Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, June 16, 2011

Pesanan ikhlas untuk blogger Pro-BN



Kami di Ikrar Pemuda sekadar ingin memberi dan berkongsi pandangan untuk semua blogger-blogger pro-BN. Kami sedar, kami bukanlah blog yang besar, tak berapa nak glemer pon, namun atas kesedaran untuk saling mengingat..kami peduli hape..nak nasihat jugak..hahahah (saje blawok).

Ok seriously, kita telah lihat satu perubahan besar berlaku kepada PAS selepas muktamar mereka baru-baru ini. Kepimpinan bertukar, begitu juga dengan dasar perjuangan mereka. Ramai di antara kita (termasuk kami) memperkatakan dan memperlecehkan TRANSFORMASIN PAS ini kerana telah mengabaikan apa yang telah mereka perjuang dan ceramahkan (isu hukum hudud dan negara Islam). Lalu kita melabelkan mereka sebagai hipokrit, penipu, dan sebagainya, namun itu memang gelaran yang benar dan betul, bukan kerana dengki, tetapi kerana sememangnya mereka yang berperangai sebegitu.

Namun, apa yang mungkin kita tidak sedari, dan perkara yang ingin kami kongsikan di sini ialah, PAS sanggup melakukan apa sahaja demi untuk berkuasa semasa Pilihanraya akan datang ini. Ia ibarat seekor syaitan mahu upgrade level nya jadi Iblis atau dajjal. Kenapa begitu? Ini kerana, walaupon katanya PAS itu didokong oleh para-para ulama, para-para cendekiawan Islam, dan lebai-lebai, ustaz-ustaz yang kemungkinan tinggi ilmu agamanya, SANGGUP membuang perjuangan menuntut negara Islam, yang merupakan PILLAR atau BATU ASAS yang diperletakkan oleh generasi PAS yang terdahulu. Jadi bayangkanlah bagaimana terdesaknya kepimpinan PAS yang sekarang untuk memperoleh kuasa demi kemenangan politik mereka dalam pilihanraya akan datang!

Apabila PAS yang dikatakan penuh dengan ilmuwan Islam pon sanggup gugurkan prinsip asas untuk tegakkan negara Islam dan hukum hudud, ia juga bermakna PAS akan melakukan apa sahaja termasuk mengenepikan prinsip Islam demi kemenangan akan datang! Ini sudah pon dilakukan oleh PAS antaranya:
1) dengan tanpa pembuktian mengatakan bahawa video seks Anwar merupakan fitnah
2) kafir dibenarkan guna perkataan Allah dan sebagainya.
3) Menyokong Anwar yang menyokong kes murtad

Apa yang ingin kami kongsikan di sini lagi ialah, setelah kepimpinan mereka pon sanggup gugurkan prinsip utama parti sendiri, bermakna yang bawah-bawah yang taksub dengan kepimpinan PAS pasti akan sahut perubahan tersebut sebagai satu seruan. Maka bala-bala tentera mereka pasti akan MELAKUKAN APA SAHAJA demi kemenangan ketua-ketua mereka.

Memang ini telah pon dilakukan oleh mereka sejak sekian lama (fitnah, maki hamun dan sebagainya), namun kali ini, SERANGAN mereka bakal menjadi lebih teruk lagi. Kami dapat simpulkan di sini, apabila negara Islam dan hukum hudud itu digugurkan maka mereka ada LESEN BESAR untuk menggunakan serangan-serangan yang lebih busuk lagi, lebih buruk lagi dan lebih dahsyat lagi asalkan RAKYAT MEMBENCI BN. Mereka akan menggunakan segala kepakaran dalam ilmu menghasut mereka asalkan RAKYAT AKAN MEMBENCI dan TIDAK MENGUNDI BN di pilihanraya akan datang. Dan boleh lah dikatakan SLOGAN bagi PAS kini bukanlah sebenarnya NEGARA KEBAJIKAN tetapi "NO MATTER WHAT RAKYAT MUST HATE BN!!"

Maka, di harap agar para blogger pro-BN dapat bersedia akan kebangkitan syaitan, iblis dan dajal politik ini. Sekian terima kasih.

dari kami yang tak glemer
team Ikrar Pemuda

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages