Sunday, May 19, 2013

TUKAR KERAJAAN TANPA PILIHANRAYA?ANDA MAU?



PAS nampaknya senyap dalam isu nak guna jalanan sebagai pentas tukar kerajaan. DAP pula tak nyatakan direct tapi mahukan Anwar dan PKR lakukan dan mereka akan tengok macamana..kalau ada peluang dia sauk la..Repot Polis dari Karpal pasal tak setuju guna demonstrasi untuk ubah kerajaan itu wayang je la kot..

Kita sebagai rakyat biasa ni cuba fikir kalau ada pihak nak tukarkan kerajaan BUKAN MELALUI PILIHANRAYA..APA AKAN JADI?? Aman kah? Harmoni kah? 
Budak mentah kat dalam video di bawah ni cakap dia tak sanggup nak tunggu 5 tahun lagi diperintah di bawah BN..




Eloklah tu..dah kena cekup oleh pihak Polis..

Saturday, May 18, 2013

ANWAR DAH MULA TUGASNYA SEBAGAI PENSYARAH SEJARAH?..

Sekadar gambar hiasan..


Ya..memang Anwar dah mula tugasnya sebagai pensyarah sebagaimana yang dia janjikan jika dia gagal menawan Putrajaya...Anwar memilih matapelajaran sejarah..tak caya baca kat bawah ni..



Ya..sejarah yang dia cipta sendiri dengan mengatakan bahawa US serang Iraq atas sebab nak pulihkan demokrasi.. Benda itu budak sekolah pon tau US serang Iraq kerana minyak..dan US sendiri pon bagi alasan serang Iraq kerana Iraq ada Weapon of Mass Destruction kelolaan arwah Saddam Hussain..So celah mana sejarah yang Anwar ajar ni?? EPIC FAIL!!

Thursday, May 16, 2013

PEMIMPIN PR PUN DILANTIK MENTERI?? #Kabinet2013


Pemimpin PR pun ada yang diberi tanggungjawab jaga kementerian?? Memang ada..semua Kementerian baru diwujudkan..

Berikut adalah jawatan serta kementerian yang diberi tanggungjawab kepada pemimpin Pakatan Haram

Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Menunggu (sampai ke sudah) - Prime Minister in Waiting (forever)
Kementerian Perhimpunan
Kementerian Penipuan
Kementerian LGBT
Kementerian Pembangunan China Doll
Kementerian Keselamatan dalam Seluar

Nurul Izzah Anwar
Menteri
Kementerian Kemurtadan
Kementerian Pemfitnahan
Kementerian Pembunuhan Karakter

Tian Chua
Menteri
Kementerian Penaklukan Sabah

Azmin Ali
Menteri
Kementerian Gimik
Kementerian Aiskrim

Lim Kit Siang
Menteri
Kementerian Hak sama rata
Kementerian Perkauman

Lim Guan Eng
Menteri
Kementerian Terowong (Dengan Tol)

Khalid Samad
Menteri
Kementerian Meliberalkan Kalimah Allah

Mustafa Ali (Dilantik Senator)
Menteri
Kementerian Sepender
Kementerian Roti

Khalid Ibrahim
Menteri
Kementerian Manifesto bukan Janji

Nizar Jamaluddin
Timbalan Menteri
Kementerian Penipuan

Siapa ada idea boleh sambung

Wednesday, May 15, 2013

ANWAR JUGA UMUM KABINET NYA?? #kabinet2013





Anwar juga umum kabinet nya ke? Sibuk sangat nak berhimpun sana sini..dulu janji kalau tak menang nak jadi profesor lah, jadi pendakwah lah...sampai sekarang habuk pon tarak..Ucap tahniah pada Khalid Ibrahim sebab dilantik jadi MB tapi tak iktiraf keputusan SPR...apa punya sengal?

Jom tengok siapa yang dilantik Anwar jadi kabinetnya......

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\   |   /
\  |  /
\ | /
\|/



Monday, May 13, 2013

FAKTA YANG MENAKUTKAN: UMNO PALING POPULAR PRU13?


Juak-juak Pakatan tak habis-habis cakap pasal undi popular walaupun di Malaysia ini bukan undi popular yang menentukan kemenangan dalam pilihanraya.

Kalau nak dikira popular satu-satu parti, UMNO lah paling popular dari semua parti-parti yang bertanding jika dikira secara individu..

Tak caya tengok kat bawah ni..


Jika dikirakan, UMNO memperoleh 3,241,286 undi mengatasi semua parti-parti bertanding jika dikira secara individu. Jumlah undi tersebut membentuk 25% daripada jumlah keseluruhan undi pada PRU13 lalu.

Paling dekat ialah Parti Keadilan Rakyat a.k.a Pil Kudakan Rakyat yang mencatat undian sebanyak 2,254,328. DAP pula mencatatkan 1,736,267 undi dan PAS cuma 1,633,389 undi. Parti-parti lain pula secara masing-masing mencatatkan bawah dari 1 juta undian termasuk MCA, MIC dan parti-parti lain di negeri Sarawak yang SEBENARNYA memberi dokongan penting kepada kemenangan Barisan Nasional. Bermakna, UMNO adalah parti paling popular dari semua parti-parti yang bertanding di Malaysia ini. PAS pon jauh terkebelakang..

Bukan menidakkan sumbangan parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak, kerana tanpa mereka, BN pasti berkubur, tetapi kami ingin menunjukkan bahawa bukan undi popular yang menentukan kerajaan di negara ini. Jadi juak-juak Pakatan tak payah lah nak bising-bising pasal undi popular dan sebagainya.

Di U.S sana pakai undi popular kah??

Friday, May 10, 2013

[VIDEO] SAY NO TO RACISM! KAMI PON BENCI PERKAUMAN!





Kami di Ikrar Pemuda suka kehidupan harmoni di Malaysia..tak kira Melayu, Cina atau India..maka kami juga ingin menyatakan sokongan kami terhadap penentangan sikap rasisme di dalam negara ini..

Supaya tak terjadi seperti di dalam video di bawah ini:







































Thursday, May 9, 2013

"JANGAN HERET RAKYAT KALAU KITA SENDIRI GAGAL".. OUCH!


Kadang-kadang kenapa la rakyat Malaysia ni ada yang senang diperbodohkan...mereka ingat dengan wave yang ada di Facebook, Twitter dan seluruh media sosial sudah cukup untuk menubuhkan kerajaan baru di Malaysia? Tidak..bukan semata-mata nak kata BN kuat..tetapi kesepakatan rakyat bukan hanya terbina di FB, Twitter dan semua media sosial..tetapi di jiwa rakyat keseluruhannya yang masih ramai kerjanya bukan menghabiskan masa di hadapan komputer, notebook, tablet, smartphone dan sebagainya...ramai lagi rakyat yang banyak menghabiskan masa bekerja siang dan malam untuk sesuap nasi, ramai lagi rakyat yang menghabiskan masa bersama keluarga, ramai lagi rakyat yang tiada punca pendapatan tetap, ramai lagi rakyat yang kena kerja overtime untuk menyara hidup...rakyat sebeginilah yang memberi sokongan kepada BN dari segenap pelusuk Malaysia...dan kerana inilah BN masih utuh menjadi kerajaan Pusat dan juga di beberapa negeri di Malaysia ini...

Yang dok sebok main twitter, fb dan sebagainya ini semua adalah rakyat yang senang lenang, ada duit..hidup bukan susah pon..tapi kufur nikmat..

Azmin Ali pon tau bahawa rakyat yang dok berhimpun malam tadi kena tipu dengan Anwar..


Janganlah kerana kesenangan anda mudah ditipu oleh orang yang mabuk kuasa, kecewa tak dapat jawatan yang diidam...


p/s: ramai yang menyumpah malam tadi sebab jem panjang dari Puchong sampai Bandar Utama..ini ke yang rakyat mahu??

Wednesday, May 8, 2013

KAMI AKUI PAS HEBAT DI SELANGOR.... #PRU13

Kecut jadi kecik macam ni la diorang tu...


Memang UMNO tewas di Selangor...PAS lebih hebat, lebih tere dari UMNO di Selangor..
UMNO Selangor salah percaturan dan pencapaian UMNO di Selangor adalah lebih buruk dari PRU12. PAS pula mendapat 15 kerusi di DUN Selangor menjadikan dia memegang kerusi majoriti berbanding PKR,   tetapi sama jumlah dengan DAP. PAS menandingi UMNO dari pelbagai segi di Selangor....PAS punyai kekuatan yang belum pernah mereka ada di Selangor.

Maka kenyataan bahawa PAS ganti UMNO adalah bertepatan di Selangor..

Oleh itu...


PAS layak memimpin Selangor untuk memajukan lagi negeri ini ke peringkat lebih tinggi...di samping menerapkan nilai-nilai Islam yang UMNO tak buat di negeri ini selama berpuluh tahun memerintah sebelum ini..

Maka wakil rakyat PAS kenalah jadi MB Selangor, dan buktikan bahawa PAS ganti UMNO di Selangor...selepas PAS gagal dengan teruk di Kedah...Kenapa nak bagi PKR pegang kerusi MB? Bukankah PAS sudah ganti UMNO??

Sunday, May 5, 2013

PENYOKONG PR JANGAN BACA, BUKAN BETUL PON PAS LIABILITI KEPADA PKR #PRU13 #TolakPR


Dalam emel di atas menunjukkan mastermind bagi PKR iaitu Rahim Ghouse memberitahu Anwar bahawa ada beberapa kerusi Parlimen dan DUN bermasalah..

Namun apa yang menariknya ialah perenggan akhir emel ini. Imej perenggan akhir yang dibesarkan adalah seperti di bawah [color telah diinvert supaya tulisan lebih jelas]:

Terjemahan: 

Adalah dinasihatkan untuk kita tak mampu untuk menerima banyak defect di Selangor. Dalam kes Kota Damansara, PAS adalah liability dan tidak sepatutnya ada dalam Pakatan pun dari peringkat awal. Ini akan memberi UMNO banyak point untuk dedahkan kelemahan kita.

Hadi mesti bertanggungjawab dan mesti tunduk di dalam urusan akan datang sebagai hukuman. Dia mesti diperingatkan tentang kerjasama utama kita. Teresa (Kok) harus menghantar kumpulan untuk beri tekanan kepada dia (Hadi).

Inilah pandangan pimpinan PKR terhadap PAS...
1)PAS adalah liabiliti, 
2)PAS tak sepatutnya ada dalam Pakatan dari peringkat awal lagi
3)Presiden PAS siap diperlekehkan dengan mengatakan bahawa dia mesti tunduk di dalam perancangan akan datang...PAS tak takut kah?

Kesian aku tengok puak-puak PAS. Dalam Pakatan, PAS mempunyai tenaga kerja terbesar berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Haram.

Itu sebab dalam apa-apa perhimpunan apa pon, Bersih 1, 2, 3, himpunan hijau, oren, biru air laut ramai ahli PAS yang datang..bukan PKR atau DAP..

Tapi sayangnya, setakat itu lah fungsi PAS dalam Pakatan. Kalau tak percaya, apakah dasar yang PAS bawakan dan diterima dalam Manifesto diorang? Negara Islam? Hukum Hudud? Semua ditolak..walhal, PAS pula terpaksa terima konsep negara kebajikan!

Tak percaya emel ni?? Terpulanglah..heheheh..