Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, October 11, 2011

Sah Hudud hanya modal politik untuk PAS Kelantan

Prof Aziz Bari lah yang mengantoikan hudud jadi modal politik PAS Kelantan..

PAS Kelantan mungkin sudah nampak penolakan rakyat Kelantan terhadap mereka. Untuk mengekalkan kuasa mereka, PAS Kelantan harus melakukan sesuatu yang ekstravaganza kerana penolakan rakyat nampaknya semakin kuat. Penolakan rakyat Kelantan terhadap PAS adalah kerana kegagalan PAS sendiri dalam mentadbir negeri terutamanya dalam memberi kemudahan yang baik untuk rakyat Kelantan. Sebagai contoh ialah bekalan air yang masih lagi gagal diberi dengan baik oleh kerajaan Kelantan walaupun beratus juta ringgit telah disalur oleh Kerajaan Pusat sejak 1990.

Jadi untuk mengekalkan kuasa, PAS Kelantan mengambil langkah untuk memancing rakyat Kelantan dengan hukum hudud. Ini kerana, disebabkan modal hukum hududlah Nik Aziz dapat berkuasa pada 1990 sehingga sekarang. Walaupun enakmen syariahnya sudah dibuat, tetapi Kelantan tidak melaksanakannya. Mereka menuduh kerajaan BN menghalang perlaksaan mereka. Jadi apa bukti yang mengatakan bahawa hudud ini menjadi MODAL BESAR politik PAS Kelantan?

Baca ini:

Perkara di atas bukan Utusan atau Berita Harian yang tulis, tetapi Harakah yang tulis.

Dengan pengakuan Prof Kangkun Aziz Bari ini, jelas menunjukkan bahawa PAS Kelantan ingin mengulangi kejayaan mereka menggunakan hudud di Kelantan sebagai modal politik untuk PRU akan datang. Mereka sudah tak ambil kisah apa Pakatan akan kata, apa DAP kata, dan tak kisah walaupon PAS sudah tukar dari negara Islam kepada negara kebajikan dan tidak sebut langsung hukum hudud dalam muktamar baru-baru ini..

Ini kerana, pengekalan kuasa mereka adalah lebih penting. Itu sebab Nik Aziz tak kisah pon pasal apa Karpal Singh nak cakap, walaupun dulu Nik Aziz pernah kata bahawa DAP sudah mula menerima Islam. Yang penting bagi Nik Aziz ialah kerusi MB nya tersebut. 

Jadi kepada rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia, relakah anda ditipu lagi?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages