Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, March 9, 2020

CANTAS & CABUT DAP!!!

Image result for Mokhtar Senik

Mokhtar Senik, AJK Ulama PAS Pusat, mendakwa semasa dalam kerajaan, DAP menggunakan kuasa yang ada untuk menjadikan Malaysia sebagai negara DAP. Beliau juga menganggap DAP sebagai kumpulan yang lupa diri dan tidak layak berada di negara ini kerana menjadi "tetamu yang tidak baik".
"DAP bukan sekadar perlu dicantas, tapi perlu dicabut hingga ke akar umbinya.
"Perdu DAP tidak patut ada dalam kebun Tanah Melayu ini. Bukan kerana kita kaum yang tidak boleh bersama orang lain, tapi orang lain itu biadab apabila kita memberi sedikit tempat kepadanya.

Image result for dap

"Tetamu yang lupa diri tidak layak terus berada di ruang tamu ini. Sesungguhnya kita boleh menerima sesiapa sahaja sebagai tetamu, tetapi ada adab dan peraturannya. DAP bukan tetamu yang baik," katanya semalam.

Kenyataan itu dibuat sehari sebelum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkan barisan kabinetnya petang ini. Pemimpin PAS dijangka adalah antara individu yang akan dilantik ke jawatan menteri.
Menggunakan kiasan, Mokhtar berkata orang Melayu Muslim tidak perlu menyambut "tetamu biadab" tersebut, selain sibuk mahu menghalau penghuni rumah berkenaan.
Untuk rekod sebelum ini seorang pendakwah berpengaruh, Dr Zakir Naik, pernah menggunakan istilah "tetamu" untuk merujuk kepada warganegara Malaysia yang bukan Melayu dalam ceramahnya di Kelantan.
Sumber : MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages