Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, March 3, 2011

PAS: tak tau nak cakap ape dah...

Kerana DAP, PAS sanggup jadi beruk.

PAS sekarang tersepit dalam menagih sokongan kerana ternyata PAS sedang kehilangan sokongan pengundi Melayu asyik kerana sibuk menagih sokongan kaum bukan Melayu. Agenda PAS dalam menagih sokongan kaum bukan Melayu ditonjolkan dalam beberapa isu antaranya:

1) Menyokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam dalam kitab agama mereka.
2) Menyokong dalam membangkang titah Sultan dalam beberapa isu termasuk isu perlantikan Menteri Besar Perak, isu perlantikan S/U Kerajaan Negeri Selangor/
3) Menyokong kafir-kafir Pakatan Haram menggunakan surah-surah al-Quran dalam ucapan politik mereka
4) Senyap sunyi apabila ada pemimpin-pemimpin Islam pakatan (termasuk Anwar Ibrahim) menyembah mayat Teoh Beng Hock di upacara pengkebumiannya
5) Sangapkan sokongan pengundi bukan Melayu sampai berceramah di gereja dan melawat kilang arak (yang dulu mereka nak robohkan) - ini kerja Khalid Samad
6) Menyokong kafir-kafir pakatan memijakkan kaki ke ruang solat tanpa pakaian menutup aurat (Teoh Nie Ching) dan memberi ceramah di ruang solat di masjid (Xavier)
7) Negara Islam bukan perkara utama bagi PAS sekarang - S/U Agung PAS yang cakap


Setelah kalah di beberapa P/raya kecil yang majoriti pengundi adalah Melayu, menunjukkan bahawa sokongan orang Melayu kepada PAS merosot secara mendadak. Bukankah puncanya dari PAS sendiri? 

PAS telah pon cuba untuk memulihkan imej nya di mata pengundi Melayu dengan secara tiba-tiba PAS mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa di Shah Alam. Bangsa mana? Ya bangsa Melayu, nak sokong Melayu, tapi nak sebut Melayu pon malu! Sebab kononnya nak jaga hati DAP.

Nik Aziz juga sebelum ini sering mengatakan bahawa perjuangan ikut bangsa itu haram dan jahiliyah tetapi kenapa tetiba PAS buat konvensyen untuk orang Melayu? Bukankah itu cara UMNO?

Mahfuz Omar menyatakan bahawa Konvensyen tersebut adalah untuk meyakinkan orang Melayu dan Bumiputra bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan mempertahankan hak mereka. 

"PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said today that the convention will address the “baseless” accusations that have been hurled against PR states.

“This convention is done to convince Malays and Bumiputras that PAS and PR will defend their rights. This convention will solidify PAS’s guarantee on Malay rights, Bumiputra and also Islam and how we defend it based on the Federal Constitution,” said the Pokok Sena MP.

Kenapa nak ikut perlembagaan ini? Bukankah sebelum ini PAS sering menduduh itu merupakan perlembagaan penjajah dan sekular? Cuba ingat balik kata-kata Haji Hadi dulu:



PAS sekarang tak lebih umpama lalang yang hanya mengikut angin dan juga ibarat seperti lembu dicucuk hidung. PAS tiada kekuatan dan tiada pendirian. Kelangsungan politik mereka sekarang bukanlah kerana rakyat beriya-iya menyokong mereka tetapi untuk memberi kesedaran kepada UMNO dan BN. Dengan adanya kuasa politik di beberapa negeri, pendirian PAS semakin jelas apabila Islam yang mereka perjuangkan hanyalah omong kosong dan alat untuk mereka memperoleh kuasa. 

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages