Antara mangsa-mangsa penipuan Anwar. Sekarag ini orang-orang di atas ini masih percaya Anwar?
"SERIAN: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has gone on the offensive against Parti Keadilan Rakyat, lashing out at the party which he said had lost all credibility.
He said PKR had gone to the extent of telling the “biggest political lie of the century” when it announced it would take over the government on Sept 16, 2008.
“We have to keep repeating this because human memory is short and they forget, but we must remind the people that it was the biggest political lie of the century,” he said when addressing a huge crowd at a Sejiwa Senada programme for Samaharan Division here yesterday."
Jika seseorang ditangkap atau terkantoi membohong, akibatnya terpalitlah malu yang amat sangat kepada si penipu. Apatah lagi jika penipuan itu dibuat dalam skala besar-besaran dan melibatkan ramai orang. Mahu tak keluar rumah dalam seminggu dua. Namun, di Malaysia ini, ada satu perkara yang pelik apabila si pembohong yang berbohong pada skala epik ini, masih di sanjung, disokong malah ada yang ingin si penipu ini memimpin negara.
Itulah yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengenai pembohongan 16 September oleh Anwar Ibrahim sepatutnya menjadi satu perkara yang amat memalukan bagi Anwar. Namun, Anwar bisa hidup dan berjuang dengan penipuan ini, apatah lagi apabila ramai yang menyokongnya untuk terus menipu dan menipu. Bayangkanlah jika dengan penipuan berskala besar sebegini Anwar boleh hidup tanpa berselindung, agaknya bagaimana dengan perkara-perkara lain yang juga memalukan?
Orang kata kalau sudah biasa, alah bisa tegal biasa dan bermakna penipuan tak jadi hal dengan Anwar. Cuma yang agak pelik ialah, orang-orang dari PAS juga sanggup terus menyokong si penipu ini demi kuasa dan kedudukan. Pemimpin PAS yang berserban, berjubah, dan dikatakan punyai ilmu agama yang tinggi takkan tak tahu yang 16hb September itu satu penipuan? Atau mungkin mereka sedar tentang penipuan itu, namun atas dasar inginkan kuasa dan ingin mengeksploit Anwar, makan perkara ini dipandang sebelah mata dan umpama disapu dibawah karpet. Jadi ciri Islam yang mana PAS ikut dalam mendokong Anwar sebagai pemimpin mereka bila sudah terang Anwar ini penipu?
Memang benar Anwar tidak mengaku yang dia menipu tentang 16 Septembar. Namun, ramai dari ahli politik pembangkang yang tertipu sudah pon menjelaskan penipuan ini antaranya, bekas peguamnya Zulkifli Noordin dan sahabat karibnya Datuk Seri Zahrain Hashim. Anwar memang tak pernah mengaku dengan penipuan yang dia buat, jika dia mengaku maka ia akan merendahkan kredibiliti dia. Itu yang menyebabkan penyokong Pakatan Haram sentiasa terpesona dengan Anwar, termasuk lah ulama-ulama PAS.
Penipuan 16 September menunjukkan Anwar memang seorang penipu berklas tinggi. Dia tidak rasa sedikit bersalah pon dan masih lagi meneruskan penipuannya sehingga kini. Kebijaksaan rakyat Malaysia akan pasti menghukum si penipu ini di pilihanraya akan datang (itu pon jika dia masih lepas bebas :) ).
No comments:
Post a Comment