Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, June 9, 2011

Penolakan Ulama dalam PAS sebuah gerakan terancang?

Menuju PAS baru...menolak kepimpinan ulama


Penolakan PAS terhadap golongan ulama yang berlaku dalam muktamar baru-baru ini sebenarnya sudah boleh dikesan sejak dari tahun lepas. Ini dilakukan selepas golongan-golongan non-ulama dan profesional PAS menyaksikan peluang untuk ke Putrajaya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat pada 2008. Dengan dokongan Anwar melalui ajen-ajennya di dalam PAS, mereka nampaknya merasakan golongan ulama bakal memperlahankan cita-cita mereka.

Ini dibuktikan melalui penolakan Dewan Ulama PAS Kedah pada 2010 terhadap buku tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa yang bertajuk "Menuju PAS Baru". (MalaysianInsider 2010)

Naib Ketua Dewan tersebut Yusuf Mahmud berkata:

“Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata,” katanya dalam satu kenyataan."

Beliau juga menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid kerana ia mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun.

Yang menariknya, dia juga berkata:
“Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya,”

Malangnya, beliau tak sedar yang ramai pemimpin PAS bukan sebenarnya ingin menegakkan hukum Allah, tetapi sememangnya ingin ke Putrajaya, seperti mana impian idola mereka Anwar Ibrahim. Itulah yang berlaku di dalam Muktamar PAS baru-baru ini. Sampaikan Tuan Presiden dalam keadaan terdesak ingin mengekalkan kedudukannya terpaksa berkata bahawa negara Islam itu tiada dalam al-Quran.

Untuk rekod, Dr Mujahid Rawa baru-baru ini dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Ikrar Pemuda: Cuba tengok senarai ahli jawatankuasa kerja PAS yang baru..siapa ulama?Khalid Samad kot?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages