Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, August 13, 2011

Soalan penting untuk umat Islam di Selangor


Syabas kepada mereka-mereka yang berdemonstrasi di Masjid Shah Alam menentang gerakan murtad petang tadi..namun kami di sini ingin mengutarakan sedikit nukilan untuk memberi peringatan kepada semua umat Islam.

Tak kiralah sealim mana pon umat Islam, tapi bila bab murtad memurtad, hati seorang muslim pasti tersentuh dan tersentap. Apatah lagi bila kerajaan yang diangkat kononnya ada parti yang memperjuangkan Islam dikatakan sememangnya pejuang Islam sebenar. Namun, sangkaan rakyat Selangor meleset sama sekali kerana apabila sudah ada kuasa, PAS ternyata berpecah belah dan pegangan terhadap perjuangan Islam di antara mereka tiada kesatuan.

Mana tidaknya, isu kes murtad yang dipertahankan oleh Exco Agama Islam, Datuk Hassan Ali ditentang keras oleh geng-geng PAS sendiri, termasuklah yang buat U-turn, ketua pemuda PAS. Presidennya sendiri sampai sekarang ini masih terhegeh-hegeh nak buat satu statement kukuh menyokong tindakan JAIS.

Kami di sini nak tanya sedara semuslim semua tak kiralah parti PKR ke, UMNO ke tak berparti ke, KALAU BUKAN KITA YANG PATUT SOKONG JAIS, SIAPA LAGI?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages