Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, March 19, 2011

Tan Sri Khalid Ibrahim: Peneraju Yayasan Selangor yang Cemerlang!


Tahniah kami ucapkan kepada Menteri Besar Selangor dalam kejayaan beliau memimpin Yayasan Selangor ke arah yang cemerlang.

Jadi bagaimana kita nak nilai dia cemerlang atau tidak dalam memimpin Yayasan Selangor?

Salah satu indikasi yang menunjukkan betapa cemerlangnya Khalid Ibrahim ialah dari segi kewangan Yayasan Selangor

Pelbagai sumber (sini, sini dan sini) menyatakan bahawa kedudukan kewangan pasca Pilihanraya Umum 2008 bagi Yayasan Selangor adalah lebih kurang RM60 juta. Dan pada tahun 2011, hasil audit menunjukkan bahawa kedudukan kewangan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta. Persoalannya ialah ke mana semua wang RM60 juta itu dalam masa hanya 2-3 tahun?


Atas hasil audit itu, dengan mudahnya Khalid Ibrahim memecat Timbalan Pengurus Besar, Saifulruddin Sulaiman untuk melindungi kesilapan Khalid. Khalid sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor sepatutnya lebih awal bertindak, bukan selepas RM60 Juta licin dan defisit pula. Inikah namanya pentadbiran yang telus? Khalid juga mempertikai keputusan yang dibuat Yayasan Selangor itu sendiri:

"Dalam mengumumkan hasil pemeriksaan audit itu hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara salah laku yang dikesan adalah pemberian elaun-elaun yang tidak patut di bayar kepada Ahli Mesyuarat.

“Terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang 2010 hanya melalui Pekeliling Resolusi,  malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993 (bersabit) arahan meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan,” kata Khalid dalam satu kenyataan.

Hasil audit itu turut mengesan banyak perbelanjaan yang tidak mengikut prosedur dan tanpa perancangan sehingga Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010, kata Khalid.

...

Menteri Besar menegaskan kerajaan Selangor sentiasa berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mentadbir negeri dan tidak akan menyembunyikan salah saku pegawainya.

” Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor,” katanya lagi."

Masalahnya, bukankah Khalid sendiri adalah Pengerusi sepatutnya tahu akan semua keputusan yang telah diambil tersebut? Kenapa setelah Baginda Sultan Selangor campur tangan baru Khalid terhegeh-hegeh nak ambil tindakan? Mana lebih dekat dengan Yayasan Selangor, Sultan atau Khalid? Atau Khalid buat-buat tutup sebelah mata tapi apabila Sultan Selangor dan rakyat tahu, baru nak ambil tindakan? Ini ke cara Pakatan Rakyat mentadbir negeri?

Namun, ini lah dia satu lagi kecemerlangan Pakatan Rakyat dalam mengendalikan kewangan negeri Selangor. Tahniah Khalid Ibrahim!! Kalau kehilangan RM60 juta dalam masa kurang 3 tahun adalah cemerlang..kalau diberi 50 tahun mungkin lebih cemerlang lagi!!

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages