Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, January 5, 2011

Syabas Pakatan kerana sentiasa hasilkan pemimpin berani...

Berani? Ya! Berani menentang Sultan! Pakatan Haram sentiasa berjaya dalam melahirkan satu jenis pemimpin yang luar biasa(luar tabii pon ada juga)! Namun luar biasa yang dimaksudkan ialah suka menentang Sultan. Pemimpin pertama lahir dari Pakatan Bongkak menjadi penentang Sultan ialah Nizar Jamaluddin bekas Menteri Besar Perak! Di Selangor tak kurang juga hebatnya. Putar belit, putar alam, muka tak tau malu, Kurang ajar! Itulah antara sifat pemimpin Pakatan Haram di Selangor ini. Isu perlantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri SElangor telah menelanjangkan lagi sifat kurang ajar Pakatan Haram.

1) Khalid Ibrahim

Khalid Ibrahim melarang Datuk Khusrin untuk terlibat dengan sebarang mesyuarat bersama exco mahupun pimpinan kerajaan negeri. Khalid juga tidak mahu menghadiri upacara angkat sumpah Datuk Khusrin di hadapan Sultan Selangor nanti. Dah la cuba tolak apa yang telah diperkenan Sultan, nak boikot plak majlis angkat sumpah!


2) ADUN Sri Muda: Suhaimi Shafie 

Berikut adalah kenyataan beliau dari blog beliau:
“Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato’ Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan “beraja di mata, bersultan di hati” oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.

Ini satu jenis lagi spesies manusia jenis kurang ajar didikan Anwar Ibrahim. Dia ni berani cuba nak bakar semangat rakyat untuk melawan Sultan Selangor! Patutkah orang seperti ini hidup di bumi Selangor ini?

3) Speaker Teng

Dia ni pulak nak berlagak mengalahkan Raja! Ada ke dia kata sidang DUN di Selangor tak perlu perkenan Sultan? Apa dia ingat ini Parlimen kat Shanghai ke?Mstar melaporkan:
"Beliau juga berkata, sidang DUN yang dicadangkan oleh Abdul Khalid bukan sidang tergempar tetapi sambungan daripada sidang DUN yang ditangguhkan pada 15 November lepas.

Ketika ditanya sama ada sidang itu perlu mendapat perkenan Sultan Selangor, Teng berkata tidak perlu kerana ia hanyalah sambungan daripada persidangan yang ditangguhkan dan menurutnya sidang DUN awal penggal yang dijadualkan Mac depan perlu mendapat perkenan Sultan Selangor."

Ramai yang sudah muak dengan permainan politik rejim Pakatan Haram ini. Macam-macam masalah, dari exco bogelnya, wakil rakyat masuk mesjid, surau di tempat orang sembahyang, masalah curi pasir, ingkar titah Sultan dan sebagainya. Ini baru 2 tahun lebih memerintah...kalau 20 tahun macamana?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages