Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, August 9, 2011

Bila otak PAS hanya zikir "kuasa, kuasa, kuasa, kuasa..."



Bagi PAS, antara agama dan kuasa...kuasa lagi penting dari mereka.

Tengoklah keadaan sekarang ini, isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam hanya dipandang enteng oleh PAS. Presiden PAS boleh kata, isu murtad ini hanya isu kecil.

"Selain itu tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menyifatkan kontroversi yang berlaku adalah “masalah negeri."

Dan tiba-tiba Pakatan Haram nak bagi usul untuk bincangkan pasal daftar pemilih dan keselamatan negara.

"Pakatan Rakyat mendesak agar diadakan Sidang Parlimen Tergempar bagi menjawab beberapa isu yang kini semakin tidak terkawal terutamanya berkenaan dengan ketidaktelusan kelulusan daftar pemilih."

Memanglah ada ura-ura nak pilihanraya, tetapi isu murtad ini adalah juga tanggungjawab mereka untuk rakyat supaya ia diselesaikan. Bukan main tuduh sana tuduh sini.. Dalam isu JAIS vs Gereja ini, PAS dan PKR hanya menyalahkan Hassan Ali dan UMNO. Kenapa begitu? Sedangkan ianya harus disiasat terlebih dahulu..adakah ini bermakna pihak gereja tidak akan bersalah tanpa siasatan? Kenapa tiba-tiba Haji Hadi nak salahkan UMNO plak? Kan Hassan Ali kata ada unsur aktiviti murtad disitu..

Mungkin PAS pakai slogan baru, "Undi didahulukan, kuasa diutamakan, biar agama Islam dikerjakan"

1 comment:

  1. Memang betul...mereka sedar peluang nak jadi PM atau TPM tipis ..tetapi dapat jadi Menteri atau menteri besar pun jadi lee....

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages