Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, March 4, 2020

Dipecat kerana memantau?

Malaysiakini
Dr Afif Bahardin, Adun Seberang Jaya mengakui beliau berada di Sheraton Hotel sewaktu peristiwa "Langkah Sheraton" itu berlaku. Walaubagaimanapun beliau berkata, beliau berada disana bagi memantau keadaan dan membuat laporan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau, yang telah meletakkan jawatan sebagai exco Pulau Pinang juga berkata, kehadiran beliau disana telah dimaklumkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Image result for dr afif

"Saya berada di sana untuk memantau keadaan dan selepas itu, saya melaporkan semula kepada ketua menteri," katanya dalam sidang media di rumahnya di Taman Pauh, Bukit Mertajam.
"Saya berbuat demikian kerana apa yang berlaku di Sheraton akan memberi kesan kepada Pulau Pinang. Saya sentiasa berada di sekitar peristiwa penting seperti ini.
Dr Afif bagaimana pun mendakwa perletakan jawatan exco beliau adalah tekanan oleh PKR kerana beliau dilihat antara penyokong kuat Azmin Ali.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages