Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, December 2, 2010

Anwar memutar belit Ketuanan melayu kerana terdesak!!

Photo credit to anwarpembohong.com

Anwar sekarang sudah mula main kotor apabila dia mungkin dapat merasakan penolakan rakyat terhadap Partinya iaitu PKR. Penolakan ini adalah akibat dari tercalarnya imej partinya yang selalu memperjuangkan demokrasi tetapi tidak berlaku didalam pemilihan partinya. Pemilihan PKR dilihat berlaku dalam keadaan yang kucar-kacir, pergaduhan dan beli-membeli undi, sampaikan ada calon yang merajuk keluar parti.

Anwar mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan apabila dia, isteri dan kekasihnya Azmin sama-sama menyatakan untuk menentang Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu yang mereka war-warkan adalah satu bentuk pernyataan yang cuba memberitahu kaum bukan Melayu bahawa Melayu adalah tuan mereka. Ini bakal menimbulkan kebencian kaum bukan Melayu kepada UMNO dan parti-parti berasaskan kaum lain dalam BN.

Teliti maksud ketuanan: (Blog Jabatan Penerangan Malaysia 2008):

"Kamus Dewan mentakrifkan istilah ‘ketuanan’ sebagai membawa maksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.
Istilah ‘ketuanan’ juga dirujuk sebagai kedaulatan. ‘Ketuanan’ berbeza dengan perkataan ‘tuan’ yang membawa maksud orang tempat menghambakan diri. Contohnya, ‘dahulu orang kulit putih di Amerika banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri daripada bangsa Negro’.
....
Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja."

Jadi tiada siapa yang diperhambakan oleh sesesiapa pon dalam hal ini. Anwar cuba memutarbelitkan  perkataan itu untuk memancing perhatian rakyat bukan Melayu demi kelangsungan survival politiknya yang nampaknya kian malap. 

Sedangkan kita tahu sejarah politik Anwar ketika di dalam UMNO langsung tak terusik pon kalimah ini, malahan dijajanya untuk dia naik di dalam UMNO ini. Rakyat dinasihatkan agar tidak termakan dengan tipu daya manusia bertopenkan syaitan ini. Lihat sahaja dengan partinya itu, dengan isteri dan anaknya duduk di dalam kepimpinan tertinggi, adakah itu namanya demokrasi?

Jawatan Anwar di dalam PKR juga sebenarnya tiada pon dalam perlembagaan parti, tapi lagaknya seperti seorang Presiden parti. Maka moleklah kalau kita panggil Wan Azizah sebagai Presiden Boneka atau Presiden Tunggul.

1 comment:

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
    keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal..!

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages