Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, January 4, 2011

Kalau Pakatan Rakyat buat, bukan bermotif politik....

Khalid Ibrahim menuduh perlantikan Datuk Khusrin Munawi menjadi Setiausaha Negeri Selangor oleh Ketua Setiausaha Negara sebagai tindakan bermotif politik. Sebahagian kenyataan akhbar Khalid:

"Perlu dinyatakan di sini, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu bukan sahaja melanggar Perlembagaan, tidak bertanggungjawab serta tidak profesional malah boleh dianggap bermotifkan politik; sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor."

Pakatan Rakyat di  Selangor  makin hari makin menunjukkan kebodohan dan kedunguan tahap dewa dewa. Apa-apa tindakan yang tidak kena pada mereka dituduh sebagai tindakan bermotif politik. Cuba  lihat tindakan-tindakan mereka di negeri Selangor :

1) Isu Air
Demonstrasi air..masjid negara pula yang digunakan

Menteri Besar Selangor sanggup mengheret rakyat Selangor untuk berdemonstrasi hanya kerana ingin membeli Syabas menggunakan duit rakyat Selangor sendiri. Dia yang ada saluran yang lebih baik untuk mengadakan perbincangan dan mesyuarat cuba menggunakan rakyat untuk kepentingannya dan Pakatan Rakyat. Kerajan Selangor sebenarnya tertekan dengan tanggungan kira-kira RM11 juta tiap-tiap tahun oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor terpaksa cari jalan untuk menampung masalah ini dan rakyat yang menjadi mangsa. Tapi bila Syabas buat tabung Budi untuk tolong orang yang langsung takde bekalan air Khalid punyalah melenting, kenapa?Bukan bermotif politik kah ini?


2) Isu Logo 1Malaysia
Ronnie Liu takut dengan logo 1Malaysia sampai membawa ke dalam mimpi

Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia baru-baru ini dengan alasan logo 1Malaysia bermotif politik. Tindakan ini adalah sendiri sebenarnya bermotif politik. Oleh kerana takut dengan kejayaan gagasan 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Dato Seri Najib, mereka terus mengharamkan logo 1Malaysia. Bukan bermotif politik kah ini?


3) Kafir di dalam surau dan masjid
 
kafir-kafir masuk ruang solat surau dan masjid direlakan oleh PAS

Wakil-wakil rakyat kafirun dari Pakatan dengan selamba masuk ke surau dan masjid di Selangor kononnya untuk beri taklimat dan sumbangan. Masalahnya perlukah sampai ke ruang solat? Xavier dan Teo Nie Ching didapati masuk ke ruang solat surau dan masjid untuk berceramah untuk apa?PAS dengan penuh dungu merelakan ini berlaku, hanya kerana mabukkan kuasa. Bukan bermotif politikkah ini?

Jangan dibiarkan diri anda dibodohkan oleh Pakatan Haram....

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages