiri dibesarkan hasil dari program yang direncana dan dilaksanakan oleh Kerajaan BN. Namun, apabila dia sudah dewasa, kerajaan dianggapnya zalim?

Beginikah takrifan kerajaan BN yang zalim?

Isu terbaru timbul apabila suaminya, Maarof Mutalib telah mengambil cuti sakit selama 21 hari, dan beberapa blog telah pon menyiarkan sijil cuti sakitnya. Tetapi Maarof kelihatan sihat apabila sentiasa menemani Normala untuk berkempen termasuk meredah banjir? 
sijil cuti sakit suami Normala (diambil dari blogger Rajahmas)

Apa ini bukan penipuan kah?

Tiada dosa kah dalam hal ini?

Kalau hal sebegini kecil pon suaminya sudah tipu, apa tah lagi kalau mereka ini berkuasa kelak?

Mereka ingat dengan berkopiah putih dan bertudung labuh boleh menghalalkan tindakan haram mereka?

Kepada semua, nilai-nilaikan lah sendiri.

p/s: Normala sudah angkat itu sumpah bai'ah tak ? Kalau dia tukar parti dia kena cerai ke suami dia?heheheh...

Tuesday, January 25, 2011

Sidang tergempar DUN Selangor: Khalid Ibrahim gagal, Dato Satim sukses!

imej dari Malaysiakini

Dato Satim berjaya pada misi pertamanya mempimpin ADUN-ADUN BN untuk tidak menyokong usul pindaan perlembagaan Kerajaan Negeri Selangor. Ini kerana Khalid Ibrahim tidak memperoleh majoriti 2/3 ADUN untuk menyokong pindaan itu. Yang lebih teruk, sidang dewan tadi hanyalah tempat untuk ADUN-ADUN Pakatan Haram berkokok menyalahkan itu ini termasuk Tun Mahathir.

Terdapat beberapa kemusykilan hasil insiden ini.

1) Bukan kah Tan Sri Khalid sudah sedia maklum yang ADUN Pakatan Haram memang tak cukup 2/3 tetapi kenapa masih teruskan sidang? Bodoh kah?

2)  Tan Sri Khalid dan konco-konco Pakatan banyak menyalahkan UMNO dalam hal ini, tetapi di Dewan Undangan Negeri tetiba nak pulak undi mereka (ADUN BN) untuk pinda perlembagaan negeri sebab ADUN PR tak cukup 2/3? Ni politik cara apa?

3)Bagaimana pemikiran Tan Sri Khalid agaknya dengan cuba untuk mengenepikan Datuk Khusrin yang telah pon dilantik dan mendapat perkenan Sultan tetapi pada masa yang sama dia mengatakan ingin mengembalikan kuasa Sultan? Bukankah memberi perkenan itu juga adalah kuasa SUltan?

Tahniah Dato Satim atas sedia bertempur dengan si ganyut Azmin Ali. Macam-macam dia kutuk Tun M, padahal dulu dia anak angkat Tun M.

Tun  M siap tepung tawar
Azmin pengkhianat bersama Tun M

Tengoklah gambar-gambar ni, bukan main rapat Azmin dengan Tun M, tapi sekarang dia boleh kitai balik orang tua tu, tapi belakang-belakang berani la ko.

Berbalik kepada sidang tadi, ini bermakna sidang tadi hanya buang masa, padahal banyak lagi masalah boleh diselesaikan oleh wakil rakyat. Dato Satim juga membidas Pakatan hanya membazir wang rakyat apabila menggunakan 2 orang pakar undang-undang untuk membuat draf pindaan sedangkan Kerajaan Negeri Selangor boleh menggunakan penasihat undang-undang negeri sahaja. Ia juga satu pembaziran kerana, Khalid awal-awal sudah tahu yang Pakatan Haram memang tak cukup untuk dapat sokongan 2/3 dewan. The Sun melaporkan:

"In fact, it is a waste of the people’s money. How much was spent to employ the two legal experts to draft the bill when the task could have been relegated to the state legal adviser?" he asked."

Pakatan Haram memang tak tau tadbir, lembab dan gila kuasa.

Monday, January 24, 2011

Sidang tergempar DUN Selangor UPDATE 2!

Selepas berehat, Azmin nampaknya kepanasan diserang Dato Satim. Azmin nak tunjuk hero, burukkan UMNO pasal amendment kuasa raja pada 1993.

Kalau Azmin nak berucap panjang berjela nak ampu telo Anwar, undi dapat ke 2/3 majoriti?Buang masa saje!

Sidang tergempar DUN Selangor UPDATE!

Dato Satim menyatakan di dalam dewan ada 4 sebab kenapa ADUN BN tidak akan menyokong draf pindaan perlembagaan negeri Selangor

1) Bercanggah perlembagaan persekutuan
2) Bermotif politik
3) BN tidak pernah membelakangkan kuasa Sultan
4) MB Selangor membantah perkenan Sultan berkenaan lantikan Datuk Khusrin

Dato Satim juga menegaskan bahawa BN tidak menyokong pindaan perlembagaan tidak bermakna tidak menyokong Sultan tetapi membidas kenapa tidak memberi kuasa penuh kepada Sultan

Dato Satim: Selamat Berjuang!


Ikrar Pemuda ingin mengucapkan selamat berjaya kepada Dato Satim dalam mengetuai ADUN-ADUN BN di dalam persidangan tergempar Dewan Undangan Selangor hari ini!! Undian untuk draf pindaan perlembagaan sedang berlangsung!

Friday, January 21, 2011

GEMPAR! Nik Aziz akui UMNO memang perjuangkan Islam


Nik Aziz akui yang UMNO memang perjuangkan Islam. Tak percaya?


“Kalau kita tidak boleh buat sekali gus, mengapa tidak kita guna cara sedikit demi sedikit, kalau tidak boleh buat hudud, kita dah cuba, mengapa kita hendak kehilangan kuasa mentadbir, macam tindakan Mageran dulu.", kata Nik Aziz.

Menurutnya lagi:

“Kalau kita tidak boleh ambil beras seguni, mengapa kita hendak tinggalkan satu guni, lebih baik kita ambil sikit sikit, secupak secupak bawa balik ke rumah,” kata Nik Aziz merujuk kepada pentadbirannya selepas PAS memenangi Kelantan pada pilihan raya umum 1990."

Allah itu Maha Besar. Secara tak langsung Nik Aziz memperakui apa yang dibuat oleh UMNO selama ini sememangnya mengikut cara Islam. Bahkan, UMNO lebih cerdik sejak dari dulu lagi apabila tidak menggunakan sentimen keagamaan pada ketika ingin mencapai kemerdekaan. Kerana, bagi yang bukan Islam, agama adalah satu perkara yang mereka belum boleh kompromi. Namun, UMNO berjaya juga meletakkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia, sebagai satu permulaan yang baik untuk pembangunan Islam di bumi Malaysia ini. Rentetan itu pelbagai institusi Islam, (JAKIM, IKIM,JAIS, MAIS), sekolah-sekolah agama, universiti dan kolej Islam telah ditubuhkan, demi untuk memperjuangkan Islam di Malaysia. Institusi perundangan Islam, kewangan Islam, dan macam-macam yang Islamik lagi, semua sudah mula mengambil tempat di hati masyarakat Islam dan bukan Islam, hasil dari pendekatan yang sederhana yang dilakukan oleh UMNO sedikit demi sedikit sejak 50 tahun lalu.

Bukankah itu semua adalah seperti mana yang dibicarakan oleh NIk Aziz tadi?

“Kalau kita tidak boleh ambil beras seguni, mengapa kita hendak tinggalkan satu guni, lebih baik kita ambil sikit sikit, secupak secupak bawa balik ke rumah,” kata Nik Aziz merujuk kepada pentadbirannya selepas PAS memenangi Kelantan pada pilihan raya umum 1990."

UMNO sudah lama menggunakan langkah sebegini demi menegakkan Islam di Malaysia dengan cara setapak demi setapak untuk menjaga keharmonian negara. 

Begitulah PAS, yang selama ini menuduh UMNO sebagai tidak Islam kerana tidak melaksanakan hukum hudud ketika berkuasa. Namun apabila mereka berkuasa (Nik Aziz dah 20 tahun jadi MB), macam-macam alasan yang mereka berikan untuk tidak laksanakan hudud.

Nik Aziz: Kelantan tak buat Hukum Hudud takut BN isytihar darurat.

foto dari minaq-jinggo

Baru-baru ini dalam majlis bertemu blogger, Nik Aziz berhempas pulas nak menjawab pertanyaan berkenaan dengan kenapa Kerajaan PAS Kelantan tak mau buat hukum hudud sampai sekarang. Pusing punya pusing dia salahkan UMNO jugak.Tak ke hampeh!


“Kalau kita tidak boleh buat sekali gus, mengapa tidak kita guna cara sedikit demi sedikit, kalau tidak boleh buat hudud, kita dah cuba, mengapa kita hendak kehilangan kuasa mentadbir, macam tindakan Mageran dulu.", kata Nik Aziz.

Tindakan Mageran yang dimaksudkan oleh Nik Aziz menurut Malaysian Insider ialah (merujuk pada artikel yang sama):

Pada November 1977, Parlimen meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. Malah ketika itu juga PAS berada dalam Barisan Nasional (BN). (Malaysian Insider 2011)

Dr1221 ada cerita apa yang terjadi waktu itu di kelantan.

Bukan ke Kelantan pernah keluarkan satu draf hukum hudud pada tahun 1993 dan telah diluluskan oleh DUN Kelantan waktu itu, tapi sampai sekarang PAS tak laksanakan pon. Pada masa buat draf hukum hudud dan waktu nak luluskan hukum hudud masa tu, Nik Aziz tak takut ke Kerajaan nak isytihar darurat? Kenapa sekarang baru nak keluar alasan, takut Kerajaan Pusat akan isytihar darurat pulak? Kerajaan PAS Kelantan sudah pun mempunyai draf hukum hudud yang diluluskan oleh ADUN PAS pada 1993, tapi kenapa sampai sekarang tak laksanakan? Penduduk di Kelantan adalah majoritinya 90% Muslim, jadi kenapa tak laksanakan?

Nik Aziz takut Kerajaan BN isytihar darurat ke atau memang tak mampu nak laksanakan hukum hudud? atau mungkin takut hilang kuasa?

Wednesday, January 19, 2011

Isu larangan bekerja di premis arak: Topeng Islam PAS semakin terlondeh - satu kupasan

Melalui PAS, Islam tunduk kepada kafir
Hassan Ali kowtim isu tangkapan arak di Shah Alam tahun lalu. Kemenangan kepada Islam atau apa? Sampai bila PAS mahu tunduk pada Ronnie?

Dulu PAS terpekik terlolong mengatakan UMNO dan Barisan Nasional tidak Islamik, malah ada yang sampai kata UMNO ni anti Islam, sebab tak mau buat hukum hudud dan sebagainya. Itu dulu semasa PAS jadi pembangkang di Selangor. Sekarang ni PAS sebahagian dari kerajaan negeri, apa yang dia dah buat?
Tahun lepas isu tangkapan arak di Shah Alam, mula-mula Dato Hassan Ali siap gertak akan letak jawatan kalau arak dijual di Shah Alam. Tapi last-last kowtim, dan arak pon dipulangkan dan dijual di Shah Alam. PAS tewas kat situ.
Sekarang ini, timbul pula isu larangan oleh PBT kepada orang Islam bekerja di premis jualan arak, dan dibantah oleh Ronnie Liu. Setakat ini Hassan Ali dan PAS langsung tak kata apa. Khalid Ibrahim sebagai orang Islam yang memimpin negeri pula kata larangan tak perlu. 

Menurut Berita Harian, Ustaz Ronnie Liu dengan selamba berkata:

Exco perumahan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu mengesahkan arahan sudah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan, untuk menarik semula syarat itu kerana kerajaan negeri tidak menyedarinya sambil mendakwa beliau tidak dirujuk. 

Dengan sinis beliau menyatakan tindakan MPSJ akan menimbulkan rasa tidak senang kalangan orang ramai, khususnya masyarakat bukan Melayu dan tidak praktikal kerana orang Islam akan kehilangan pekerjaan. 
Ronnie langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam tetapi mengutamakan kepentingan ahli perniagaan bukan Islam yang menjual minuman keras. Malah undang-undang yang berkuatkuasa seperti termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah langsung tidak dihiraukan. 

PAS pula kata apa?Ada terpekik terlolong sampai buat demonstrasi bantah hal ini?
Ada yang baring atas jalan tak? Ada yang sampai himpun di masjid negara tak? Ada yang hantar memorandum pada Agong tak?

Isunya adalah, PAS adalah sebahagian dari kerajaan Negeri Selangor, kenapa tak bantah? Kenapa tak lawan balik? OK sekarang ni tau lah ADUN PAS memang paling sikit dalam kerajaan Pakatan Haram, tapi macamana plak dengan ADUN Islam dari PKR? Penakut ke?

Takkan dalam hal ini PAS nak salahkan UMNO? PAS yang tak buat apa-apa, UMNO jugak salah? Jangan jadi bodohla PAS, kegagalan PAS menangani isu ini sebenarnya dah menjelaskan kedudukan PAS di dalam kerajaan Negeri Selangor. PAS ni tak lebih sebagai tukang sorak, tukang bising2 untuk jatuhkan UMNO, tukang buat demo dan tukang buat solat hajat ramai-ramai dan ceramah. Yang untung akhirnya DAP dan PKR, khasnya kafir-kafir dalam tu. Umat Islam dapat apa? Islam sendiri dapat apa di bumi Selangor? 

Jadi benarkah PAS itu perjuangkan dan ingin menegakkan syiar Islam di Malaysia? Atau hanya menggunakan Islam untuk menjatuhkan UMNO untuk berkuasa? Fikir-fikirkanlah..

Sewa gerai dinaikkan 4 kali ganda di Selangor: Kebajikan kepalahotak Khalid!

SATIM (dua dari kiri) membaca notis kenaikan sewa tapak gerai semasa menemui para peniaga Pasar Pagi Taman Puchong Indah di Puchong semalam

Baru-baru ini, Dato Satim sekali lagi membongkar penipuan kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Haram apabila mereka menaikkan sewa tapak gerai. Kenaikan 4 kali ganda nyata membebankan peniaga, yang rata-rata adalah peniaga kecil di Puchong.


Kecewa sewa tapak gerai naik berganda


Ini ke kerajaan berkebajikan? Kerajaan kebajikan kepala hotak Khalid! Penasihat Ekonomi negeri buat apa dalam hal ini? Naikkan sewa membantu rakyat ke? Hal macam ni pon tak boleh nak bantu ada hati nak debat dengan PM..pigi dah!

Bukan sahaja di Puchong! Rupa-rupanya satu Selangor naik harga sewa! Tak ke penipu namanya. Kosmo ada story lagi:

SEBAHAGIAN daripada penjaja pasar pagi yang tidak berpuas hati dengan MPSJ yang menaikkan kadar sewa pada sidang akhbar di Majlis Perbandaran Subang Jaya semalam.

Sewa gerai naik di seluruh Selangor


Sah lah Khalid Ibrahim memang tak tau nak sejahterakan negeri. Nampaknya ekonomi negeri Selangor macam nak punah, sampai sewa untuk peniaga-peniaga kecil pon dinaikkan. Desperate sangat kah keadaan kewangan negeri Selangor sekarang ini? Bagus lah...lantik lagi Anwar Ibrahim jadi penasihat ekonomi negeri. Dia boleh bagi nasihat sampai lingkup.

Tuesday, January 18, 2011

BN will boycott special assembly sitting


Menurut Dato’ Dr Mohamad Satim B. Diman, wakil rakyat BN akan memboikot sidang tergempar 24hb ini. Malahan dia juga kata Khalid Ibrahim tipu sebab kata Sultan tiada kuasa lantik Setiausaha Kerajaan Negeri. The Malay Mail ada laporannya
BN will boycott special assembly sitting
Submitted by shaza on Wednesday, January 5th, 2011

Wednesday, January 5th, 2011 13:59:00
PETALING JAYA: Acting Selangor Opposition Leader Datuk Satim Diman said Barisan Nasional will still go ahead with its plans to boycott the State Assembly emergency sitting to amend the State constitution to return
the power of appointment of the State Secretary to the Sultan.
Sat im was commenting on reports quoting BN Kuang assemblyman and BN Selangor information chief Abdul Shukor Idris as saying BN representatives would support the State government's plan to amend the constitution.
"Shukor has every right to decide whether the BN representatives support the amendment. I do believe that
the Sultan has the right and authority to appoint the State Secretary and I don't deny it," Satim told The Malay Mail.
Satim also called Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim and Pakatan Rakyat (PR) liars, saying the Sultan has no right to appoint the State Secretary.
"Once again the Sultan has every right to appoint the State Secretary."
Yesterday Satim told The Paper That Cares he would make sure none of his BN comrades voted in favour of PR and to show their dissatisfaction over the State government's move, BN assemblymen would not attend the emergency sitting altogether.
The power to appoint the State’s top civil servants was stripped from the Sultan in 1993 during the royalty Constitutional crisis.
Sebenarnya tindakan Pakatan ingin meminda perlembagaan atas isu perlantikan pegawai kanan negeri hanyalah sebenarnya untuk kepentingan diri mereka. Ini kerana, jika benar mereka sedar akan ia penting untuk Negeri, sudah pasti sudah lama Pakatan ubah, kenapa bila Datuk Khusrin yang sudah mendapat perkenan Sultan Selangor dilantik, baru Khalid terhegeh-hegeh nak pinda perlembagaan. Bahkan Khalid akui yang perlantikan itu sah, kenapa masih mahu pinda?

Khalid juga perlukan persetujuan 2/3 ahli DUN Selangor untuk meminda perlembagaan negeri, sedangkan Pakatan Haram tidak mempunyai jumlah tersebut. Yang Khalid kata, dia yakin bahawa ada wakil rakyat BN akan sokong, yakin berdasarkan apa?Inikah dia Menteri Besar yang disanjung-sanjung Pakatan? Bertindak tanpa perancangan, hanya ikut sesedap rasa? Macam ni ke tokoh koporat? main balun je ikut nafsu...khalid kalau nampak Eli mulala meraban ntah tengok mana...!!!

Friday, January 14, 2011

Alhamdulillah, PAS tambah peluang pekerjaan umat Islam

Tahniahla pada PAS sebab PAS dan pakatan haram sentiasa menambah peluang pekerjaan untuk umat islam di selangor. Dah

nama pon kerajaan berkebajikan kan? Tak kira lah kat tempat jual arak ke hape,janji Ronnie Liu sayang sama PAS. Malaysiakini melaporkan http://www.malaysiakini.com/news/153324

Diulas dari blog  http://sohaimi-shahadan.blogspot.com

Wednesday, January 12, 2011

PAS Selangor iktiraf Datuk Khusrin?Khalid Ibrahim masih nak buat sidang?

 PAS S'gor makin mesra dengan Khusrin - Malaysiakini .

Hahaha,Khalid Ibrahim makin menggelabah unta. PAS Selangor dah bersuara menyatakan sokongan kepada Datuk Khusrin. Amacam Khakhakhalid?

Pakatan Haram: Sampai Solat Hajat pon nak dipolitikkan


Apa punya hipokrit la Pakatan Haram ni. Dahla pergi buat sembahyang hajat bukan kat masjid, tapi kat stadium, kononnya nak Selamatkan Selangor dari Barisan Nasional, tapi diorang lupa yang Stadium tu dibina atas perancangan teratur Kerajaan Barisan Nasional dulu. 

Kenapa tak buat kat Masjid?

1) Ooo..takut kata mempolitikkan rumah Allah, sebab Sultan Selangor dah kasik warning. Bermakna, sembahyang hajat tu untuk motif politik lah?Kekalkan kuasa..kuasa siapa? Adakah untuk perjuangan Islam? Persoalannya, kerajaan Selangor sekarang kerajaan Islam kah yang PAS nak dipertahankan sampai nak buat sembahyang hajat? Kenapa tak suruh semua masjid di Selangor ni buat sembahyang hajat untuk mempertahankan Selangor?Sembahyang hajat ni untuk orang PAS sahaja ke?

2) Oooo..mungkin sebab lepas sembahyang hajat mohon kat Allah, boleh adakan ceramah politik. Kat masjid tak boleh ceramah politik. Bolehlah bantai sana, bantai sini, tuduh BN tak betol ini tak betol. Hoii!! Yang Stadium tu bukan dibuat bawah pemerintahan BN  ke? Nak harap Kerajaan Sekarang ada ke masjid atau pon stadium yang dibuat?

Penyokong-penyokong tegar Pakatan Haram punyalah bangga kononnya ribuan pergi sembahyang hajat di Stadium Melawati baru-baru ini, siap post kat FB. Hahahaha..sikit pon kami tak heran dee..sebab yang gi sembahyang tu semua buang masa je. Takde maknanya solat hajat untuk DAP bermaharajalela di Selangor ni. Takde maknanya solat hajat untuk 


  1. kerajaan negeri yang kasi sama rata sumbangan untuk rumah ibadat bagi semua agama.
  2. kerajaan negeri yang dipimpin Anwar Ibrahim yang sokong pluralisme agama.
  3. kerajaan negeri yang dipimpin Anwar yang berkata "Muslims Have No Monopoly over Allah word"
  4. kerajaan negeri yang dipimpin penderhaka kepada Sultan
  5. kerajaan negeri yang curi hasil pasir
  6. kerajaan negeri yang relakan kalimah ALLAH digunakan oleh kafir
  7. kerajaan negeri yang tak reti nak tunaikan semua janji-janji
  8. kerajaan negeri yang ada penasihat ekonomi yang langsung tak bawak masuk apa-apa pelaburan, yang dia reti hanya ceramah dan menipu sahaja
  9. kerajaan negeri yang sunyi sepi dari perjuangan Islam yang dilaung-laungkan oleh PAS.
  10. kerajaan negeri yang semakin banyak rumah-rumah urut dan pelacur asing.
  11. kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar paling lembab di dunia, sanggup seret rakyat buat demo di jalanan, dan sanggup putar belit kenyataan Sultan.

orang kata, kalau sembahyang hajat tu berniat perkara yang tak berapa nak betul, hajat tu jadi terbalik pada orang yang minta tu....., so siapa-siapa yang pergi buat solat hajat tu bawak-bawak la bertaubat..baik buat solat hajat untuk perkara yang lebih baik..wallahualam.

Adun sri muda tak jadi letak jawatan

Shuhaimi si penderhaka tak jadi letak jawatan!berapa lama lg dia nak tahan,org seumpama ini tak layak jd wakil rakyat

Shuhaimi si penderhaka pengecut!

ADUN Sri Muda yang lantang mengkritik perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya pengecut. Dia hanya berani untuk berkata-kata melalui skrin monitor komputer. Konon dengar nasihat peguam, haritu kata minta maaf apa hal?

Ke mana menghilang si Shafei ni? Polis dinasihatkan berjaga-jaga jika mahu menangkapnya kerana seperti biasa Pakatan Haram akan cuba spin cerita dan menyusahkan pihak PDRM. Pakatan Haram memang tak boleh harap, melindungi penderhaka Sultan, Melayu macam ni elok dibuang saja dari bumi Selangor. 

Tuesday, January 11, 2011

Layakkah Teresa Kok jadi Exco Pelaburan Perdagangan dan Industri Selangor?


Teresa Kok kata Ketua Pembangkan Selangor yang baru Dato Satim bukan seseorang yang layak jadi Ketua Pembangkang. Pelik betul dia ni, baru jadi Ketua Pembangkang beberapa jam terus kata tak layak? Macamana dia buat penilaian? Dalam beberapa jam sudah boleh ka?atau dia ahli nujum?


Sepatutnya kita patut tanya balik Teresa Kok, selepas hampir 3 tahun, dia layak ke jadi Exco Pelaburan Perdagangan dan Industri Selangor di Selangor? Layakkah dia menjadi Exco bila ditanya sumbangan kerajaan Selangor menaiktaraf kawasan perindustrian Selangor pada 2009, dia boleh jawab "Tiada statistik". Bernama melaporkan:

Seorang berjawatan exco tiada statistik? Malunye!

Itu belum tanya berapa banyak pelaburan yang dia sudah tarik ke Selangor lagi. Cuba tengok jadual di bawah ni
Bole rujuk di sini. Jadual di atas menunjukkan aktiviti Pusat Pelaburan Negeri Selangor. Pada tahun 2010, hanya satu sahaja aktiviti, itu pon pada Januari 2010. Isu ini telah pon disentuh oleh blog satulimatiga tahun lepas. Mana aktiviti-aktiviti lain? Takkan satu je kot?

Teresa Kok kata Selangor mencatat pelaburan tertinggi tahun lepas, tapi siapa yang tarik? Kerajaan Pusat atau negeri? Takkan dengan satu aktiviti terus dapat tarik berpuluh juta pelaburan untuk satu tahun?Jadi apa Teresa Kok buat?

Monday, January 10, 2011

Khalid Ibrahim nak kembalikan kuasa Sultan, Tony Pua takut kuasa Sultan

Khalid Ibrahim sibuk sibuk nak buat sidang DUN Selangor untuk meminda perlembagaan kononnya nak kembalikan kuasa Sultan untuk melantik pegawai-pegawai kanan kerajaan. Dan dengan muka tak tau malu dan subal, Khalid cabar pulak ADUN-ADUN BN untuk sokong dia meminda perlembagaan. Ait? Dah la tak cukup sokongan 2/3 lepas tu siap cabar pulak untuk dapatkan sokongan? Style apa dia pakai ni?

Khalid!! Nanti dulu..sebelum kau dok sebok cabar ADUN BN..kau betol ke dah dapat semua sokongan ADUN Pakatan Haram untuk sokong kau? DAP mau ke pindaan ni?

Biar betol Khalid? Tony Pua ni pon takut pada kuasa Sultan? Lepas tu kau nak kata Pakatan perjuangkan hak sultan? Poooodah! Dulu krisis di Perak apsal tak mau sokong Sultan?

Perlantikan Dato Satim: Teresa Kok belum apa-apa dah kecut hehehe...

Kenapa agaknya dia tunjuk pada tulisan jawi tu?

Gugur jantung Teresa Kok agaknya apabila mendengar perlantikan Datuk Dr Mohamad Satim Diman sebagai Ketua Pembangkang Selangor. Oleh kerana kecut dan takut dengan berita ini, tak sampai beberapa jam dilantik, Teresa Kok mula menyerang Datuk Satim dengan macam-macam tuduhan, malas lah aneh lah. Yang paling kelakarnya, dia kata Datuk Satim tak turun padang jaga kawasan. 



Sahlah dia ni memang penipu..sebenarnya banyak kali Datuk Satim turun padang di DUN dia..tak caya gi kat sini http://www.youtube.com/ikrarpemuda untuk video-video dan www.facebook.com/ikrarpemuda untuk gambar-gambar. 

Persoalannya kenapa Teresa Kok ni takut sangat sama Datuk Satim? 


Cuba ingat pada tahun 2008 mengenai kes memperlahankan azan di beberapa kawasan di Selangor, dimana Datuk Satim telah membawa isu ini. Baca di sini dan di sini (siap bukti lagi).

Hasil pendedahan inilah dikatakan punca Teresa Kok telah ditahan ISA waktu itu. Tu yang Teresa ni takut tu..heheheh..Sekali Datuk Satim letup, terus masuk ISA.....nantikan letupan-letupan lain dari Datuk Satim selepas ini. TUNGGUUUU.....

Friday, January 7, 2011

Satim Diman dilantik menjadi Ketua Pembangkang Selangor


Seperti apa yang telah kami lapor sebelum ini, maka sah sudah ADUN N29 Sri Serdang  yang juga Ketua Bahagian UMNO Puchong telah dilantik menjadi Ketua Pembangkang di DUN Selangor Darul Ehsan. Perlantikan ini adalah untuk menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang meletakkan jawatan tersebut tahun lalu. Di peringkat UMNO negeri, Datuk Dr Mohamad Satim pernah menjawat jawatan Pemangku Ketua Pembangkang dan juga sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor. Di peringkat DUN pula, Datuk Satim juga pernah dilantik menjadi Timbalan Speaker bagi DUN Selangor pada 2004-2008.

Dengan perlantikan ini, maka bermulalah satu era baru bagi UMNO di Selangor. Jawatan yang dilantik ini bukanlah satu kemegahan, namun ia merupakan satu cabaran yang besar buat Satim dalam merampas kembali pemerintahan kerajaan negeri Selangor dari Pakatan Rakyat. Mstar melaporkan:

"Tanggungjawab ini cukup besar namun saya akan cuba memberikan yang terbaik. Saya akan rangka strategi dan gerakan jentera untuk tawan semula Selangor. Sudah terbukti kita ada rekod yang baik selama memerintah Selangor sebelum ini.”

Satim akan memulakan tugas baru beliau bermula pada akhir bulan ini apabila Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang.

Khalid Ibrahim: Syabas Khalid,anda MB terbaik dari ladang!

Selangor mencatatkan satu jumlah yang besar dari segi pelaburan "asing" pada tahun 2010. Ini semua adalah hasil pendekatan Pakatan Rakyat 2010 yang begitu pragmatik dan sensitif dengan kehendak pelanggan-pelanggan di Selangor. Pada tahun lepas, seramai 816 orang pelabur asing....oooppsss silap...PELACUR ASING telah ditahan oleh pihak polis. Sinar Harian mendedahkan:

Maka tahniah lah Khalid Ibrahim, "kejayaan" demi "kejayaan"  telah ditempa oleh Khalid dan gerombolan pemimpin Pakatan Haram. Antara kejayaan-kejayaan Khalid yang lain di Selangor ialah:

1) Menderhaka kepada titah Sultan
2) Putar belit kenyataan Sultan
3) Curi Pasir
4) Lacurkan agama Islam, serta institusi masjid dan surau
5) Tipu Sultan (janji nak kutip RM100 juta hasil pasir tapi tak sampai RM50 juta pon!)
6) Tipu Rakyat (Janji-janji turun cukai pintu, cukai perniagaan dan macam-macam lagi entah bila pulak nak tunai)


Air percuma pon sampai rakyat plak kena demonstrasi, padahal dia yang janji dia la settle kan apasal nak seret rakyat plak? Tak ke badigol!

Ada satu yang Khalid belum berjaya iaitu hilangkan gagap dia.

p/s: betul ke sekarang ni ada sorang pemimpin PKR ni cukup suka Khalid kena serang kiri kanan?Cuba teka siapa..heheheheh..

Thursday, January 6, 2011

Saya akan terus membela rakyat- Dato' Dr Mohamad Satim B. Diman




Ahli Dewan Undangan Negeri N29 Sri Serdang Dato' Dr Mohamad Satim B. Diman berkata gagasan 1Malaysia merupakan konsep yang diperlukan oleh rakyat kerana ia mempertahankan hak semua kaum di negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara serta mampu memajukan negara. Berucap di hadapan 2,000 rakyat DUN Sri Serdang yang membanjiri Dataran Puchong Permai pada Malam Sambutan Tahun Baru 2011. Menurutnya lagi konsep 1Malaysia adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan dan Rukun Negara tanpa mempersoalkan hak mana-mana kaum. 

Satim juga berkata gagasan 1Malaysia memupuk satu semangat baru di kalangan rakyat ke arah kecemerlangan negara. Satim menyifatkan PKR, DAP dan PAS hanya ber"main wayang" selama ini. Sesuai sekali dengan sifat semula jadi mereka iaitu "sifat suka menipu rakyat". Ramai yang sudah tertipu sebelum ini, dan ramai juga yang telah tersedar dan cepat-cepat keluar dari pakatan palsu PKR, DAP dan PAS ini. Sampai bilakah rakyat Malaysia akan terus tertipu dengan pakatan palsu ini? Mulai hari ini marilah kita bersama2 Barisan Nasional berganding bahu antara satu sama lain demi keamanan Negara dan negeri yang kita cintai kita matikan gabungan "wayang-wayang" politik pembangkang ini..Hidup Barisan Nasional!

Wednesday, January 5, 2011

Syabas Pakatan kerana sentiasa hasilkan pemimpin berani...

Berani? Ya! Berani menentang Sultan! Pakatan Haram sentiasa berjaya dalam melahirkan satu jenis pemimpin yang luar biasa(luar tabii pon ada juga)! Namun luar biasa yang dimaksudkan ialah suka menentang Sultan. Pemimpin pertama lahir dari Pakatan Bongkak menjadi penentang Sultan ialah Nizar Jamaluddin bekas Menteri Besar Perak! Di Selangor tak kurang juga hebatnya. Putar belit, putar alam, muka tak tau malu, Kurang ajar! Itulah antara sifat pemimpin Pakatan Haram di Selangor ini. Isu perlantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri SElangor telah menelanjangkan lagi sifat kurang ajar Pakatan Haram.

1) Khalid Ibrahim

Khalid Ibrahim melarang Datuk Khusrin untuk terlibat dengan sebarang mesyuarat bersama exco mahupun pimpinan kerajaan negeri. Khalid juga tidak mahu menghadiri upacara angkat sumpah Datuk Khusrin di hadapan Sultan Selangor nanti. Dah la cuba tolak apa yang telah diperkenan Sultan, nak boikot plak majlis angkat sumpah!


2) ADUN Sri Muda: Suhaimi Shafie 

Berikut adalah kenyataan beliau dari blog beliau:
“Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato’ Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan “beraja di mata, bersultan di hati” oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.

Ini satu jenis lagi spesies manusia jenis kurang ajar didikan Anwar Ibrahim. Dia ni berani cuba nak bakar semangat rakyat untuk melawan Sultan Selangor! Patutkah orang seperti ini hidup di bumi Selangor ini?

3) Speaker Teng

Dia ni pulak nak berlagak mengalahkan Raja! Ada ke dia kata sidang DUN di Selangor tak perlu perkenan Sultan? Apa dia ingat ini Parlimen kat Shanghai ke?Mstar melaporkan:
"Beliau juga berkata, sidang DUN yang dicadangkan oleh Abdul Khalid bukan sidang tergempar tetapi sambungan daripada sidang DUN yang ditangguhkan pada 15 November lepas.

Ketika ditanya sama ada sidang itu perlu mendapat perkenan Sultan Selangor, Teng berkata tidak perlu kerana ia hanyalah sambungan daripada persidangan yang ditangguhkan dan menurutnya sidang DUN awal penggal yang dijadualkan Mac depan perlu mendapat perkenan Sultan Selangor."

Ramai yang sudah muak dengan permainan politik rejim Pakatan Haram ini. Macam-macam masalah, dari exco bogelnya, wakil rakyat masuk mesjid, surau di tempat orang sembahyang, masalah curi pasir, ingkar titah Sultan dan sebagainya. Ini baru 2 tahun lebih memerintah...kalau 20 tahun macamana?

Anwar sentap: Nik Aziz akui ada jumpa Dato Seri Najib


Dalam banyak-banyak berita, berita ini la yang sebenarnya merentap semangat Anwar Ibrahim sekarang ini. Sampaikan Harakahdaily pon tak bole tau akan apa isi pertemuan Dato Seri Najib dan Nik Aziz. MalaysiaKini melaporkan:


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup, lapor Harakahdaily.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan perdana menteri untuk bersembang biasa.

“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu tengah hari tadi.

Sementara itu, setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari pula menjangkakan penjelasan lanjut berhubung pertemuan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Beliau (Nik Aziz) apa pun akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat, dijangka dalam masa 24 jam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


Banyak blog mengaitkan pertemuan yang berlaku Disember lalu adalah untuk kerajaan perpaduan. Di sini dan di sini. Anwar di dalam keadaan gundah gulana menunggu dalam 24 jam ini, adakah benar perbincangan melibatkan kerajaan perpaduan. Gelisah, resah, basah..semua dirasai Anwar pada ketika ini agaknya hehehehehe

Tuesday, January 4, 2011

2 Benda yang ditakuti Pakatan Haram di Selangor

Sekarang ni ada DUA benda yang ditakuti oleh Pakatan di Selangor.

1) Jelingannya sudah cukup menggetarkan kejantanan Khalid Ibrahim. Suaranya bagai gempita yang bisa menggugurkan jantung Khalid. Bentaknya bisa memperbetulkan kegagapan Khalid. Itu belum lagi dia hentak meja depan Khalid, maka akan gugurkan segala apa yang ada dengan Khalid. Beliau yang dimaksudkan ialah Datuk Khusrin Munawi.

Jelingannya bisa meragut kejantanan Khalid dan Faekah...hehehe...

2) Warnanya bersinar menyinari bumi Malaysia tumpah darahku. Tetapi kehadirannya menghantui Ronnie Liu dan Faekah Husin. Siang malam tak tidor mereka dibuatnya. Khalid Samad juga hampir tanggal janggut apabila terserempak akan makhluk ini. Sampaikan nak dihalau dari Bumi Selangor. Yang dimaksudkan ialah Logo 1Malaysia.

Takde apa sangat pon logo ni, awat Ronnie tu kalut sangat?

Kehadiran 2 benda ini bakal menjerut leher Pakatan Haram di Selangor. Entah kenapa hanya mereka sahaja yang tahu. Datuk Khusrin bukannya wakil rakyat pon, dan logo 1Malaysia bukannya hidup pon. Tapi takotnya mereka mengalahkan ibarat kena kejar dengan gergasi. Hahahaha....pastikan tahun 2011, Pakatan bakal berkubur di Selangor.

Kalau Pakatan Rakyat buat, bukan bermotif politik....

Khalid Ibrahim menuduh perlantikan Datuk Khusrin Munawi menjadi Setiausaha Negeri Selangor oleh Ketua Setiausaha Negara sebagai tindakan bermotif politik. Sebahagian kenyataan akhbar Khalid:

"Perlu dinyatakan di sini, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu bukan sahaja melanggar Perlembagaan, tidak bertanggungjawab serta tidak profesional malah boleh dianggap bermotifkan politik; sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor."

Pakatan Rakyat di  Selangor  makin hari makin menunjukkan kebodohan dan kedunguan tahap dewa dewa. Apa-apa tindakan yang tidak kena pada mereka dituduh sebagai tindakan bermotif politik. Cuba  lihat tindakan-tindakan mereka di negeri Selangor :

1) Isu Air
Demonstrasi air..masjid negara pula yang digunakan

Menteri Besar Selangor sanggup mengheret rakyat Selangor untuk berdemonstrasi hanya kerana ingin membeli Syabas menggunakan duit rakyat Selangor sendiri. Dia yang ada saluran yang lebih baik untuk mengadakan perbincangan dan mesyuarat cuba menggunakan rakyat untuk kepentingannya dan Pakatan Rakyat. Kerajan Selangor sebenarnya tertekan dengan tanggungan kira-kira RM11 juta tiap-tiap tahun oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor terpaksa cari jalan untuk menampung masalah ini dan rakyat yang menjadi mangsa. Tapi bila Syabas buat tabung Budi untuk tolong orang yang langsung takde bekalan air Khalid punyalah melenting, kenapa?Bukan bermotif politik kah ini?


2) Isu Logo 1Malaysia
Ronnie Liu takut dengan logo 1Malaysia sampai membawa ke dalam mimpi

Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia baru-baru ini dengan alasan logo 1Malaysia bermotif politik. Tindakan ini adalah sendiri sebenarnya bermotif politik. Oleh kerana takut dengan kejayaan gagasan 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Dato Seri Najib, mereka terus mengharamkan logo 1Malaysia. Bukan bermotif politik kah ini?


3) Kafir di dalam surau dan masjid
 
kafir-kafir masuk ruang solat surau dan masjid direlakan oleh PAS

Wakil-wakil rakyat kafirun dari Pakatan dengan selamba masuk ke surau dan masjid di Selangor kononnya untuk beri taklimat dan sumbangan. Masalahnya perlukah sampai ke ruang solat? Xavier dan Teo Nie Ching didapati masuk ke ruang solat surau dan masjid untuk berceramah untuk apa?PAS dengan penuh dungu merelakan ini berlaku, hanya kerana mabukkan kuasa. Bukan bermotif politikkah ini?

Jangan dibiarkan diri anda dibodohkan oleh Pakatan Haram....

Saturday, January 1, 2011

2011: Selamat Tahun Baru dari Ikrar Pemuda!

Warga Blog Ikrar Pemuda dan Pemuda UMNO Bahagian Puchong ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Semoga cita-cita dan azam anda untuk tahun baru ini dapat digapai Insya Allah. Nantikan coretan-coretan yang lebih gempar dan menyayat hati untuk Pakatan Haram hahahah!