Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, August 23, 2009

Khalid Ibrahim hutang RM 66 juta??



Bagaimana rasanya apabila sebuah negeri diketuai oleh seorang yg berhutang berpuluh juta??Ini lah yang terjadi pada negeri Selangor. Selangor sekarang diketuai oleh seorang Menteri Besar yang berhutang pada Bank Islam sebanyak RM66 juta!!Ya...bukan sikit anak..ramai fakir miskin boleh dapat sebuah rumah, ramai anak selangor bisa dapat biasiswa pendidikan dan bantuan kepada ibu tunggal juga dapat diberikan..


MB Selangor diarah bayar RM66.67 juta kepada Bank Islam

Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, diperintah membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad bagi pinjaman pembelian saham Guthrie pada 2001 ketika beliau menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat itu.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohana Yusuf, dalam kamarnya di sini, semalam. Rohana bagaimanapun membenarkan permohonan Abdul Khalid untuk menangguhkan pembayaran itu sementara menunggu permohonan rasmi penangguhan keputusan berkenaan didengar pada 16 September ini.Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Abdul Khalid, berkata mahkamah membenarkan permohonan Bank Islam untuk satu penghakiman terus dengan alasan tiada isu untuk kes itu perlu dibawa ke satu perbicaraan penuh.

Malik berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan kerana berpendapat perkara itu hendaklah dibawa ke perbicaraan penuh.
Beliau akan memfailkan permohonan rasmi penangguhan keputusan itu, awal minggu depan.
Sementara itu, mahkamah juga menetapkan 16 September ini untuk sebutan kes saman Abdul Khalid terhadap Bank Islam. Abdul Khalid memulakan saman terhadap bank itu pada 18 Mei 2007, dengan menuntut ganti rugi dan pengisytiharan bahawa wujud kontrak kolateral antara beliau dan Bank Islam berhubung dengan perjanjian kemudahan Al Bai-Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April 2001.

Beliau juga mahu satu pengisytiharan bahawa kemudahan BBA dalam isolasi dan tanpa kontrak kolateral adalah tidak sah dan terbatal serta Bank Islam melanggari kontrak kolateral dan kemudahan BBA. Saman balas bank berkenaan terhadap Abdul Khalid pada 24 Mei 2007, bagaimanapun mendakwa Menteri Besar itu melanggari kontraknya dalam perjanjian pinjaman BBA bagi pembelian saham Guthrie.Abdul Khalid tidak hadir di mahkamah semalam, manakala Bank Islam diwakili peguam Tommy Thomas.

Apa jaminan yang Khalid takkan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor untuk mendapatkan wang membayar hutangnya yang berpuluh juta itu ??Ini baru satu hutang..entah-entah ada berpuluh lagi hutang!! Bagaimana dia mahu menguruskan Selangor yang belanjawannya melibatkan berbilion-bilion RM sedangkan hutang peribadinya pon tak boleh diurus dan mencecah berpuluh juta dan tak boleh bayar?? Inikah dia tokoh korporat terkemuka yang dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim??Korporat atau keparat?

Sepatutnya Khalid meletak jawatan sebagai Menteri Besar supaya, kegusaran rakyat terhadap dirinya dapat dihapuskan buat sementara. Khalid seharusnya selesaikan masalah peribadinya itu supaya ia tidak mengganggu tugasnya dalam menyelesaikan masalah rakyat di dalam negeri Selangor ini. Sudahlah ada exco negeri Selangor terlibat dalam gangsterisme, ada pulak yang buat hubungan luar nikah, Menteri Besar pulak hutang berpuluh juta..Masya Allah..ini kah dia dikatakan kerajaan berkebajikan??Bagi kami ini bukan kerajaan berkebajikan..tetapi kerajaan berkebajingan..

Kepada ADUN Sekinchan dari DAP iaitu Ng Suee Lim yang sibuk sibuk pasal rumah Dato Seri Khir Toyo tu yang dikatakan berharga RM24 juta...kalau beliau kata Dato Seri Khir Toyo tak patut ada rumah berharga RM24 juta sebab pendapatannya sebagai Menteri Besar tidak memungkinan dia bina rumah semahal itu, bagaimana Tan Sri Khalid nak bayar RM66 juta pulak?? Persoalan ini tiada pon dibising-bisingkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Namun, rakyat Selangor sekarang sudah sedar, mereka sedang mengalami liku liku kegelapan pemerintahan era daif Pakatan Rakyat. Insya Allah, bila tiba masanya, mereka pasti akan menyokong kembali Barisan Nasional yang sememangnya sudah terbukti mempunyai tradisi membela rakyat!!

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages