Cuba lihat di belakang Gobalakrishnan (minit 1:16) ada seorang muslim yang hanya tergelak apabila Gobala membaca ayat suci Al-Quran. Wajarkah dia hanya gelak??
Ini lah hasil dakwah dari ulama-ulama PAS apabila ayat al-quran sewenang-wenang dilacurkan. Bukan sekali, tetapi sudah berkali-kali ia digunakan oleh orang-orang kafir dalam Pakatan Haram dan tidak pon ditegur oleh pemimpin beragama Islam baik dari PKR mahupun PAS. Salahuddin Ayub menyokong tindakan Gobalakrishnan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam ucapannya dengan alasan orang-orang kafir di negara Barat juga banyak membaca ayat-ayat al-Quran. Tetapi di manakah akalnya si Salahuddin apabila membenarkan orang kafir menggunakan ayat suci Al-Quran semata-mata untuk meraih undi dan bukan untuk dia mentelaah dan belajar tentang kesucian agama Islam?? Lebih teruk lagi kafir seperti Gobala menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk menjatuhkan umat Islam yang lain??
Saudara-saudara sekalian, kita tida sepatutnya membiarkan ayat-ayat suci Al-Quran ini sewenang-wenang dipermainkan oleh mereka dan ada pula saudara semuslim menyokongnya?? Jika perkara ini berlaku di negara-negara Arab seperti Yemen mahupun Arab Saudi, mungkin si pelaku akan kehilangan nyawa, berbeza dengan bumi di Malaysia ini yang majoriti umat Islam tetapi segelintir sanggup menyokongnya hanya kerana inginkan kuasa. Bayangkanlah pula jika Pakatan Haram ini berkuasa?? Mungkin banyak lagi penghinaan terhadap agama Islam akan dilakukan dan PAS tidak akan menegur mahupun mengkritik apa tah lagi menghalang demi kuasa politik. Masih ingatkah lagi dengan cadangan seorang Muslim bernama Khalid Ibrahim untuk menggunakan duit zakat untuk mentadbir negeri Selangor??
Ingatlah hadis ini, daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun akan kamu mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R. Muslim)
Persoalannya, adakah PAS termasuk dalam golongan yang diperkatakan oleh Rasulullah ini??Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment