Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, February 2, 2011

PAS makin sengal?Meroyan?Cover malu?


Semenjak dua menjak kekalahan PAS di Tenang, PAS ni tak tau lah nak jadi apa, gila meroyan atau dah naik sasau. Sedang Datuk Najib sedang memikirkan jalan terbaik untuk membawa keluar rakyat Malaysia keluar dari Mesir, ada beberapa orang PAS yang sasau nak berdemo depan Kedutaan Mesir menggesa Hosni Mubarak letak jawatan sebagai Presiden.

Adoyai..diorang ni takde kerja lain ke? Kalau ye pon nak berdemo, demo lah untuk desak bantuan uruskan Rakyat Malaysia keluar dari Mesir ke..desak beri jaminan keselamatan rakyat Malaysia di sana ke..kira kena la yg ada kena mengena, bukan pasal isu politik negara tu. Cuba kalau orang luar masuk campur hal-ehwal politik Kelantan, suroh Nik Aziz letak jawatan sebab dah lama jadi MB Kelantan, marah tak orang PAS?

Lagi satu dengar ke Hosni Mubarak pada jerit pekik PAS kat sini?Rakyat Mesir punya demo sampai beratus ribu orang pon Hosni Mubarak buat dek je. Ini kan pula PAS...atau PAS ni sebenarnya nak tunjuk hero?

Hosni Mubarak dah perintah selama 30 tahun di mesir, apa pasal selama hari ni PAS tak mau buat demo? Bila rakyat Mesir dah buat demo, barulah PAS terhegeh-hegeh buat demo, bermakna, nampak sangatlah PAS ni hanya menangguk di air keruh, hanya pandai nak menunjuk jaguh dan mengambil kesempatan. Buat malu negara Malaysia je PAS ni oi!

Sepatutnya tolonglah bagi idea ke, hantar pasukan ke sana ke, sebab ada yang kata rata-rata kat Mesir tu mahasiswa yang pro-PAS. Ini tidak, PAS sibuk plak buat demo yang tah hape hape hasilnya, atau sebenarnya MEMANG TAKDE HASIL pon!  

Yang menentukan halatuju negara itu bukan rakyat negara luar, tetapi rakyat mereka itu sendiri. Jadi PAS sebenarnya bukan benar-benar mahu perjuangkan rakyat Mesir, tetapi hanya ingin turut serta untuk glamorkan diri mereka dan menunjuk-nunjuk mereka itu pejuang Islam sebenar. Last-last memorandum yang dihantar tu pon tak mau diterima oleh Kedutaan Mesir, hanya masuk ikut peti surat. Alamatnya ke tong sampah la memorandum tu. Tak pasal-pasal buang masa, buang tenaga pergi demo kat situ. Memang PAS bodoh piang!

p/s: PAS tak puas hati, sebab tak cukup coverage agaknya, diorang nak demo lagi hari Isnin ni...aduuuh..memang bodoh betol lah!!

**TERBARU

Berita Harian melaporkan Putera UMNO akan menghantar satu pasukan beserta bantuan makanan ke Mesir.

"Kelab Putera 1Malaysia hantar makanan, sukarelawan ke Mesir 


2011/02/02


KUALA LUMPUR: Kelab Putera 1Malaysia akan menghantar 30 tan makanan ke Mesir hari ini bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh protes antikerajaan di negara itu. 


Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata makanan itu akan dihantar menerusi pesawat AirAsia yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah itu."

Bukan mendabik dada, tetapi PAS sepatutnya buat benda yang sama, bukan hanya terpekik terlolong kat depan Kedutaan macam orang hilang akal.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages