Mungkin ini hasil berkat doa dan solat hajat orang-orang PAS untuk menegakkan kebenaran dalam kes video seks Anwar Ibrahim...akhirnya ada juga orang PAS berusaha untuk itu. Husam Musa telah mencabar Dato Eskay untuk menjalani ujian poligraf. Walaopon agak pelik bila PAS menolak cara bersumpah dengan nama Allah sebab Anwar kata tak ikut Islam...nah sekarang kita ikot cara Amerika pulak, mungkin sebab Anwar ikut imam dan mufti Amerika, so PAS pon mahu ikut cara itu..
"BANDAR PUTRA – Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan mereka itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan.
“Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong (mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor, di sini." (Sinar Harian)
Menurut blogger gerakanantipkr, Dato Eskay bersetuju jika diadakan ujian poligraf terhadap dirinya, dengan syarat, Anwar Ibrahim juga harus ambil ujian tersebut. Jadi sekarang, mari kita tengok siapa yang berani kerana benar!
Ikrar Pemuda: Husam terlepas cakap ke?
saya agak sangsi dengan kenyataan terbaru husam musa ni dan saya agak yakin beliau akan berhujah cabarannya terhadap ketiga2 datuk t dan bukannya datuk eskay seorang kerana beliau sedar datuk eskay adalah saksi utama bukannya datuk shuib lazim atau datuk rahim thambi chik.
ReplyDeleteEn. izad...agak pelik apabila dia tak mahu cabar Anwra untuk jalani ujian poligraf..kenapa ye?
ReplyDeletesepatutnya orang yg suka berbohong dan tak percaya dgn sumpah laknat yg mesti jalani ujian poligraf.. ini yg berlaku sebaliknya pula...husam, husam....dah tak tau cakap apa lgi la tu....
ReplyDeletemustafa ali dah kena dengan nik aziz,takkan dia nak kena nasib yang sama...
ReplyDelete