Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, January 21, 2011

GEMPAR! Nik Aziz akui UMNO memang perjuangkan Islam


Nik Aziz akui yang UMNO memang perjuangkan Islam. Tak percaya?


“Kalau kita tidak boleh buat sekali gus, mengapa tidak kita guna cara sedikit demi sedikit, kalau tidak boleh buat hudud, kita dah cuba, mengapa kita hendak kehilangan kuasa mentadbir, macam tindakan Mageran dulu.", kata Nik Aziz.

Menurutnya lagi:

“Kalau kita tidak boleh ambil beras seguni, mengapa kita hendak tinggalkan satu guni, lebih baik kita ambil sikit sikit, secupak secupak bawa balik ke rumah,” kata Nik Aziz merujuk kepada pentadbirannya selepas PAS memenangi Kelantan pada pilihan raya umum 1990."

Allah itu Maha Besar. Secara tak langsung Nik Aziz memperakui apa yang dibuat oleh UMNO selama ini sememangnya mengikut cara Islam. Bahkan, UMNO lebih cerdik sejak dari dulu lagi apabila tidak menggunakan sentimen keagamaan pada ketika ingin mencapai kemerdekaan. Kerana, bagi yang bukan Islam, agama adalah satu perkara yang mereka belum boleh kompromi. Namun, UMNO berjaya juga meletakkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia, sebagai satu permulaan yang baik untuk pembangunan Islam di bumi Malaysia ini. Rentetan itu pelbagai institusi Islam, (JAKIM, IKIM,JAIS, MAIS), sekolah-sekolah agama, universiti dan kolej Islam telah ditubuhkan, demi untuk memperjuangkan Islam di Malaysia. Institusi perundangan Islam, kewangan Islam, dan macam-macam yang Islamik lagi, semua sudah mula mengambil tempat di hati masyarakat Islam dan bukan Islam, hasil dari pendekatan yang sederhana yang dilakukan oleh UMNO sedikit demi sedikit sejak 50 tahun lalu.

Bukankah itu semua adalah seperti mana yang dibicarakan oleh NIk Aziz tadi?

“Kalau kita tidak boleh ambil beras seguni, mengapa kita hendak tinggalkan satu guni, lebih baik kita ambil sikit sikit, secupak secupak bawa balik ke rumah,” kata Nik Aziz merujuk kepada pentadbirannya selepas PAS memenangi Kelantan pada pilihan raya umum 1990."

UMNO sudah lama menggunakan langkah sebegini demi menegakkan Islam di Malaysia dengan cara setapak demi setapak untuk menjaga keharmonian negara. 

Begitulah PAS, yang selama ini menuduh UMNO sebagai tidak Islam kerana tidak melaksanakan hukum hudud ketika berkuasa. Namun apabila mereka berkuasa (Nik Aziz dah 20 tahun jadi MB), macam-macam alasan yang mereka berikan untuk tidak laksanakan hudud.

2 comments:

  1. Salam,

    Tuan, PAS kini ibarat melukut ditepi gantang apabila bersama DAP.. Ludah kelangit jatuh atas hidung sendiri...malu nak mengaku secara direct jadi dia spin kut lain..janji nampak mcm dia hebat..walhal pekara yang sama BN dah jalankan 50 tahun dulu..

    Senang cakap pemimpin PAS ini ego x bertempat, bila bercakap x pandai nak tapis last2 kena kat batang hidung sendiri.

    Dulu PAS kata x bleh amalkan Agama suku, politik suku, kini Nik Aziz sendiri yang akui terpaksa lakukan sedemikian bila ditanya soal hudud.

    Berdalih-dalih dan bertatih-tatih nak menunjukan perjuangannya yang sia-sia itu masih relevan.

    Nik Aziz sepatutnya berundur dari kerusi MB dan beri peluang kepada generasi pelapis yang lain yang masih bertenaga, berotak geliga.

    Sampai bila mahu hidup menongkat langit.

    Ash, Serdang.

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz masih mahu diperlukan oleh PAS. Nik Aziz ibarat seorang ikon utk memancing hati pengundi-pengundi. Nik Aziz dijulang-julang sebagai seorang pemimpin yang suci, yang unggul supaya penyokong mereka taksub. Namun kuasa Allah telah menunjukkan yg Nik Aziz tanpa dia sedar mengakui perjuangan UMNO adalah dengan cara yg betul, dan mengakui juga PAS telahpon menipu penyokong2 mereka.

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages