Semenjak dua menjak ni bergegar-gegar beberapa blog yg kununnya pro-umno menghentam UMNO selangor. Salah seorang yang diserang ialah ADUN Puchong, Dato Dr Mohd Satim Diman. Macam-macam tuduhan dilemparkan kepadanya..tak turun padang, selalu main golf dan sebagainya. Manakala di ruangan komen ada lagi yang membantainya macam-macam termasuklah ada yang nak kan jawatan di peringkat bahagian, tak pernah nampak muka dan ada yang suka apabila Dato Satim dikatakan mahu letak semua jawatannya (maklumla..berselindung di sebalik komputer..berani la nak komen macam2).
Persoalannya ialah, jika dia ingin letak jawatan, apakah untungnya pada UMNO Selangor??Orang seperti Dato Satim sebenarnya merupakan aset kepada UMNO Selangor. Dia punyai banyak pengalaman dari Pemuda hingga ke peringkat kebangsaan. Jatuh bangun dia bersama UMNO, dan tiada sekelumit pon dirinya mahu melompat ke Pakatan Haram atau mana-mana selepas BN kalah di Selangor. Semua calon-calon UMNO di kawasan bandar tewas kecuali Dato Satim walaopon dengan kemenangan tipis. Suka tak suka, sudah 4 penggal beliau jadi ADUN di kawasannya. Bohonglah kalau tak nampak banyak kemajuan di sekitar Puchong, dan Serdang jika kita bandingkan dengan keadaan kawasan2 itu pada awal 90an.
Serangan ke atas UMNO selangor dan khasnya pada Dato Satim dilihat sesuatu yang cuba menggugat kedudukan Dato Satim itu sendiri, walaopon kononnya mereka-mereka ini katanya ingin menyedarkan UMNO selangor untuk bangkit. Yang tidak lojiknya ialah, seolah-olah mereka ini mahukan UMNO bekerja sepertimana dulu bile UMNO memerintah Selangor, padahal sekarang UMNO adalah pembangkang. Bila jadi pembangkang, fahamkah mereka-mereka ini bahawa sumber-sumber dan dana-dana pasti berkurangan?? Takkan nak turun padang jumpa rakyat setakat amik gambar je dan publish di facebook? Ada masanya, biarkanlah rakyat lihat akan kebodohan dan kedangkalan Pakatan Rakyat memerintah Selangor kerana itu pilihan mereka. Namun di sebalik itu juga, nasib rakyat di Selangor dan Serdang dan Puchong masih tetap di bela, rakyat tetap kami utamakan. UMNO Bahagian Puchong masih lagi aktif membantu rakyat.
Jika pun ingin menyadarkan UMNO, haruskah cerita-cerita yang memalukan mereka dikeluarkan (benar atau tidak entahlah), ayat caci-maki dikeluarkan. Tiadakah jasa lagi orang2 UMNO selangor seperti Dato Satim ini kepada rakyat Selangor dan Puchong dan juga Serdang khasnya?
Kepada penulis-penulis seperti ini, menyerang dan mengata adalah kerja paling senang dibuat..sama je macam Pakatan Rakyat. Tapi bila dah pegang kerajaan negeri, Selangor pon dah naik hancur. Macam tu la jugak dengan penulis-penulis blog ini. Mereka cuba membina persepsi buruk ke atas pemimpin2 UMNO Selangor ini, supaya ada orang2 baru dapat naik. Maklumla, yang mengetuai UMNO dan BN selangor adalah Dato Seri Najib, PM kita. Tindakan seperti ini bakal memecah belahkan UMNO Selangor dan seterusnya melemahkan lagi UMNO.
Kalau diikutkan dari 1999 lagi Dato Satim ni hendak letak jawatan, tapi tak letak-letak jugak. Tapi blogger-blogger yang dok serang dia dah naik syok bila dengar2 Dato Satim nak letak jawatan...nampak sangat informer-informer tu tak la berapa nak terror..
Tapi jika pun benar Dato Satim ingin meletak jawatan semua sekali gus, mungkin ada bagusnya. Bolehlah kita tengok blogger-blogger yang bijak pandai ni berjuang untuk calun bukan Melayu untuk menang di DUN Seri Serdang kerana sekarang ini DUN Seri Serdang dah ada lebih dari 50% pengundi bukan Melayu. Trend pengundi bukan Melayu pon memang sedang swing kepada DAP dan Pakatan Rakyat..amacam?
buat sudara penulis adalah baiknya kita tapis ahli umno...kerana banyak yang dah jadi lalang...janji masukk
ReplyDeleteumno puchong..
ReplyDelete1. dulu kini dan selamanya TIDUR...
2. ada kris tp sayang TUMPUL
3. makan ramai2 tp bayar SORANG2..
masa senang semua nak kawan, masa susah kawan baik pun kat blakang tikam..melayu mudah lupa dasar melayu xtahu kenang budi..
korang tidur xper..xnak kerja keras xper..jawatan korang nak xper..duit korang nak xper..kipas dato korang buat xper..undi kita orang korang nak gi mampus..
ReplyDeletedana xder camner nak tolong rakyat??..PENULIS pala otak ko, ko ingat kami nak sgt duit YB..yg kami nak YB turun padang tolong masalah rakyat..ooo duit xder jer langsung xbleh keje,mana org kanan dato yg dulu sibuk mintak projek sampai rumah kecik dah jd mahligai,xkan masa senang jer himpit dato, masa dato susah ko tolong ler dia balik ni tidak diam2 tikam blakang..
ReplyDeletekami sedia berjuang untuk dato..siapa kami itu tidak penting kerana suatu hari nanti dato akan tahu juga bila tiba masanya..
ReplyDeleteini cerita jun 2010, sekarang dato' dah selalu turun..
ReplyDeletenak jumpa dia sekarang pon boleh..aktiviti-aktiviti dia boleh dilihat di www.facebook.com/ikrarpemuda dan www.youtube.com/ikrarpemuda