Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, December 20, 2010

PAS makin sesat! Surau nak kena roboh buat tak tau saje?

PAS sememangnya sudah sesat. Manakan tidak, perjuangan mereka sudah jauh terpesong dari apa yang sering mereka laung-laungkan. Dulu sibuk-sibuk kata UMNO dan BN amalkan perlembagaan penjajah, maka mereka mahu tegakkan negara Islam. Mereka lah segala jaguh mengenai Islam di negara ini, dan bukan orang lain. Tetapi tindakan mereka terus jauh menyimpang dari perjuangan mereka.

1) "Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini meminta semua pihak supaya tidak lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti Islam itu sekiranya menguasai pentadbiran kerajaan pusat.

“Benda ini (negara Islam) sudah tidak ada isu, tak usah nak bangkitkan lagi isu ini.

“Tak usah nak bangkitkan lagi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat bulanan PAS di Markas PAS Taman Melewar di sini." (MalaysianInsider.com)
Siapa yang cakap ni? Ya! S/U Agung PAS, bukan S/U Agung DAP, tapi dah macam sama je tugas dia. PAS sekarang malu (atau takot) untuk bicara mengenai negara Islam dengan konco-konco Pakatan Haram mereka.

2)Menurut harakahdaily.net:

"Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman. Bacaan doa selama lebih kurang 4 minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat. 

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadikan satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membacakan doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

......

Puluhan ahli-ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir pada pada konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat."

Dah la takot nak bicara pasal Islam dengan DAP dan Anwar, sanggup pulak jadi tukang baca doa untuk Parti DAP? Parti DAP tu dah la kafir punya parti, ada jugakla melayu sesat dua-tiga orang masuk, tapi kenapa sampai nak baca doa?Perjuangan DAP tu perjuangan untuk tegakkan Islam ke?Untuk orang Islam ke?Apa lah bebal sangat orang PAS ni?
gambar terbaru surau al-Hidayah Pekan Rawang (www.kitagempur.com)

3) Surau Al-Hidayah Pekan Rawang akan diruntuhkan oleh Kerajaan Selangor..laporan terdapat di sini, sini dan di sini. Ya, itulah berita yang kami dengar tadi. Kerajaan Selangor melalui anak syarikatnya SAP Holdings Sdn Bhd telah memberi surat arahan untuk dikosongkan tanah tersebut sejak November. Mana Khalid Samad? Mana Hassan Ali? Mana Unit Amal? Khalid Samad dan Rodziah Ismail pernah pergi pertahankan Kuil di Shah Alam, tapi apasal tak pertahankan Surau ni? Menteri Besar Selangor buat apa?


Tanda-tanda Pakatan Haram dan juga PAS bakal berkubur tak lama lagi...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages