Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo telah pun melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor. Ini berikutan dari pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkenaan dengan isu pembelian tanahnya di Shah Alam. Persoalannya sekarang, siapa yang bakal menggantikannya? Antara nama-nama yang disebut untuk menggantikan Dato Seri Mohd Khir Toyo ialah ADUN N29 Seri Serdang Dato Dr Hj Mohamad Satim bin Diman. Sebelum ini Dato Satim pernah menggalas tugas sebagai pemangku Ketua Pembangkang di DUN Selangor berikutan penggantungan Dato Seri Khir oleh DUN selama 6 bulan. Pelbagai isu telah dibangkitkan oleh Dato Satim antaranya apabila membangkitkan isu hutang RM66 juta Khalid di persidangan DUN tahun ini. Dan akibat dari itu beliau didenda RM1500. Begitu juga dengan isu kamera intip Menteri Besar, dimana Dato Satim mencabar Khalid untuk membuat laporan polis kerana menganggap isu pencerobohan bilik Menteri Besar adalah satu hal yang amat serius.
Dato Satim yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor serta ADUN Sri Serdang sehingga sekarang serta Ketua UMNo Bahagian UMNO dari tahun 1994 sehingga sekarang dilihat mampu menggalas cabaran ini. Pengalamannya di semua peringkat UMNO menunjukkan yang Dato Satim bersedia untuk memimpin wakil rakyat BN di Selangor. Apa pun, terserahlah pada pimpinan BN untuk menentukan siapa yang layak menjadi Ketua Pembangkang di Selangor.
No comments:
Post a Comment