f Kenapa diharamkan terus?Kan boleh diperlahankan? ~ Ikrar Pemuda

Monday, August 15, 2011

Kenapa diharamkan terus?Kan boleh diperlahankan?


Puak-puak PAS punyalah defend Pulau Pinang suruh haramkan pembacaan al-Quran melalui pembesar suara, dan hadis ini sering digunakan:

Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri: “Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: ‘Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat’ (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Kami bukanlah bijak pandai dalam hal-hal agama, namun dalam hadis ini jelas Rasulullah melarang mengangkat bacaan, dan bukannya melarang langsung bacaan.

Sekarang persoalannya ialah, kenapa nak haramkan terus sedangkan ianya BOLEH DIPERLAHANKAN!

Kenapa pula bila Pulau Pinang nak terus haram PAS terus meloncat sokong?

0 comments:

Post a Comment