f Saya akan terus membela rakyat- Dato' Dr Mohamad Satim B. Diman ~ Ikrar Pemuda

Thursday, January 6, 2011

Saya akan terus membela rakyat- Dato' Dr Mohamad Satim B. Diman




Ahli Dewan Undangan Negeri N29 Sri Serdang Dato' Dr Mohamad Satim B. Diman berkata gagasan 1Malaysia merupakan konsep yang diperlukan oleh rakyat kerana ia mempertahankan hak semua kaum di negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara serta mampu memajukan negara. Berucap di hadapan 2,000 rakyat DUN Sri Serdang yang membanjiri Dataran Puchong Permai pada Malam Sambutan Tahun Baru 2011. Menurutnya lagi konsep 1Malaysia adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan dan Rukun Negara tanpa mempersoalkan hak mana-mana kaum. 

Satim juga berkata gagasan 1Malaysia memupuk satu semangat baru di kalangan rakyat ke arah kecemerlangan negara. Satim menyifatkan PKR, DAP dan PAS hanya ber"main wayang" selama ini. Sesuai sekali dengan sifat semula jadi mereka iaitu "sifat suka menipu rakyat". Ramai yang sudah tertipu sebelum ini, dan ramai juga yang telah tersedar dan cepat-cepat keluar dari pakatan palsu PKR, DAP dan PAS ini. Sampai bilakah rakyat Malaysia akan terus tertipu dengan pakatan palsu ini? Mulai hari ini marilah kita bersama2 Barisan Nasional berganding bahu antara satu sama lain demi keamanan Negara dan negeri yang kita cintai kita matikan gabungan "wayang-wayang" politik pembangkang ini..Hidup Barisan Nasional!

5 comments:

  1. saya ahli umno puchong..cuma saya nak cakap satu kat dato satim..kalau benar lah dia bercakapa benar..tunaikan janji janji beliau pada kami yang kami dah bosan nak tunggu...janji nak tolong rakyat..kena buat..kalau setakat cakap..pi lah satim...

    ReplyDelete
  2. satim ni memang suka buat janji masalahnya dia tak pernah tunaikan janji..orang puchong dah bosan dengan dia...tanyalah ahli umno akar umbi puchong...

    ReplyDelete
  3. Buat pe lah fitnahkan dia..tak baik saudara..saya ni bekas ahli PKR Puchong...penyokong kuat yaakob Sapari..tapi tu dulu..sekarang tidak menyertai mana2 parti politik..tapi saya cuma nk tanya..kalau satim ni tak pernah tunaikan janji mcm ne dia boleh menang 4 penggal berturut-turut??kawasan bandar plak tu..dan dia adalah satu2nya calon melayu tunggal Barisan Nasional yang menang dalam pru-12 dalam kawasan bandar..kalau ikutkan Allah tu maha kaya..kalau tak..tak kan la ALLAH izinkan Satim jadi wakil rakyat dari tahun 1994 hingga sekarang...sampai Yaakob Sapari pindah lain kawasanla bertanding..!!!Tu maknaya satim ni jalankan tugas dengan jujur dan amanah..tu yang Allah Bagi lagi dia rezeki jadi wakil rakyat..

    ReplyDelete
  4. heheeh..janji apa janji..kalau la dato satim tak tunaikan janji2..takde la rupa serdang dan puchong jadi macam sekarang..bayangkan la rupa puchong 16 tahun dulu, ada tak macam sekarang?...beza kan lah..sendiri mau ingat la weii..
    jangan kufur nikmat..nanti Allah tarik semua baru tau...selangor nak tergadai dah ni..

    ReplyDelete
  5. bro..tanya masyarakat puchong indah...belaiu kalah teruk masa pilihanraya dulu di kawasan ini..kenapa?...sebab 1) surau puchong indah beliau rampas dan serah pada india muslim...hubungan beliau dengan masyarakat puchong indah terok dan tidak baik...belaiu janji nak bagi peruntukan untuk bantu kami tapi samapi la ni..janji tinggal janji...bagi saya mudah..beliau seorang berkarisma..tapi beliau perlu tebus kesalahan dan kesilapan ini demi masa hadapan beliau sendiri...PRU12 dulu beliau menang 45 undi jer bro..itu pun dia menang di sekolah puchong perdana...so its time for him toi buck up or back off..tengok balik file file lama tu ..perbetulkan kesilapan , perbaiki kelemahan...saya tak nak dedahkan segala dokumen perjanjian yang ada...sebab masih menghormati beliau...

    ReplyDelete