Seorang Bekas Menteri Besar Johor telah meninggal dunia petang tadi. Bernama melaporkan:
"Bekas MB Johor meninggal dunia
February 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Feb – Bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ajib Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara kira-kira 3.25 petang ini akibat sakit jantung.
Abdul Ajib, 64, menjadi Menteri Besar Johor mulai 1982 hingga 1986.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Ropeah Hassan, 60, dan empat anak. – Bernama"
Manakala, ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafie, dikenali sebagai ADUN Penderhaka telah ditahan Polis hari ini, Utusan melaporkan:
ADUN Seri Muda ditahan di bawah Akta Hasutan
03/02/2011 12:54pm
SHAH ALAM 3 Feb. - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini, ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan berikutan tulisannya di laman blog; srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu.
Wakil rakyat PKR itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Beliau dibebaskan 10 minit kemudian dengan jaminan polis beserta seorang penjamin.
Shuhaimi perlu hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi Isnin ini untuk didakwa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob mengesahkan penahanan dan pembebasan Shuhaimi. - Utusan
Memang layak si Shuhaimi tu didakwa di mahkamah, supaya semua dapat mengambil iktibar dengan perangai si penderhaka ini.
No comments:
Post a Comment