f Mustafa Ali tak nampak liabiliti Pakatan Haram? Atau buat-buat tak nampak? ~ Ikrar Pemuda

Tuesday, August 9, 2011

Mustafa Ali tak nampak liabiliti Pakatan Haram? Atau buat-buat tak nampak?



PAS kata Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor jadi liabiliti kepada BN..

Hmmm...pelik juga tiba-tiba PAS khasnya Mustafa Ali kisahkan pasal BN dan UMNO..tetapi dia harus sedar yang liabiliti paling jelas berada di dalam kelompok Pakatan Haram..
Sedangkan kini, Dato Najiblah menjadi TUNJANG kekuatan BN dalam mendepani Pakatan Haram yang makin rosak, makin hancur...dan pada masa yang sama menghancurkan masa depan rakyat terutamanya di negeri Selangor ini..

Nak tanya kepada Mustafa Ali...

siapa yang terpalit dengan kes liwat yang sampai sekarang asyik tangguh-tangguh kes..

siapa yang terpalit jadi pelakon video lucah yang mukanya jelas dan terang dalam video tersebut?

siapa yang berjanji nak tegakkan kerajaan pada 16 sept. 2008 tapi tak jadi-jadi sampai sekarang?

Dan bagaimana pula ada cerita nak bawa Ku Li jadi Ketua Pembangkang?

Dan sorang lagi tu pon liabiliti jugak..tu tok guru yang dulu kata negara Islam ada dalam al-Quran sekarang ni kata takde pulak..pastu siapa orang PAS yang kata kamera cctv tidak boleh jadi saksi, sebab ianya hanya besi..siapa tu?..

Hmmm....mungkin Mustafa Ali tak tau erti liabiliti yang sebenar..atau buat-buat tak tahu..

0 comments:

Post a Comment