Pelacur di Kota Bharu (imej dari badutrakyat.blogspot.com/kosmo)
Pada 2008, Internet telah menjadi satu ruang dan peluang bagi pakatan pembangkang dalam mempromosi perjuangan mereka. Dan ternyata, ia membuahkan hasil apabila Pakatan Rakyat telah memenangi 5 negeri buat pertama kali. Ia merupakan kejayaan paling besar bagi pakatan pembangkang di Malaysia dan Internet, melalui penulisan blog, online portal, dan forum berjaya mempengaruhi pengundi-pengundi terutama dari bandar untuk menyokong mereka. Pada ketika itu, BN terlepas pandang dengan kuasa Internet, dan selepas 2008, BN mula mengorak langkah dengan mula menggunakan Internet untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Sebelum ini, ramai yang terpesona dengan cerita-cerita manis oleh penyokong PAS mengenai pemerintahan Islam oleh PAS di kelantan, khususnya di kota bharu. Ada yang sampai mengatakan bahawa Kota Bharu ibarat bandar di Arab Saudi. Namun, dengan adanya Internet, ternyata ianya palsu. Slogan pemerintahan Islam hanya slogan dan bukan perjuangan. Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 20 tahun ternyata gagal dalam membawa Islam dalam pemerintahannya.
Blogger Kickdefella (yang dulunya penyokong kuat PAS) telah mendedahkan bahawa, Kota Bharu gagal dijadikan PAS sebagai model bandar Islam yang boleh dijadikan contoh. Pembangunan yang tidak seberapa, (yang sering dibanggakan hanyalah pasaraya TESCO) menjadi bukti nyata dan pengunjung-pengunjung Kota Bharu juga sering memberikan cerita-cerita yang sama mengenai kurangnya pembangunan di Kota Bharu.
Yang lebih teruk ialah, beliau mendedahkan adanya sarang pelacuran di Kota Bharu! Dan lebih teruk lagi ialah, pusat tersebut berada tak sampai 1KM dari Pejabat Menteri Besar dan kediaman Rasmi Nik Aziz! Alasan yang sering dilaungkan oleh PAS ialah, BN memerintah Malaysia 50 tahun, masih ada juga tempat pelacur! Masalahnya ialah PAS parti Islam, parti yang sering jual nama hudud, jual ayat al-Quran, kenapa masih ada pelacur di Kota Bharu? Kota Bharu juga telah dinamakan Bandaraya Islam! Kalau masih ada pelacur kenapa masih mahu letak nama Bandaraya Islam?
Pusat pelacuran Kota Bharu begitu dengan dengan rumah dan pejabat Nik Aziz
Kelantan amnya dan Kota Bharu khususnya, majoriti penduduknya adalah orang Melayu Islam bermakna pelanggan-pelanggan dan pelacur-pelacurnya juga mungkin beragama Islam, berbeza dengan keadaan di bandar-bandar lain seperti Kuala Lumpur, Kuantan, Klang, dan sebagainya yang penduduknya adalah berbilang kaum dan agama. Jadi dimanakah penguatkuasaan oleh PAS dalam menegakkan syiar Islam terutama dengan majoriti penduduk Kota Bharu beragama Islam.
Ini merupakan satu pembohongan yang nyata oleh PAS. PAS hanyalah parti yang penuh slogan, dan tidak berdaya untuk membentuk pemerintahan Islam sebenar. PAS sering menyalahkan UMNO tidak menegakkan hukum Allah, dan sekarang bagaimana pula? Jika PAS beri alasan UMNO dan Barisan Nasional tidak mahu buat negara Islam di Malaysia selepas 50 tahun memerintah, PAS pula bagaimana selepas 20 tahun memerintah Kelantan? Jangankan seluruh Kelantan, Kota Bharu pon PAS belum boleh tegakkan pentadbiran dan pemerintahan secara Islam. Kenapa? Inilah akibatnya apabila PAS yang sering menuduh UMNO tidak Islam, dan mendabik dada merekalah yang sentiasa benar, dan sekarang segala tuduhan telah kembali kepada mereka.
Alhamdulillah, dengan adanya Internet, kali ini PAS dapat dibuktikan bahawa perjuangan mereka bukanlah untuk Islam tetapi mereka hanya menggunakan nama Islam demi kepentingan politik mereka sahaja.
No comments:
Post a Comment