Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, February 16, 2011

Ketahui cara-cara PAS nak dapat undi dan nak tepis janji-janji mereka



Perangai PAS makin jelas sekarang. Kira dah boleh tau dah modus operandi mereka untuk dapatkan undi dan kuasa. 

1) Mula-mula PAS akan berjanji kepada rakyat macam-macam termasuk untuk tegakkan hukum hudud, tegakkan negara Islam dan macam-macam lagi janji berunsurkan agama yang boleh menarik hati pengundi terutamanya orang Islam.

2) Tetapi semasa PAS berkuasa, apabila ada masalah atau janji-janji yang tidak tertunai (atau memang tak mau atau tak tau nak tunai macamana), mereka akan:
  • salahkan UMNO.
  • Putar belit kata apa yang dia janji bukan seperti yang dijanjikan atau
  • kata mereka tidak pernah berjanji pon
Ada banyak contoh. Cuba tengok satu persatu:

A)Contohnya di Kelantan. Baru-baru ini blogger Kickdefella mendedahkan betapa senangnya untuk mendapatkan pelacur di bandar Kota Bharu. Sedangkan Kota Bharu telah pon diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam oleh PAS. MB Kelantan, Nik Aziz dengan memudah menyatakan bahawa isu pelacuran di Kota Bharu adalah hasil peninggalan kerajaan terdahulu iaitu kerajaan UMNO. Bila tu? 20 tahun lepas. Habis tu selama 20 tahun dia buat apa?


B)Contoh lain..waktu dulu, kalau dalam ceramah-ceramah PAS meletop-letop kata kalau PAS perintah diorang akan tutup kilang arak di Shah Alam. Sekarang menurut Hassan Ali dia pusing pulak, dia kata tiada pun dalam manifesto pilihanraya.

"SHAH ALAM 26 Mei - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menafikan parti itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan termasuk kilang arak dan kandang babi, sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu.

Sebaliknya beliau berkata, janji itu tidak pernah dibuat kepada rakyat ketika kempen-kempen pilihan raya sebelum ini, termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu."

C) Contoh terbaik lagi satu ialah bab negara Islam. Dulu dok kutuk UMNO dan BN negara ini sekular, bukan negara Islam. Dan jika mereka dapat berkuasa, mereka akan amalkan negara Islam. Baca petikan yang di ambil dari sini:

"LABIS, 26 Jan — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen."


Kesimpulannya, sudah jelas PAS bukanlah benar-benar ingin memperjuangkan apa yang mereka janji. Mereka akan menyalahkan UMNO dan juga keadaan-keadaan lain jika tidak dapat tunaikan apa yang mereka janji. Mereka juga akan memberi pelbagai alasan-alasan lain lagi untuk menepis janji-janji mereka itu. Mungkin atas sebab ini, rakyat mula sedar apabila kekalahan demi kekalahan telah PAS alami di dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. 

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages