Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang: Alhamdulillah dan Tahniah!! BN menang besar, PAS tersungkur



Alhamdulillah..Allahu Akbar!! Tahniah kami ucapkan kepada Tan Sri Isa Samad di atas kemenangan besar di Bagan Pinang. Kemenangan ini sudah pasti hasil dari kerja keras Tan Sri Isa dan seluruh jentera pilihanraya..dan ini adalah kemenangan semua yang terlibat tak kira dari peraih undi, penggantung banner dan poster, tukang buat air, tukang tolak kerusi roda..pendek kata semualah yg terlibat..anda semua sepatutnya mendapat tepukan gemuruh kerana berkat dari usaha anda semua, UMNO dan Barisan Nasional berjaya mengalahkan musuh rakyat di Bagan Pinang iaitu PAS dan Pakatan Haram pembangkang dengan majoriti besar.

Di manakah Azmin Ali (amboi, amboi, amboi..) yang menyatakan Tan Sri Isa sebagai surat khabar lama dan dia juga mengatakan bahawa UMNO telah memperbodohkan pengundi Bagan Pinang..ternyata Azmin bukanlah pejuang rakyat kerana rakyat mahukan Isa walau apa pon diberi gelaran oleh Azmin amboi dan gerombolan Pakatan Haram lain. Dengan majoriti yang besar, iaitu 133% peningkatan dari P/raya ke 12 pada 2008, UMNO menjadi pilihan rakyat di Bagan Pinang, bukan PAS, bukan Pakatan Haram mahupun Anwar Ibrahim.

photo credit to mstar dan bernama

Namun, perjalanan masih jauh, walaopon menang besar di Bagan Pinang, UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh terus berehat. Perjuangan membela rakyat di Bagan Pinang harus dilaksanakan segera agar segala janji yang diutarakan sebagai kempen dapat dilaksanakan sesuai dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ulasannya mengenai kemenangan BN.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages