Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, July 3, 2012

NIK AZIZ MASIH NAIF WALAU DAH LAMA JADI MB??

Kisah ini sebenarnya dah lama iaitu, tentang perlantikan menantu Nik Aziz, Ariffahmi sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)..

Tetiba kami terjumpa lah video ini..yang dirakam pada 2009. View bagi video ini pon tak banyak (pada ketika kami jumpa semalam). Video ini direkodkan oleh Malaysiakini.

Sepertimana kita tahu, pejuang-pejuang PAS sering sahaja menjulang nama Nik Aziz sebagai pemimpin yang bagus, baik. Walaupun dikecam akan kemunduran Kelantan di bawah pemerintahannya, alasan yang diberikan adalah Kerajaan Pusat yang meminggir Kelantan, walhal, menurut laporan audit negara, tiap-tiap tahun berjuta-juta duit selalu disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan PAS Kelantan. Kita juga sering ditunjukkan imej-imej Nik Aziz bersolat, berdoa sehingga menitis air mata, zuhud dalam pelbagai perlakuan dan sebagainya...demi menunjukkan imej warak dan besederhana Nik Aziz khususnya dan PAS amnya..

Namun apa yang menarik ialah dalam video ini, Nik Aziz menjelaskan bahawa dia TIDAK TAHU yang melantik MENANTUnya sebagai CEO adalah salah. Dia juga dengan mudah salahkan LA (penasihat undang-undang) dalam meeting tidak memberitahunya. Takkan lah Nik Aziz tak tau benda-benda tu? Dia adalah seorang MB! Ariffahmi dilantik pada 2009, dah BERAPA TAHUN Nik Aziz jadi MB? Takkan tak tau kot?

Di samping itu juga dia nyatakan sebab-sebab dia dilantik antaranya, rumahnya dekat, sentiasa solat bersama..ciri-ciri ini memanglah tiada dalam orang lain kecuali ahli keluarga Nik Aziz sahaja..walaupun Nik Aziz kata tak mau orang yang jauh jadi CEO, sekarang dah ada kenderaan, teknologi komunikasi dan sebagainya..dan PMBK bukan Perbadanan Nik Aziz! Tak semestinya yang dekat itu TERBAIK!!



Jadi apa yang kami simpulkan..bahawa Nik Aziz seperti naif dalam menjadi pemimpin sebegini..walaupun dia dikatakan tinggi ilmu dalam agama, tetapi ilmu pentadbirannya masih lemah...masakan dia tak tahu bahawa MELANTIK MENANTUNYA adalah amalam NEPOTISME selepas 19 tahun menjawat jawatan MB?!! Ya Nepotisme! Itulah tuduhan yang sering dilemparkan oleh PAS kepada UMNO! Tapi bila kena batang hidung sendiri seribu alasan diberikan...

1 comment:

  1. Kalau bukan amalan kroni...bukan orang Kelantan nama nya !

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages