Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, June 9, 2011

GEMPAR!!Haji Hadi Presiden Parti PAS terbukti menipu tentang Negara Islam!


Rentetan dari pendedahan oleh Panglima Perang Cyber di sini dan blogger xpressminda di sini 

berkenaan dengan pendedahan penipuan Presiden Pas, Haji Hadi, kami di Ikrar ingin meneruskan lagi menerangkan penipuan Haji Hadi berkenaan dengan negara Islam PAS berdasarkan Dokumen Negara Islam yang PAS keluarkan.


Ok, semua orang tahu bahawa Haji Hadi telah pon menggugurkan perjuangan negara Islam untuk PAS melalui ucapannya di Muktamar PAS baru-baru ini yang berbunyi:

“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan” – Hadi Awang, Presiden Pas.

Ok disitu Haji Hadi kata negara Islam tak sebut dalam al-Quran.

Namun, menurut Dokumen Negara Islam yang diterbitkan dan dikeluarkan PAS pada 2003, terdapat kenyataan bahawa negara Islam ada disebut dalam al-Quran.

PAS mentafsirkan ayat tersebut sebagai asas negara Islam. Dan ini menunjukkan bahawa, PAS akui dalam Quran menuntut umatnya perlu menegakkan negara Islam.


Di sini juga, tak cukup dengan ayat di atas, PAS cuba meracun seluruh umat Islam dengan menyelit cita-cita mereka membina negara Islam di dalam ayat tersebut, iaitu ayat yang kita amalkan di dalam solat kita (doa iftitah).

Dan sekarang kami letakkan balik ayat Haji Hadi dalam ucapan muktamarnya baru-baru ini.

“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan” – Hadi Awang, Presiden Pas."

Kita boleh tafsirkan dengan mudah, bahawa, dengan bukti-bukti ini, memang sah, sebenarnya Haji hadi, presiden Parti Islam SeMalaysia telah menipu rakyat Malaysia.

1) Haji Hadi menipu semua orang termasuk orang-orang PAS sendiri kerana selama ini PAS ingin memperjuangkan negara Islam, tetapi tiba-tiba kata itu bukan tuntutan dalam al-Quran

2) Haji Hadi menipu bahawa negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, tetapi dalam Dokumen Negara Islam yang dia sendiri telah rasmikan telah menyatakan bahawa al-Quran ada menuntut umatnya menegakkan negara Islam.

Jadi watak sebeginikah yang kita semua mahu lantik jadi pemimpin?Pendirian tak konsisten, ayat al-Quran dipermain-mainkan, kejap begini, kejap begitu? Semoga Haji Hadi bertaubat.

Siapa nak baca lebih mendalam dokumen negara Islam PAS sila download di sini.

4 comments:

  1. Hala tuju dan perjuangan PAS dah jadi tunggang-langgang.

    Langkah dan jalan pemimpin-pepimpin PAS dah tidak lurus. Kengkang macam orang mabok terminum holly water DAP.

    Cakap pemimpin Parti Islam seMalaysia dulu lain sekarang lain macam cakap anugerah Tuhan mereka.

    Mamat

    ReplyDelete
  2. PAS sebenarnya cuba nak merelevankan perjuangan mereka sejajar dengan perjuangan DAP dan PKR. Masalahnya penjajaran tersebut membuatkan mereka terpaksa mengorbankan perjuangan mereka menegakkan negara Islam. Padahal sudah berpuluh tahun mereka jaja cerita dalam ceramah-ceramah mereka yg mereka mahu tegak negara Islam...hipokrit tahap tertinggi...

    ReplyDelete
  3. Perbincangan tentang negara islam itu sendiri tidak disebut secara khusus didlm alquran tetapi memperincikan ttg sebuah kerajaan y mltakkn islam sbg panduan ulung dlm plembagaan, alquran sunah ijmak dan qias.ini hnya ada pada satu2parti iaitu pas dan tidak pd umno.

    Penulis harus jujur dan blajar untuk tahu bhw konsep atau pndekatan negara islam itu dibincang oleh para ulamak y brrijtihad ttg takrifan negara islam membuktikn walaupun tdak disebut scr khusus kalimah ngara islam itu di dlm al quran ianya menepati sumber syarak yg empat iaitu IJMAK.

    Harus diingat bhw negara islam diperincikan juga didalam konsep negara berkebajikan mmbatalkan tuduhan liar penulis bhw ianya dibuang dan dihapus bahkan ia terkandung ddlam konsep negara berkebajikan yang diperincikan didalam surah al baqarah ayat yang y ke 177>>

    Wajib diingat sesuatu pndekatan atau konsep itu mempunyai fleksibliti atau murunah asalkan masih berpandukan sumber hukum utama y 4 iaitu al quran,sunnah,ijmak dan qias.

    Jika penulis menolak perkara di atas maka persoalan yang wajib dijawab oleh penulis mengapa menghapuskan konsep ISLAM HADHARI dan 10 PRINSIP ISLAM YANG MAUJUD DLM NYA DAN DI GANTI DENGAN KONSEP 1MALAYSIA y dipalit persamaan oleh APCO iaitu 1ISRAEL?BERMAKSUD PENULIS MENCIPTA SIFIR DAN TERPAKSA JAWAB SENDIRI kerana niatnya memang begitu..

    Pandangan sy bhw ssuatu pndekatan,methodology atau konsep itu boleh berubah mngikut situasi asalkan ianya masih dipandu oleh syariat.konsep ngara islam berubah kpd konsep negara berkebajikan keduanya tidak bercanggah dgn syariat

    .jika dilihat dlm konsep ngara berkebajikan turut disentuh tentang kewujudan negara islam. Ianya tetap wujud.adakah ianya ditolak dan dibuang sdangkn ianya disebut dan dinyatakan dlm konsep negara berkebajikan?persoalan penulis mnekankn ianya ibadat wajib tidak timbul kerana ianya tetap wujud dalam pndekatan konsep negara berkebajikan.apatah lg pas tidak pernah mngubh dasar parti mltakkn islam,alquran sunah ijmak dan qias sbgn panduan y tgi.

    Tentu penulis bersetuju dgn knyataan diatas sekiranya penulis melihat bagaimana konsep islam hadhari itu didowngradekan kepada konsep 1malaysia y dikaitkn dgn konsep 1israel ciptaan APCO..bagaimana sanggup dan tergamak umno mnghapuskn 10 prinsip islam y ada dalam islam hadhari itu dan digantikan dgn konsep y cacamerba hingga toiletpun ada dinamakan toilet 1 malaysia? Kalau inilh sifir penulis maka umno telah mnjadi apa y dkatakan penulis iaitu pembenci islam kerana menghapuskan konsep ISLAM hadhari itu sendiri..

    ReplyDelete
  4. Jika sifir sang saka diatas sblum ini mnyatakan ianya berlaku kerana i gin mngikut tlunjik dap mhupun pkr maka itu satu tuduhan y tak jelas dan bersifat mlagakan saja maka sifir y sama juga wajib dijwb oleh sang saka iaitu ktika sokongan mlayu islam merosot hdp umno pd pru10 maka diperkenalkn konsep islam hadhari namun pada pru12 sokongan masyarakt bukn islam merosot dgn teruk maka untuk tujuan umno trus relevan untuk mca dan mic bahkan non muslim MAKA UMNO MMPERJUANGKN 1MALAYSIA PULA DAN MEMBAKULSAMPAHKAN ISLAM HADHARI DEMI MERAIH UNDI NON MUSLIM.harap dapat mnerima hakikat ini atau mnafikan dan tuduhan sang saka memakan diri sendiri sahaja jika itu sifir pemikirannya.

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages