f 150 Keluar Pakatan Masuk Barisan!! Misi Tawan Selangor sudah bermula.. ~ Ikrar Pemuda

Wednesday, January 6, 2010

150 Keluar Pakatan Masuk Barisan!! Misi Tawan Selangor sudah bermula..

Ahli-ahli PKR dan PAS yang masuk UMNO bersama Dato Satim, Dato Radin, IR Rusli dan Azmir Yuzaimi

UMNO Bahagian Puchiong memulakan Tahun baru 2010 dengan langkah kanan apabila 150 penduduk pangsapuri Enggang, Puchong telah keluar dari Pakatan (rata-rata dari PAS dan PKR) dan menjadi ahli UMNO.

Mereka merungut apabila tidak mendapat bantuan yang sepatutnya dari kerajaan negeri, seperti mana yang mereka war-warkan pada manifesto pilihanraya dulu. Menurut salah seorang dari mereka, Md Ali memberitahu bahawa bekalan elektrik mereka (300 keluarga) telah dipotong kerana tidak dapat melunaskan bayaran tertunggak. Faham-faham sahaja lah mereka ini penduduk yang berpendapatan rendah, dan keluarga agak besar, sudah pasti masalah ini boleh menimpa mereka. Tambah Ali lagi, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk meminta bantuan dari kerajaan negeri termasuk Exco Negeri tetapi tidak berhasil. Inikah dinamakan negeri berkebajikan??

ADUN Seri Serdang Dato Dr. Mohamad Satim Diman telah tampil untuk membantu mengusahakan penyelesaian masalah bil-bil elektrik mereka. Di dalam program tersebut, Dato Satim turut mempertikaikan kredibilit pembangkang yang hanya tau membuat janji, tetapi tak menunaikannya, akhirnya yang jadi mangsa ialah rakyat. Turut hadir ke program tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Raden Mokhtar Md. Yusof dan Naib Ketua UMNO bahagian itu, Ir. Rosli Idrus, dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Puchong, Ustaz Azmir Yuzaimi.

Ikrar Pemuda mengucapkan syabas kepada Dato Satim dan UMNO Bahagian Puchong dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat. Ini adalah langkah permulaan dalam misi menawan Selangor. Insya Allah...moga berjaya!

2 comments:

  1. syabas dato satim n umno bahagian puchong..harap ada lg program mcm ni utk bantu rakyat..pakatan haram memang tak reti nak jd kerajaan...hutang negeri je 1 bilion...lama2 bangkrap la..masalah rakyat berlambak-lambak tak diselesaikan...bodo punya khalid gagap

    ReplyDelete
  2. Sybas! teruskan lagi perjuangan,bnyak perkara yang perlu kita tempuhi lagi,perjuangan kita baru saja hendak bermula..

    ReplyDelete