SATIM (dua dari kiri) membaca notis kenaikan sewa tapak gerai semasa menemui para peniaga Pasar Pagi Taman Puchong Indah di Puchong semalam
Baru-baru ini, Dato Satim sekali lagi membongkar penipuan kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Haram apabila mereka menaikkan sewa tapak gerai. Kenaikan 4 kali ganda nyata membebankan peniaga, yang rata-rata adalah peniaga kecil di Puchong.
Kecewa sewa tapak gerai naik berganda
Oleh JUNHAIRI ALYASA
Demikian luahan hati sekumpulan penjaja kecil di Pasar Pagi Taman Puchong Indah di sini apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menaikkan sewa tapak daripada RM360 sepetak bagi tempoh setahun kepada RM1,490 bermula 5 Januari lalu.
Menurut seorang peniaga bunga, A. Perumal (gambar kecil), 71, tindakan MPSJ itu terlalu kejam dan tidak berhati perut kerana rata-rata pendapatan peniaga di situ tidak begitu besar.
"Modal saya berniaga sehari cuma RM50 dan keuntungan yang saya dapat sekitar RM25 sehari. Kadangkala saya dapat RM7 sahaja sehari, cuba bagi tahu saya bagaimana saya boleh bayar RM1,490. MPSJ memang kejam," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Pasar tersebut yang telah wujud sejak tahun 1998 turut menempatkan seramai 150 orang penjaja dan mereka diberikan tapak seluas tujuh meter persegi untuk setiap petak.
Ini ke kerajaan berkebajikan? Kerajaan kebajikan kepala hotak Khalid! Penasihat Ekonomi negeri buat apa dalam hal ini? Naikkan sewa membantu rakyat ke? Hal macam ni pon tak boleh nak bantu ada hati nak debat dengan PM..pigi dah!
Bukan sahaja di Puchong! Rupa-rupanya satu Selangor naik harga sewa! Tak ke penipu namanya.
Kosmo ada story lagi:
SEBAHAGIAN daripada penjaja pasar pagi yang tidak berpuas hati dengan MPSJ yang menaikkan kadar sewa pada sidang akhbar di Majlis Perbandaran Subang Jaya semalam.
Sewa gerai naik di seluruh Selangor
Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my
SUBANG JAYA – Isu kenaikan sewa tapak gerai sebanyak empat kali ganda yang didakwa membebankan para peniaga dan penjaja kecil di Taman Puchong Indah dekat sini rupa-rupanya berlaku di seluruh negeri Selangor.
Jika sebelum ini semua penjaja di pasar pagi dan pasar malam hanya perlu membayar sewa gerai sebanyak RM1 sehari tetapi kini jumlah yang perlu dibayar ialah sebanyak RM4 sehari atau bersamaan dengan RM1,490 setahun.
Difahamkan tujuan utama kenaikan tersebut bertujuan untuk membayar kos pengurusan sampah termasuk membaik pulih jalan yang digunakan oleh penjaja terbabit.
Bagaimanapun, sehingga kini hanya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) belum melaksanakan kenaikan tersebut.
Perkara tersebut diakui oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Kerajaan Selangor, Teresa Kok yang mengesahkan mengenai kenaikan tersebut.
Sah lah Khalid Ibrahim memang tak tau nak sejahterakan negeri. Nampaknya ekonomi negeri Selangor macam nak punah, sampai sewa untuk peniaga-peniaga kecil pon dinaikkan. Desperate sangat kah keadaan kewangan negeri Selangor sekarang ini? Bagus lah...lantik lagi Anwar Ibrahim jadi penasihat ekonomi negeri. Dia boleh bagi nasihat sampai lingkup.
No comments:
Post a Comment