photo credit to Agendadaily.com
Desas-desus beberapa blog telah menjadi semakin hangat akhir-akhir ini mengenai beberapa orang wakil rakyat Pakatan Rakyat ingin keluar dari Pakatan. Ada juga yang mengatakan kerajaan di Selangor bakal berobah sama seperti apa yang berlaku di Perak. Desas-desus ini semakin kuat diperkatan apabila beberapa wakil rakyat dikatakan ada berjumpa Perdana Menteri, Dato Seri Najib malam tadi. Pakatan Rakyat terutamanya Anwar dilihat seperti terdesak dalam mengekang situasi ini apabila cuba dalam mengawal perbualan telefon ADUN-ADUN ini dengan merampas dan menukar telefon bimbit mereka. Terdapat juga perkhabaran mengatakan bahawa surat telah dihantar oleh ADUN-ADUN campuran BN, termasuk beberapa ADUN Pakatan kepada Sultan Selangor berkenaan dengan ketidakpuashati mereka dengan pimpinan Selangor sekarang.
Parpukari menelah bahawa kerajaan Pakatan di Selangor akan tumbang bila-bila masa sahaja. Bermacam-macam telahan lagi telah berlegar di Internet termasuk, calon-calon Menteri Besar baharu yang bakal menggantikan Tan Sri Khalid. Di antara calonnya juga adalah Ketua UMNO Bahagian Puchong iaitu Dato Dr. Mohamad Satim Diman, Shukor Idrus dan Dato Hassan Ali, termasuk juga nama Azmin Ali. Namun diberitakan bahawa nama setakat ini nama Dato Hassan Ali yang paling kuat disebut sebagai MB, sekaligus membuatkan Azmin Ali tidak senang dengan keputusan ini, kerana sepatutnya beliaulah yang diangkat sebagai MB. Ini sebenarnya menunjukkan bahawa di kalangan Pakatan Rakyat, tidak menyukai pimpinan Tan Sri Khalid. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan pangkat termasuk menikam rakan sepasukan sendiri.
Pakatan rakyat semakin menyimpang dari perjuangan mereka, kerana mereka sekarang hanya lebih berusaha dalam menyelamatkan atau menaikkan kedudukan sendiri dalam politik dan bukan memperjuangkan nasib rakyat. Isu-isu rakyat sebagai contoh kuil di Shah Alam, semakin jelas tidak dapat diselesaikan oleh mereka. Perjuangan merakyatkan ekonomi Selangor dan sebagainya hanyalah omongan kosong dari mereka dan tidak lebih dari hanya retorik semata-mata. Bagaimana mereka hendak mentadbir apabila rakan-rakan Pakatan Rakyat mereka sendiri pon tidak bersatu dan saling tikam-menikam antara satu sama lain?. Apa pon kita sama-sama tunggu dan lihat, dan berdoa agar negeri Selangor kembali aman dan makmur, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment