f October 2010 ~ Ikrar Pemuda

Friday, October 29, 2010

PAS makin lunyai di Galas

Jeling-jeling ke Pantai Timur sekarang tengah panas terutamanya tentang Pilihanraya Kecil DUN Galas di Gua Musang Kelantan. Yang paling terasa panas ialah PAS sebab sampai sekarang seperti masih gagal untuk menjawab permasalahan tanah di Lojing yg sememangnya memberi masalah kepada orang Asli di situ. Malaysiakini akhbar kesayangan Anwar al Gonjoli menulis:

Seorang peneroka, Harun Che Anal, 61, berkata tindakan kerajaan negeri mengambil tanah itu dan diberi kepada syarikat swasta luar Kelantan bagi membangunkannya sebagai "Ladang Rakyat" telah menjejaskan masa depan penduduk setempat yang telah mengusahakan pelbagai tanaman di situ lebih dari dua dekad.

Beliau berkata tanah yang telah ditanam dengan getah dan kelapa sawit itu sudah lama mengeluarkan hasil, tetapi tanagh itu diambil oleh kerajaan negeri, walaupun ada peneroka yang telah membayar deposit bagi mendapatkan hak milik tanah itu. "Ada pihak cuba melengah-lengahkan pemberian hak milik itu, mungkin sebagai muslihat untuk merampas tanah ini. Kami akan cuba halang daripada tanah kami dirampas," katanya kepada Bernama.

Ini menunjukkan yang PAS gagal dalam pembangunan Ladang Rakyat. Teringat bila orang2 PAS kutuk dan mengkritik FELDA atas macam-macam alasan termasuk dari segi pengurusan dan sebagainya. Namun lihatlah kes Ladang Rakyat ni..siapa yg dapat manfaat?Rakyat masih merana manakala pemimpin PAS kaya raya!
Husam Musa tersengih..mana taknya masyuuuuk!

PAS kata mereka ikut Islam..tapi Islam dari mana diorang belajar kalau potong balak sampai buat pencemaran?
Laporan Ketua Audit Negara 2008

Patut la..tak bagi laporan EIA, lepas tu..terus je benarkan potong balak lagi..makin teruk la pencemaran. Siapa yg susah akibat dari hal ini?Bukan Nik Aziz atau Husam Musa, tetapi Orang Asli yang tinggal berdekatan kawasan balak berkenaan.

Disebabkan tak dapat jawab isu-isu tempatan di Galas..sekarang PAS dah terdesak..diorang dah mula main rasuah plak...macam2 dia bagi kat orang Galas
Macam-macam ada...Nik Aziz pon bagi jugak...tapi baru saya belajar hari ini..kalau PAS bagi itu sadaqah atau derma..tp apa yg BN bagi..itu rasuah...

Bagi penduduk Galas..orang bagi sapu je..tak kira BN atau Pakatan Haram...tapi pangkah BN..demi kesejahteraan anda, Insya Allah..

sumber-sumber gambar, (pinjam gambar jap..):

Wednesday, October 27, 2010

Pakatan Rakyat akan hancur dengan sendiri

Pakatan Haram di bawah pimpinan Anwar Ibrahim memang dalam keadaan lemah. Kekuatan yg mereka sangka akan kekal hasil kemenangan dalam PRU pada 2008 semakin menurun secara mendadak. Ini merupakan tanda-tanda yg Pakatan Haram akan rebah di PRU akan datang ini. Antara kelemahan yg ketara ialah kelemahan Anwar Ibrahim itu sendiri. Baru beberapa tahun berkuasa di Selangor, PKR semakin lemah, celaru dan caca merba. Ketamakan kuasa dan wang menguasai jiwa PKR..lihat lah video di bawah ini. Ia bukanlah sebuah filem gangster macam dalam cerita Young & Dangerous tu..tetapi ia adalah adegan gaduh dalam pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat.


Kalau pemilihan cabang pon terbang meja dan kerusi??Macamanakah nasib rakyat kalau mereka ini memerintah negara?

PAS pula semakin terserlah akan songsangnya pendirian mereka. Mereka ibarat chameleon yg berubah-ubah warna ikut keadaan sekeliling. Bukannya pegangan mereka kepada Islam..Islam bagi mereka adalah alat untuk dapat kuasa politik. Dewan Ulama PAS pernah membuat suatu keputusan mengenai perkongsian kuasa dengan kafir adalah haram.

"Kertas Putih 08/11/1984 melaporkan pada Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS yang bersidang di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan, telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut::
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram"."

Tetapi selepas 40 tahun, inilah hasilnya...


Dengan berkot di panas mentari tengahari, Dr Hatta Ramli begitu sibuk menggantung banner DAP di laluan ke Parlimen. Bukan setakat itu, PAS dengan megahnya bersahabat dengan DAP dalam Pakatan Haram!! PAS siap bagi lesen utk seorang kafir untuk mengatakan UMNO itu kafir.


"Dr Chandra menyatakan bahawa beliau belajar dari sumber Islam iaitu al-quran dan bukannya orang Islam apatah lagi UMNO yang dilihat sebagai merosakkan Islam. Melakukan perbuatan dan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau juga mengungkapkan bagaimana beliau menyokong perlaksanaan islam dan hokum hudud. Beliau tidak gerun kerana beliau tidak melakukan jenayah-jenayah tersebut. Yang memalukan apabila UMNO sendiri menentang hukum hudud. Mengikut fahaman beliau UMNO sudah kafir dan murtad."
Amboi sedap betol mulut kafir ni. Dr Chandra ni kafir tak sedar diri plak?? Dan PAS merelakan si kafir ni mengatakan orang2 UMNO itu kafir...

PAS sedia gugurkan manifesto negara Islam dan hukum hudud semata-mata untuk geng dengan DAP kafir..DAP ada tak ubah apa2 manifestonya kerana PAS?Tidak ada..DAP sentiasa konsisten dengan manifestonya dan juga polisi partinya...Jadi dimana agaknya pendirian PAS? Kesimpulannya, PAS memang mengamalkan sikap chameleon dalam perjalanan politik mereka. Ini semua bukan dibuat untuk menegakkan syiar Islam, tetapi hanya untuk memperoleh kuasa. Nilai-nilaikanlah..

Saturday, October 23, 2010

PAS cacarmerba di Galas?


Bukan nak menyibuk tapi kelakar jugak tengok PAS menggelupur pasal p/raya di Galas ni. Ada beberapa perkara yg menarik minat kami di Ikrar Pemuda yg sebenarnya menunjukkan betapa cacamerbanya PAS utk berhadapan BN di Galas.

1) Tengku Razaleigh

Marah betol PAS bila TPM melantik Tengku Razaleigh sebagai Pengarah P/raya BN utk PRK Galas. Macam-macamlah PAS kata..antaranya, ia merendahkan martabat Tengku Razaleigh. Siapa kata..tu..Tuan Guru Nik Aziz yang kata.

Nik Aziz kata ""Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul."Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di Kota Bharu hari ini."

Masa bila pulak boleh turun darjah seseorang kerabat hanya kerana nak bertanding ADUN??Fatwa mana Nik Aziz pakai ni? PAS bengang sebab Tengku Razaleigh ada key figure dalam gerakan dapatlkan royalti minyak untuk Kelantan yang ditunjangi PAS. Dia ingat Tengku Razaleigh ni boleh kowtim la...hahahah..PAS lupa ke Tengku Razaleigh ni orang UMNO?

2) Isu Perpaduan

Ini lagi la lawaknya. Timbalan Setiausaha Agung PAS mungkin dah takde benda nak buat, disuruhnya UMNO supaya jangan bertanding di Galas atas dasar..PERPADUAN MELAYU! Bila ada rasa-rasa nak kalah baru teringat perpaduan Melayu. Dulu nak buat kerajaan perpaduan terus tolak mentah-mentah...Tak ke hipokrit namanya. Nama saje pejuang Islam tapi lidah berbelit-belit.

3) Ladang Rakyat

Isu ni memang bakal melingkupkan PAS di Galas. Ladang Rakyat menjadi satu isu kerana Kerajaan Negeri didakwa mengambil tanah peneroka-peneroka untuk diusahakan oleh pihak swasta. Peneroka berasa tertipu apabila tanah yg mereka teroka dirampas oleh kerajaan negeri. Ada yang telah membayar deposit tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dan geran juga tidak diberikan.

Point-point ni bakal menjatuhkan PAS di Galas. Namun, rakyat di Galas harus ditemui, dan diselami masalah mereka barulah BN boleh menang. Jangan harapkan point2 ini sahaja, kerana rakyat harus dijuarai barulah BN disenangi oleh rakyat..dan Insya Allah PAS akan tersungkur di Galas..

Monday, October 18, 2010

Bajet 2011 Bajet Pilihanraya kata Pakatan Haram

pinjam foto ini dari medan-info-kita

Pakatan Pembangkang nampaknya sudah kehabisan modal. Sampai dah tak tau nak kata apa so terjah je lah. Nak kritik pon kritik lah menggunakan fakta. Ini tidak..terus je cakap, ini Bajet Pilihanraya. Menurut Anwar al gonjoli:

"Masalah paling besar adalah masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran juga tidak disebut oleh Najib".
Apa yang disebut Najib kata beliau hanyalah projek mega yang berpuluh bilion ringgit yang memberikan manfaat hanya kepada kroni dan keluarga manakala rakyat pula diberikan cuma ratusan ringgit.



Dia tak buatkah semasa dia jadi menteri kewangan dulu? Ezam Mohd Nor mantan Ketua Pemuda Keadilan ada membuat kenyataan:

“ Pembohong..! Waktu Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan beliau hanya selamatkan kroni-kroninya sahaja…” tegas Ezam.

Dizaman Anwar mentadbir ekonomi negara sebagai Menteri Kewangan, beliau telah melaksanakan SKIM KONTRAKTOR BERWIBAWA. Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM15 Bilion membantu kontraktor-kontraktor bumiputera yang berdaftar dibawah Kementerian Kewangan ketika itu.

Menurut Ezam, daripada 2,000 syarikat kontraktor bumiptera yang berdaftar, hanya 15 [lima belas] sahaja yang “terpilih” untuk menikmati bantuan Kementerian Kewangan. Anwar sendiri yang “memilih” syarikat syarikat tersebut!

“.. bayangkanlah tuan tuan dan puan puan, dana RM15 bilion untuk 15 syarikat..! Ini bermakna setiap syarikat mendapat RM1 bilion..” jelas Ezam

“ dan setiap syarikat ini mendapat secara DIRECT NEGO, tanpa tender. Diberikan terus kepada mereka…” tambahnya lagi.

Anwar sengaja buat-buat tak faham apa yang pernah dia buat dahulu dan terus menuduh macam-macam terhadap Dato Seri Najib. Ni semua untuk cover kelemahan dia dulu sewaktu menjadi menteri kewangan. Nanti kita lihat sejauh mana hebatnya ketua pembangkang dalam cuba berbahas mengenai hal bajet negara demi kesejahteraan rakyat atau demi kepentingan politiknya sahaja.

Monday, October 11, 2010

Siapa Rahimi Osman?



Ketika ini, kecoh betul Parti Kian Rebah atau PKR disebabkan bukan atas nak membela rakyat..tetapi akibat dari huru-haranya parti cacamerba ini. Minggu lepas kita dihebohkan oleh si mulut becok Azmin Ali amboi amboi kerana menghina Tun M yg sakit sebagai tersungkur..tapi tau tau sekarang dah pakai Ferrari!!..

Minggu ini pula kita dikejutkan dengan sidang akhbar bekas pembantu Anwar Ibrahim iaitu saudara RAHIMI OSMAN. Kejutan berlaku apabila secara tiba-tiba dia ingin membuat sidang akhbar mengenai perkara penting dia dan orang2 dalam PKR berkenaan dengan isu penulisan berakuan bersumpah yang melibatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Datin Rosmah Mansor terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim ...namun sidang itu dibatalkan akibat dari kekecohan yg timbul dari segelintir ahli PKR yg menghalang sidang media itu.
Mesra nampak!! heheehe..


OK..persoalannya..siapa Rahimi Osman ni? Mari kita sama-sama teliti siapa dia:
1) Kaitan dengan Anwar Ibrahim:

Bekerja sebagai Pembantu Peribadi Anwar dari 2007 hingga 2008. Diambil bekerja pada Mac 2007 untuk mengendalikan dan mengupdate blog Anwar selepas berhenti belajar dari UIA.

2) Fakta Menarik

Dikatakan Rahimi adalah rakan karib Saiful mangsa liwat Anwar. Dan Rahimi jugalah yg bertanggungjawab memperkenalkan Saiful kepada Anwar Ibrahim. Fakta ini diperakui Saiful di dalam keterangan mahkamah berhubung kes liwat Anwar itu.

Hahahha...PKR makin haru biru..takkan nak tuduh ni pon UMNO buat jugak..alahai...

Tuesday, October 5, 2010

Azmin Ali bakal tersungkur??

Di kala PKR dalam keadaan huru-hara dan caca marba akibat dari pemilihan mereka yg "telus" dan "aman", sekarang ini nama Azmin Ali membuak-buak secara tiba-tiba. Ini adalah kerana akibat dari kenyataannya yang menghina mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Azmin merujuk Tun Mahathir yg sakit ketika berkunjung ke Melbourne sebagai Pemimpin Tersungkur.

Nampak sangat cabul mulut si Azmin ni bila mengatakan orang yg sakit tu tersungkur. Biasalah..siapa-siapa boleh sakit..Azmin pon kena ingat..sampai masa dia sakit..dia pon boleh tersungkur..Namun ucapan macam mulut murai (atau dia pon nak lazer-lazer ala-ala Azwan Ali ke?) si Azmin ni tak kena tempatnya.

Namun, Azmin mungkin sudah mula menyusun sendiri agenda tersungkur untuk dirinya. Lihatlah gambar-gambar di bawah ini.

Ini adalah gambar keluarga Azmin semasa Hari Raya baru-baru ini. Bukan kepada Azmin atau keluarga dia yg kita nak bincangkan..tetapi KERETA MERAH di belakang mereka. Anda tau kereta apa kah itu? Semestinya bukan kancil Merah, atau Proton Waja Merah...apatah lagi Van Nissan Vannette C22 Merah. Kalau nak tahu..tengok bawah ni plak..


Ya...Ferrari Merah. Harganya bukan puluh-puluh ribu mahupon ratus-ratus ribu...berjuta ni!!Persoalannya...atas dasar seorang ahli Parlimen Pembangkang yang bukan pon Menteri atau apa...macamana Azmin boleh pakai kereta semewah ini?Banyak blog telah bercerita tentang ini di sini, di sini dan di sini. Ini kah pejuang nasib rakyat? Pejuang nasib rakyat yg miskin tapi dia pakai Ferrari?Hahaah...what you give, you get back Azmin...bersedialah untuk dengar penafian dia pasal kereta ni..tak pon Abang tersayang si Anwar mungkin pula akan defend dia..Aww..