Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, September 9, 2009

Kedudukan Khalid Ibrahim tergugat?



Menteri Besar Selangor adalah jawatan Menteri Besar terpanas di dalam negara Malaysia ini. Ini adalah kerana negeri Selangor adalah negara termaju dan terkaya dan merupakan tulang belakang ekonomi negara. Kini, Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor dengan dipimpin oleh Khalid Ibrahim tidak kurang dari beberapa kontroversi yang pelbagai meliputi bukan sahaja Khalid sendiri, malah exco-exco dan semua ADUN Pakatan. Bermacam-macam kes yang berlaku seperti gambar bogel, gangsterisme, dan macam-macam lagi.

Namun, apa yang agak mengejutkan telah dibongkar dengan teliti oleh bigdogdotcom mengenai goyahnya kerusi Khalid Ibrahim atas beberapa sebab.

1) Khalid tidak menemani DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah, Sultan Selangor di dalam majlis penerimaan kapal Selam Scorpene KD Tunku Abdul Rahman Khamis lepas.

2) Exco agama Islam Selangor Dr Hassan Ali sendiri yang mempersembahkan kes penjualan alkohol kepada tuanku Sultan, dan bukan Khalid Ibrahim walaupun Khalid tidak bercuti.

3) Khalid Ibrahim masih bercadang menggunakan wang zakat untuk pentadbiran Selangor walaupun Tuanku Sultan Selangor tidak bersetuju.

4) Perintah mahkamah Tinggi supaya Khalid Ibrahim membayar RM67 juta kepada Bank Islam dilihat sebagai mencacatkan kredibilit Khalid sebagai pemimpin negeri yang berhutang berpuluh juta.

5) Dan yang terbaru, isu kuil di Shah Alam yang mengakibatkan demonstrasi kepala lembu dan percakaran antara Khalid dan penduduk Shah Alam.


“Ini manusia tak boleh digertak,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh kira-kira 5,000 hadirin di majlis makan malam sempena ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Rakyat di padang berhadapan dengan bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya, malam tadi.

........

"Mengulas dakwaan tersebut, beliau menyifatkan BN cemburu dan dengki dengan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang mentadbir dengan baik dengan program merakyatkan ekonomi rakyat.

“Pentadbiran PR lebih baik BN yang sudah memerintah negara selama 51 tahun.

“Kita bekerja dengan baik daripada meraka (BN). Kita lebih baik dengan mereka,” katanya."


Jika Khalid berucap di hadapan 5,000 orang yang sama pada ketika ini, mungkin bukan tepukan gemuruh yang dia dapat, tetapi mungkin kasut-kasut yang bakal terbang singgah ke mukanya barangkali. Bagi sebuah negeri paling maju di Malaysia, dan juga Pakatan Rakyat yang dianggap sempurna dan "lebih baik" dari Barisan Nasional, kelemahan-kelemahan yang terlalu banyak ditunjukkan dalam tempoh pemerintahan yang singkat menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu untuk mentadbir sebuah negeri. Adakah kita akan dapat melihat seorang Menteri Besar baru di Selangor?Itu kita hanya tunggu dan lihat, namun kami di Ikrar Pemuda, perjuangan masih belum berakhir, Misi Tawan Selangor sudah pun lama bermula.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages