Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, February 3, 2011

Antara Datuk Khusrin dan Timbalan Pengurus Yayasan Selangor

rapat benar tu...tapi PAS kata takpe..

Pakatan Haram memang hipokrit. Perlantikan Setiausaha kerajaan negeri baru Datuk Khusrin Munawi oleh Sultan diperlekeh dan cuba dihalang oleh kerana Datuk Khusrin bukan orang mereka bukan kerana rekod-rekod tidak baik Datuk. Ini kerana, tiada sebab pon Datuk Khusrin tidak boleh dilantik, melainkan seperti apa yang Khalid kata, dia tidak dirunding. Jika tidak dirunding akan nama Datuk Khusrin, adakah itu menjadi masalah atau adakah ia melanggar undang-undang? Nampaknya tidak, kerana hingga ke hari ini, tiada satu pon laporan atau cubaan dari pihak Pakatan Haram untuk membawa hal itu ke mahkamah. Kesimpulannya, mereka tidak mahu Datuk Khusrin, kerana Datuk Khusrin BUKAN orang MEREKA!

Tetapi, kalau orang mereka, buruk macamana pon mereka tetap terima, termasuklah orang yang bankrap. Kitagempur.com melaporkan bahawa, Timbalan Pengerusi Besar Yayasan Selangor adalah seorang yang bankrap! Bagaimana seorang yang bangkrap boleh dilantik sebagai penjawat awam sebagai pengurus yang menguruskan hal-hal penting Yayasan Selangor iaitu aset, pelaburan dan kewangan????!! Beginikah prinsip ketelusan yang diamalkan oleh Pakatan Haram? Ya, memang sekarang dia telah diarahkan bercuti tetapi bak kata omputih "The damage has been done" dan kenapa dia dipilih pada mulanya? sedangkan notis bangkrap baru sahaja dia dapat?



surat perlantikan Timb. Pengurus Yayasan Selangor



Notis bangkrap Timb. Pengurus Yayasan Selangor yang dilantik Pakatan Haram

Cuba tengok tarikh notis bankrap (12/8/09) dan tarikh perlantikan (1/7/2010). Tak sampai setahun dia diisytihar muflis, Khalid dah lantik dia jadi timbalan pengurus. Adakah Pakatan tidak tapis perlantikan timbalan pengurus ini? Kenapa bila hal Datuk Khusrin kemain lagi Pakatan memekak? Bagaimana dengan hal ini?

For the record, Yayasan Selangor telah mencatakan defisit pada tahun 2010, kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim harus dipersalahkan dalam hal ini.

*sumber dari kitagempur.com

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages