Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, December 6, 2010

Demonstrasi Air: Apsal tak Demo di Kedah dan Penang?

Antara peserta demonstrasi semalam (photo credit to www.kitagempur.com)

Pakatan Haram memang dasar hipokrit dan muka tak tau malu. Konon nak perjuangkan isu air untuk rakyat negeri Selangor dia pergi buat demo sebab tak mau kenaikan air. Kadar air telah dinaikkan di Kedah, dan naik juga di Pulau Pinang, kenapa tak berdemo? Khalid gagap bertungkus lumus nak Kerajaan Negeri beli Syabas konon untuk mengekalkan tarif air dan kekalkan air percuma kepada rakyat Selangor. Tapi Syabas usahakan Tabung Budi untuk membantu rakyat miskin yang tiada bekalan air kenapa bantah? Khalid juga pernah buat kenyataan yang walaupun diambol alih kenaikan tetapi ada kan?

Sebenarnya Khalid telah dapat merasakan masalah sedang berlaku apabila kewangan negeri Mari baca tulisan blogger rbf di bawah ini:

"Semasa kempen pru 2008, gabungan tiga parti munafik berkempen bersama-sama. Mereka tidak menyangka sama sekali yang mereka akan menang dan memerintah Selangor.  Mereka hanya masuk pilihanraya dengan niat untuk membuat kacau atau test market.

....

Janji utama mereka iaitu memberi air percuma sebanyak 20mp pertama yang bernilai RM 11.00 terpaksa ditunaikan. Walaupun pahit mereka terpaksa tunaikan janji ini. Sekiranya tidak ditunaikan, alamak mereka kena sembelihlah jawabnya.

Walaupun pahit dan pedih janji itu tetap dilaksanakan. Setiap bulan KDEB diarahkan oleh kerajaan negeri supaya membayar kepada Syabas sebanyak RM 14 juta nilai air percuma yang terpaksa diberikan kepada rakyat kerana tersilap janji.

Sebulan RM 14 juta, setahun RM 168 juta. Tahun pertama ok lagi. Sebab duit yang Khir Toyo tinggal masih banyak lagi.Tahun kedua pun masih ok lagi walaupun sesah sedikit kerana wang saki baki peninggalan Khir Toyo semakin kempis.Masuk tahun ketiga KDEB mula lemas dan terpaksa meminjam sebanyak RM 200 juta daripada kerajaan negeri untuk dibayar kepada Syabas.

Dalam masa yang sama kerajaan negeri pun lemas juga, kerana pendapatan mereka hanya RM 1430 juta atau 1.43 bilion setahun. Daripada RM 1430 juta itu, RM 830 juta digunakan untuk pengurusan. Untuk pengurusan bermaksud membayar sewa, belian alat-alatan, utiliti, bayar gaji kakitangan termasuklah untuk membayar gaji Elizabeth Wong bulu lebat.

Manakala baki RM 600 juta lagi digunakan untuk pembangunan. Wang yang kerajaan negeri bagi kepada KDEB untuk bayar kepada Syabas adalah dari wang bajet untuk pembangunan yang berjumlah RM 600 juta.

Jika RM 168 juta setahun terpaksa diperuntukkan untuk membayar air yang tersilap janji kepada rakyat , maka tinggallah baki RM 432 juta lagi untuk membangun negeri. Jumlah itu tidak cukup untuk memberi projek kepada kroni-kroni PKR dan DAP dari seluruh negara yang kini semuanya tertumpu di Selangor yang dianggap mereka sebagai lubuk emas.

Atas sebab-sebab itulah mereka mula mengacau Syabas yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah air di Selangor. Mereka kata mereka nak ambil balik Syabas dan nak uruskan sendiri air Selangor."

Cerita selanjutnya di sini.

Dahlah menyusahkan orang lain yang tak berkenaan tersekat di jalan raya bila sekitar 2000 orang yang bodoh piang pergi berarak di Kuala Lumpur. 2000 ni wakil semua rakyat negeri Selangor yang ada sampai 5 juta ke? Memang Khalid gagap tak boleh harap untuk pimpin Selangor. Dengar2 Azmin pon tengah usha2 kerusi MB...patutla terkedu-kedu nak selesaikan masalah air ni sampai kudakan mahasiswa UNISEL..tak ke sangap orang tua ni.

Ni lah hasil kerajaan Pakatan Haram di Selangor, kucar-kacir semua dari segi kewangan negeri, aset negeri, universiti negeri, anak syarikat negeri semua hancusss! Kenapa hancur?sebab negeri Selangor dipimpin oleh orang yang tak tau memimpin dan ada penasihat pulak sekadar jadi PUNAIsihat tu yg lagi hancur.

1 comment:

  1. mohon link kan blog saya
    http://helangbuana.blogspot.com/
    t.q-selamat berjuang

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages