Dalam banyak-banyak berita, berita ini la yang sebenarnya merentap semangat Anwar Ibrahim sekarang ini. Sampaikan Harakahdaily pon tak bole tau akan apa isi pertemuan Dato Seri Najib dan Nik Aziz. MalaysiaKini melaporkan:
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.
Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup, lapor Harakahdaily.
“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan perdana menteri untuk bersembang biasa.
“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu tengah hari tadi.
Sementara itu, setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari pula menjangkakan penjelasan lanjut berhubung pertemuan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
"Beliau (Nik Aziz) apa pun akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat, dijangka dalam masa 24 jam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Banyak blog mengaitkan pertemuan yang berlaku Disember lalu adalah untuk kerajaan perpaduan. Di sini dan di sini. Anwar di dalam keadaan gundah gulana menunggu dalam 24 jam ini, adakah benar perbincangan melibatkan kerajaan perpaduan. Gelisah, resah, basah..semua dirasai Anwar pada ketika ini agaknya hehehehehe
No comments:
Post a Comment