Bukan nak menyibuk tapi kelakar jugak tengok PAS menggelupur pasal p/raya di Galas ni. Ada beberapa perkara yg menarik minat kami di Ikrar Pemuda yg sebenarnya menunjukkan betapa cacamerbanya PAS utk berhadapan BN di Galas.
1) Tengku Razaleigh
Marah betol PAS bila TPM melantik Tengku Razaleigh sebagai Pengarah P/raya BN utk PRK Galas. Macam-macamlah PAS kata..antaranya, ia merendahkan martabat Tengku Razaleigh. Siapa kata..tu..Tuan Guru Nik Aziz yang kata.
Nik Aziz kata ""Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul."Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di Kota Bharu hari ini."
Masa bila pulak boleh turun darjah seseorang kerabat hanya kerana nak bertanding ADUN??Fatwa mana Nik Aziz pakai ni? PAS bengang sebab Tengku Razaleigh ada key figure dalam gerakan dapatlkan royalti minyak untuk Kelantan yang ditunjangi PAS. Dia ingat Tengku Razaleigh ni boleh kowtim la...hahahah..PAS lupa ke Tengku Razaleigh ni orang UMNO?
2) Isu Perpaduan
Ini lagi la lawaknya. Timbalan Setiausaha Agung PAS mungkin dah takde benda nak buat, disuruhnya UMNO supaya jangan bertanding di Galas atas dasar..PERPADUAN MELAYU! Bila ada rasa-rasa nak kalah baru teringat perpaduan Melayu. Dulu nak buat kerajaan perpaduan terus tolak mentah-mentah...Tak ke hipokrit namanya. Nama saje pejuang Islam tapi lidah berbelit-belit.
3) Ladang Rakyat
Isu ni memang bakal melingkupkan PAS di Galas. Ladang Rakyat menjadi satu isu kerana Kerajaan Negeri didakwa mengambil tanah peneroka-peneroka untuk diusahakan oleh pihak swasta. Peneroka berasa tertipu apabila tanah yg mereka teroka dirampas oleh kerajaan negeri. Ada yang telah membayar deposit tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dan geran juga tidak diberikan.
Point-point ni bakal menjatuhkan PAS di Galas. Namun, rakyat di Galas harus ditemui, dan diselami masalah mereka barulah BN boleh menang. Jangan harapkan point2 ini sahaja, kerana rakyat harus dijuarai barulah BN disenangi oleh rakyat..dan Insya Allah PAS akan tersungkur di Galas..
No comments:
Post a Comment