Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, August 16, 2011

Hassan Ali dah masuk UMNO?


PAS sekarang nampaknya dah tak tau cakap apa pasal isu gereja vs JAIS. Last-last dia tembak kat UMNO jugak.

"Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini."

Yang paling peliknya, Mustafa ni kata ada elemen dan peranan UMNO dalam operasi JAIS. Halo brader, siapa exco Agama Islam di negeri Selangor? Hassan Ali tu orang UMNO ka?

Lagi satu, kalau ye pon UMNO suroh pergi gereja tu, tujuannya ialah untuk mengelakkan murtad..takkan itu pon salah? Kenapa perangkap dari pihak gereja tu dia tak nampak tapi dia boleh tuduh ini perangkap UMNO?

Allah semakin membuka tembelang PAS di bulan Puasa kali ini..adakah ini tanda-tanda kehancuran PAS?

8 comments:

  1. biarlaa pas hancur....senang dan aman org melayu...tak berpecah lagi...

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Tak pa lah kalau PAS dengan ikhlas berikrar tidak mau menubuh Negara Islam. Semua orang boleh terima.

    Rakyat yang beragama Islam selama ini memikirkan yang PAS diwujudkan dengan satu matlamat - men ubuhkan Negara Islam. Sebab itu sebahagian rakyat menyokong PAS.

    Tapi PAS tak boleh lepas tangan terus daripada memelihara dan menjaga kepentingan Islam, kerana PAS dianggota 100% orang Islam yang berkewajipan mempastikan Islam diletakkan di tempat yang hak.

    Pelik sangatlah kalau dan sedang berlaku pun sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. yang peliknya kenapa asyik-asyik PAS nak salahkan UMNO dalam hal ini..ini bukan hal politik..ini hal akidah..dan PAS adalah sebahagian dari kerajaan negeri Selangor..sepatutnya PAS lah bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini melalui orangnya iaitu hassan ali yg juga exco agama islam di negeri selangor, bukan tuding jari ke orang lain..macamana lah pas ni nak pimpin negara kalau isu sebegini pon tak tau nak settle

    ReplyDelete
  4. bila ada pekara yg berlaku tak elok semuanya umno tak ada modal lain ke wahai pemimpin pas.kenapa bongok sangat ni.sekarang ni penyokong pas pun dok mencari makan dibawah kjaan BN.itu tak bising pulak

    ReplyDelete
  5. Selangor dijngka akan dirampas kembali oleh BN. Berita gembira ni perlu dikongsi sebab minggu lepas isteri kawan saya yg tinggal di Sg Petani Kedah sejak 6 tahun lalu telahpun berjaya mendapat Mykad, walaupun agak terkejut dengan alamat yg tertera dan laki pun x tahu guna rumah sapa dan alamat mengundi pulak nun di kawasan Khir Toyo. Dapat mykad dan siap boleh mengundi. Dasyat sungguh negara sedang dijual. Sapa pun tak ambil peduli, mana perkasa, mana patriot?

    ReplyDelete
  6. Berita gembira akhir ni, UMNO akan ganti PAS menubuhkan negara Islam selaras dengan agama rasmi Malaysia bagi mengelak umat Islam ramai yg murtad. knyataan bersungguh ini dikeluarkan oleh bebarapa pemimpin tertinggi UMNO dan juga mantan KM Melaka A. Rahim T. IManakala kelantan akan mendahuluinya melalui Ibrahim Ali.

    ReplyDelete
  7. Jangan jual agama demi kepentingan politik...matlamat tak menghalalkan cara. Kalau jadi parti Islam tapi takut sebab jadi boneka PKR and DAP, tak dak guna jugak...apa pun tak boleh!!!! Gereja sokong...murtad sokong....arak sokong....apa lagi yang PAS nak sokong lepas ni tak tau la...YA ALLAH....selamatkan lah kami dari mereka yang menggunakan agama-MU untuk kepentingan peribadi...

    ReplyDelete
  8. betullah apa yang dipredict oleh nabi kita fitnah dajjal datang dalam pelbagai bentuk...iaitu syurga itulah neraka dan neraka itulah syurga...ingatlah wahai umat waspada pada fitnah dajjal

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages