Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, December 17, 2010

Kalau Skandal liwat, WikiLeaks tak betul, kalau Kes Altantuya, WikiLeaks betul kata Anwar..kepalahotak dia


description of the photo
Manusia bernama Anwar Ibrahim ini memang seorang yang pelik dan otak pembelit. Dalam ucapannya di Wangsa Maju baru-baru ini, beliau bersungguh-sungguh menafikan dakwaan laporan akhbar mengenai pendedahan WikiLeaks berkaitan dengan aktiviti liwatnya. Menurut WikiLeaks, Risikan Australia memberitahu Agensi Risikan Australia bahawa Anwar memang benar meliwat. Anwar dalam ucapannya memperlekehkan dakwaan ini dengan mengatakan:

1)tiada bukti kukuh mengenai pendedahan tersebut
2)dia bukanlah bodoh yang senang diperangkap
3)dia juga mencabar jika ada bukti video dia meliwat
4)Mencabar Lee Kuan Yew untuk jadi Saksi di mahkamah

Jadi bermakna dia mempertikaikan laporan WikiLeaks tersebut kerana tiada bukti kukuh!

TETAPI

dalam ucapan yang sama, Anwar memetik pula laporan WikiLeaks yang mendedahkan kenyataan Menteri Luar Singapura yang mengkritik Dato Seri Najib:

1) Dato Seri Najib dihantui dengan skandal Pembunuhan Altantuya
2) Pimpinan Malaysia tidak kompeten
3) Menganggap Dato Seri Najib bermati-matian pertahankan Putrajaya kerana takot akan didakwa

Bahagian mana yang pelik?Ok yang peliknya ialah:

1) Pada mulanya Anwar mahu rakyat jangan percaya laporan akhbar mengenai pendedahan WikiLeaks yang mendedahkan bahawa Singapura dan Australia tahu akan aktiviti liwatnya kerana TIADA BUKTI. 

2)Tetapi pada masa yang sama, dia bersungguh-sungguh MAHU rakyat percaya bahawa kepimpinan Malaysia adalah buruk dan Dato Seri Najib terlibat dalam Pembunuhan Altantuya KERANA WikiLeaks dan Singapura yang mendedahkan, walaupon TANPA BUKTI.

WikiLeaks dedahkan pasal Singapura tahu dia meliwat..itu tak benar..WikiLeaks dedahkan Singapura memburuk-burukkan Malaysia..oh itu benar..Kepala Hotak anwar

6 comments:

  1. JIKA ANU WAR MENANG PRU NI MEMANG SAH MALAYSIA AKAN DIJAJAH OLI AMERIKA KERANA MEREKA ADA BUKTI TEKNIKAL TERSEBUT. MAHUKAH KITA DIJAJAH SEKALI LAGI.

    ReplyDelete
  2. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Rais Yatim untuk menyerahkan DNA masing-masing bagi membuktikan mereka tidak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibu dan dakwaan merogol amah.
    “Di Malaysia, kalau Umno buat demonstrasi, maka dibenarkan. Tapi soalnya, kalau nak bangkit soal tuntutan DNA, kenapa mereka tidak minta DNA Najib dalam kes pembunuhan Altantuya?
    “Kenapa tak minta DNA Datuk Rais dalam dakwaan tuduhan rogol pembantu rumahnya?” soal Anwar pada sidang media di Parlimen, ketika menjawab soalan mengenai tindakan ahli Umno yang berdemonstrasi menuntut Ketua Umum KEADILAN itu menyerahkan sampel DNA.
    Dalam kes Fitnah II, pendakwa raya hari ini membuat permohonan untuk mendapatkan sampel DNAnya, seolah-olah Anwar perlu membuktikan beliau tidak bersalah dan ia bertentangan dengan semangat undang-undang.
    Pihak yang mendakwa seseorang melakukan jenayah perlu membuktikan tuduhan, bukan sebaliknya. Namun, jika amalan ‘terbalik’ itu digunakan terhadap Anwar, Najib dan Rais juga perlu membuktikan mereka tidak bersalah atas semua dakwaan, selama ini.

    ReplyDelete
  3. ETALING JAYA: Selepas perut, dada dan bahu dianggap sebagai bukti lelaki di dalam video seks bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu lagi analisis terbaru oleh ‘forensik siber’ boleh menyebabkan pihak yang mendakwa lelaki di dalam video terbabit adalah Anwar, mati akal.
    Dalam satu artikel dalam sebuah blog, Milo Suam baru-baru ini, pengendali blog terbabit telah memberikan analisa beliau bahawa individu di dalam rakaman video lucah terbabit bukanlah Anwar.
    Menurut entri yang bertajuk “Video seks Anwar kantoi kerana janggut”, terdapat bukti jelas lelaki di dalam video terbabit bukanlah Anwar apabila beliau mendapati gambar lelaki tersebut jelas tidak mempunyai janggut.
    Menurut entri itu, melalui penelitian beliau, mendapati gambar Anwar ketika menghadiri perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Febuari 2011, jelas menunjukkan terdapat janggut di dagu Anwar.
    “Video ini dikatakan dirakam pada 21 Februari 2011. Kalau dilihat, dalam video ini, mula-mula Anwar berjanggut pada selang masa 00:04, namun pada babak terakhir selang masa 01:16, lelaki mirip Anwar ini sudah tiada janggut.
    “Tidak timbul sebarang persoalan yang besar tentang gambar di atas, boleh jadi lelaki mirip Anwar Ibrahim di atas baru sahaja bercukur di bilik air, maka tidak hairanlah pada mulanya jelas dilihat dia berjanggut, kemudian janggutnya tiada.
    “Maka secara logiknya, pada 21 Februari 2011 lelaki mirip Anwar mencukur janggutnya, maka tentulah pada 22 Februari 2011 dia sudah tiada janggut.
    “Apa yang menjadi persoalan ialah, Anwar Ibrahim pada 22 Februari 2011 muncul di mahkamah kerana menghadiri perbicaraan tuduhan liwatnya dan kalau kita lihat, jelas sekali beliau mempunyai janggut yang lebat,” menurut pengendali blog terbabit.
    Menurut entri di blog itu lagi, pihak yang mendakwa lelaki di dalam video lucah tersebut sebagai Anwar harus membuktikan bahawa Anwar ada menggunakan teknik tertentu bagi membolehkan janggutnya tumbuh lebat dalam masa kurang 24 jam atau memakai janggut palsu ketika berada di Mahkamah.
    “Jika anda mahu membuktikan bahawa Anwar adalah lelaki di dalam video tersebut, anda harus membuktikan bahawa Anwar menggunakan ubat atau teknik tertentu agar janggutnya tumbuh lebat dalam masa beberapa jam.

    ReplyDelete
  4. EPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

    Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.

    “Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

    Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

    Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

    “Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

    Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

    Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

    Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet .

    Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu.

    “Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini,” kata Eskay.

    Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman.

    Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

    "Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

    ReplyDelete
  5. bukti sgt byk..tp x didedahkan..rakyat da x bodoh lagi beb..selamat berjaya..

    ReplyDelete
  6. syahszam...tulisan blog milosuam dan tulisan freemalaysia today ko boleh terima bulat-bulat jadi bukti?kah kah kah...bodohnye...rakyat memang tak bodoh..tapi tak bodoh macam kau la mamat...kau je yg dibodohkan oleh Anwar..hahahah....

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages