Wah betol punya marah tu! Agaknya lambat sangat MB nak jawab sebab tergagap-gagap itu sebab dia marah. Photo credit to Utusan.com.my
Pakatan Rakyat sudah menerima penangan dari kemarahan rakyat terhadap mereka. Konon mereka memperjuangkan hak rakyat, tapi apa sudah jadi dengan isu kuil di Shah Alam ini? Perkara yang penuh sensitif ini tidak dapat ditangani dengan cara yang baik oleh kerajaan pimpinan Khalid, rakyat terutamanya umat Islam di Seksyen 23 amat marah. Mana tak marah, pemimpin Melayu Islam yang sepatutnya menjaga kebajikan umat Islam di Selangor tidak mampu memperjuangkan kebajikan mereka.
Umat Islam mana yang suka tinggal berdekatan rumah ibadat bukan Islam? Ini adalah kenyataan dan realiti semua umat Islam di Malaysia ini yang gagal difahami oleh orang Islam seperti Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Rodziah Ismail, Yaakob Sapari dan Hassan Ali. Ini bukan masalah toleransi antara agama, kerana kuil yang cuba dibina ini telah pon mendapat tempat di seksyen 18. Jadi tidak timbul persoalan bahawa kerajaan BN anti pada pembinaan rumah ibadat bukan Islam ataupun tidak memahami kehendak penduduk Hindu di Shah Alam. Dari segi sensitiviti umat Islam berkenaan rumah ibadat bukan Islam, cuba tanya pada Khalid Ibrahim, Rodziah Ismail, Yaakob Sapari dan Hassan Ali ,mahupun Nik Aziz atau Haji Hadi, nak tak dia buat rumah untuk mereka dan keluarga mereka tinggal betol2 di hadapan tokong atau kuil??Tak tau la pulak kalau Khalid Samad suka tinggal berdekatan gereja. Kenapa mereka ini tak mau faham kehendak umat Islam di Shah Alam?
Inilah akibatnya apabila terlalu banyak politiking, bukan mentadbir dan memakmurkan negeri. Asyik-asyik menyalahkan kerajaan yang terdahulu. Apabila begini, rakyat pon sudah marah, Sekarang pandai-pandai la nak jawab, bak kata Nabil, "Lu fikir la sendiri".
Inilah masanya pemuda memainkan isu tersebut,Pemuda haruslah bergerak dengan mengambil kesempatan diatas isu-isu yang berlaku di Selangor. Selamat Berjuang.
ReplyDeleteIni lah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu mentadbir Selangor, mereka hanya tau berpolitik sahaja. Cerita mereka bahawa mereka memperjuang hak rakyat adalah fantasi semata-mata, mereka fikir mentadbir sebuah negeri itu senang. Nah, sekarang ini lah masa utk kita menyerang mereka bertubi-tubi. But bare in mind, kita menyerang dgn fakta, bukan menyerang secara fitnah dan caci maki sepertimana yg mereka selalu amalkan
ReplyDeleteSalam perjuangan sahabat2 yang dikasihi lagi dimuliakan. Kebangkitan bangsa Melayu di kalangan kita haruslah berteraskan prinsip agama yang kita junjung selama ini. Walaupun tersepit dan terhimpit dek kerana sesetengah golongan yang tidak memahami perjuangan sebenar, namun kita rumpun Melayu satu bangsa dan satu agama harus terus berjuang untuk mencapai matlamat memartabatkan maruah bangsa dan agama yang selama ini diperjuangkan oleh nenek moyang kita. Janganlah lalai dan leka dengan pengaruh luar yang selama ini mahu memecahbelahkan masyarakat. Seperti cenderawasih "Patah Sayap Bertongkat Dagu". Bangkitlah wahai bangsaku, Perjuangan Harus Diteruskan.... Hanya yang kuat dan tabah sahaja mampu meneruskan perjuangan yang belum selesai.....
ReplyDelete