Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, September 1, 2009

Isu Kuil Shah Alam: Khalid lebih utamakan soal lembu?


***Updated

Menurut blogger Cucu Tok Selampit, satu majlis dialog akan diadakan di bangunan MBSA, Rodziah Ismail dan Khalid Samad juga akan hadir sama..sama-sama kita nantikan apakah kesudahannya.

Blogger anotherbrickonwall dan Unspinners pula melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Penduduk iaitu Mahyuddin Manaf adalah sama ada seorang ahli PKR bahagian Wangsa Maju atau ahli PAS. Naib Pengerusinya pula iaitu, Ibrahim Sabri, adalah ahli Reformasi Anwar Ibrahim. Menurut blogger2 ini juga, tukang baca doa pada hari perarakan itu pula adalah ahli PAS yang dipanggil penduduk situ sebagai Amin.

Amatlah pelik apabila pemimpin Pakatan Rakyat menuduh UMNO menjadi dalang perhimpunan tersebut sedangkan yang terlibat adalah ahli mereka sendiri. Namun, ini bukan kerana parti apa atau mana, tetapi sebagai umat Islam, kebajikan mereka walau dari parti mana sekali pon hendaklah dijaga. Sayangnya pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan (contohnya Khalid Samad) memandangnya sebagai isu politik, bukan isu rakyat khasnya umat Islam di Shah Alam.

*******




Situasi di Shah Alam nampaknya menjadi semakin panas apabila terdapat beberapa pihak yang membuat demonstrasi mengenai pembinaan kuil di Seksyen 23. Apa yang menariknya ialah kehadiran kepala seekor lembu di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor, di mana ia telah menjadi cemuhan Menteri Besar sendiri mengatakan bahawa mereka yang berdemonstrasi cuba menghina agama lain. Tan Sri Khalid seharusnya mencari punca masalah ini, bukan hanya menyalahkan mana-mana pihak, dan bukan membuat kenyataan yang berlegar dengan isu lembu ini??...dengan menyalahkan orang lain, adakah masalah ini boleh selesai?? Pakatan Rakyat sudah terkenal dengan pakar dalam menambah masalah rakyat bukan penyelesai masalah rakyat. Nampaknya Tan Sri Khalid tak habis habis ada masalah dengan lembu..
PKR dan lembunya...photo credit to minaq_jinggo

Di manakah wakil rakyat yang berkaitan dengan penduduk Seksyen 23??Mana Khalid Samad??Mana Rodziah??Rodziah lah orang yang beriya iya mempertahankan rancangan pembinaan kuil ini walaupon mendapat bantahan penduduk setempat..Jika kehendak penduduk setempat pon tidak dapat dipenuhi, buat apa jadi wakil rakyat di situ??

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages