Bukan omong kosong tetapi sudah ada tanda-tanda yang Pakatan mulai hilang sokongan. Posting ini bukanlah satu kajian ilmiah atau apa-apa..hanya sebuah pemerhatian dari pihak kami. Blog kami pon blog picisan, tak termasuk pon dalam ranking ni, tetapi kami amat gembira apabila blog-blog pro-kerajaan sudah menguasai ranking blog terpopular di Malaysia sekarang ini. Lihatlah gambarajah di bawah ini yang di ambil dari Utusan Online dan dilaporkan juga di PerakToday.
Menurut list ini, 60 blog dari 100 blog terpopular ini adalah blog pro-kerajaan. Bermakna 60 peratus adalah menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Itu belum campur 3 lagi blog pemimpin politik dari BN dan Bebas yang menyokong kerajaan (Zulkifli Noordin).
Terbaru, kajian dari Universiti Malaya menunjukkan akan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap parti PKR yang nampaknya sudah mula merosot. Mungkin pembangkang akan kata, kajian ini tidak dapat mencerminkan sebenar pandangan dan sokongan rakyat secara keseluruhan, namun, petanda-petanda yang menunjukkan Pakatan Haram mulai tidak disenangi rakyat sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif. Peluang ini harus diambil BN untuk kembali menjuarai rakyat dalam segala hal dan seterusnya meraih kembali sokongan majoriti rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment