Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, October 18, 2010

Bajet 2011 Bajet Pilihanraya kata Pakatan Haram

pinjam foto ini dari medan-info-kita

Pakatan Pembangkang nampaknya sudah kehabisan modal. Sampai dah tak tau nak kata apa so terjah je lah. Nak kritik pon kritik lah menggunakan fakta. Ini tidak..terus je cakap, ini Bajet Pilihanraya. Menurut Anwar al gonjoli:

"Masalah paling besar adalah masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran juga tidak disebut oleh Najib".
Apa yang disebut Najib kata beliau hanyalah projek mega yang berpuluh bilion ringgit yang memberikan manfaat hanya kepada kroni dan keluarga manakala rakyat pula diberikan cuma ratusan ringgit.



Dia tak buatkah semasa dia jadi menteri kewangan dulu? Ezam Mohd Nor mantan Ketua Pemuda Keadilan ada membuat kenyataan:

“ Pembohong..! Waktu Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan beliau hanya selamatkan kroni-kroninya sahaja…” tegas Ezam.

Dizaman Anwar mentadbir ekonomi negara sebagai Menteri Kewangan, beliau telah melaksanakan SKIM KONTRAKTOR BERWIBAWA. Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM15 Bilion membantu kontraktor-kontraktor bumiputera yang berdaftar dibawah Kementerian Kewangan ketika itu.

Menurut Ezam, daripada 2,000 syarikat kontraktor bumiptera yang berdaftar, hanya 15 [lima belas] sahaja yang “terpilih” untuk menikmati bantuan Kementerian Kewangan. Anwar sendiri yang “memilih” syarikat syarikat tersebut!

“.. bayangkanlah tuan tuan dan puan puan, dana RM15 bilion untuk 15 syarikat..! Ini bermakna setiap syarikat mendapat RM1 bilion..” jelas Ezam

“ dan setiap syarikat ini mendapat secara DIRECT NEGO, tanpa tender. Diberikan terus kepada mereka…” tambahnya lagi.

Anwar sengaja buat-buat tak faham apa yang pernah dia buat dahulu dan terus menuduh macam-macam terhadap Dato Seri Najib. Ni semua untuk cover kelemahan dia dulu sewaktu menjadi menteri kewangan. Nanti kita lihat sejauh mana hebatnya ketua pembangkang dalam cuba berbahas mengenai hal bajet negara demi kesejahteraan rakyat atau demi kepentingan politiknya sahaja.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages