f Akhirnya Hosni Mubarak letak jawatan! ~ Ikrar Pemuda

Saturday, February 12, 2011

Akhirnya Hosni Mubarak letak jawatan!


Presiden Hosni Mubarak telah pon meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa pemerintah kepada tentera. Tidak tahu sama ada dengan penyerahan kuasa kepada tentera keadaan akan menjadi lebih baik atau buruk. Namun, anasir-anasir luar seperti Israel sudah pasti memulakan congakan untuk mengawal pemerintahan Mesir sepertimana dilakukan terhadap Hosni Mubarak dalam tempoh 30 tahun. Ini amat penting dengan kedudukan Mesri yang bersempadan dengan Israel dan juga Mesri membekal bekalan gas kepada Israel.

Jika umat Islam bersatu dan menolak pemimpin boneka yang disokong oleh Israel dan Amerika, bermakna kejatuhan Israel sudah boleh dimulakan dengan menghentikan segala apa bekalan kepada mereka dan juga mula bertindak agresif terhadap Israel di sempadan. Namun, Mesir tidak boleh keseorangan untuk memulakan langkah ini, seluruh negara Arab harus bersatu. Kemungkinan seperti ini boleh terjadi jika satu perancangan rapi dapat dilakukan dalam pemilihan pimpinan kerajaan baru Mesir dan pembentukan kesatuan Arab yang kukuh yang tidak didorong oleh Amerika Syarikan dan Israel.

0 comments:

Post a Comment