Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, October 29, 2010

PAS makin lunyai di Galas

Jeling-jeling ke Pantai Timur sekarang tengah panas terutamanya tentang Pilihanraya Kecil DUN Galas di Gua Musang Kelantan. Yang paling terasa panas ialah PAS sebab sampai sekarang seperti masih gagal untuk menjawab permasalahan tanah di Lojing yg sememangnya memberi masalah kepada orang Asli di situ. Malaysiakini akhbar kesayangan Anwar al Gonjoli menulis:

Seorang peneroka, Harun Che Anal, 61, berkata tindakan kerajaan negeri mengambil tanah itu dan diberi kepada syarikat swasta luar Kelantan bagi membangunkannya sebagai "Ladang Rakyat" telah menjejaskan masa depan penduduk setempat yang telah mengusahakan pelbagai tanaman di situ lebih dari dua dekad.

Beliau berkata tanah yang telah ditanam dengan getah dan kelapa sawit itu sudah lama mengeluarkan hasil, tetapi tanagh itu diambil oleh kerajaan negeri, walaupun ada peneroka yang telah membayar deposit bagi mendapatkan hak milik tanah itu. "Ada pihak cuba melengah-lengahkan pemberian hak milik itu, mungkin sebagai muslihat untuk merampas tanah ini. Kami akan cuba halang daripada tanah kami dirampas," katanya kepada Bernama.

Ini menunjukkan yang PAS gagal dalam pembangunan Ladang Rakyat. Teringat bila orang2 PAS kutuk dan mengkritik FELDA atas macam-macam alasan termasuk dari segi pengurusan dan sebagainya. Namun lihatlah kes Ladang Rakyat ni..siapa yg dapat manfaat?Rakyat masih merana manakala pemimpin PAS kaya raya!
Husam Musa tersengih..mana taknya masyuuuuk!

PAS kata mereka ikut Islam..tapi Islam dari mana diorang belajar kalau potong balak sampai buat pencemaran?
Laporan Ketua Audit Negara 2008

Patut la..tak bagi laporan EIA, lepas tu..terus je benarkan potong balak lagi..makin teruk la pencemaran. Siapa yg susah akibat dari hal ini?Bukan Nik Aziz atau Husam Musa, tetapi Orang Asli yang tinggal berdekatan kawasan balak berkenaan.

Disebabkan tak dapat jawab isu-isu tempatan di Galas..sekarang PAS dah terdesak..diorang dah mula main rasuah plak...macam2 dia bagi kat orang Galas
Macam-macam ada...Nik Aziz pon bagi jugak...tapi baru saya belajar hari ini..kalau PAS bagi itu sadaqah atau derma..tp apa yg BN bagi..itu rasuah...

Bagi penduduk Galas..orang bagi sapu je..tak kira BN atau Pakatan Haram...tapi pangkah BN..demi kesejahteraan anda, Insya Allah..

sumber-sumber gambar, (pinjam gambar jap..):

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages