Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, October 13, 2009

Bagan Pinang: Pakatan pembangkang menyalahkan rakyat di atas kemenangan UMNO

Apa sahaja yang tak kena berlaku pada mereka, orang lain dipersalahkan. Mereka sahaja yang betul. Itulah sifat Pakatan Pembangkang yang daif akal apabila para pengundi@rakyat yang dipersalahkan apabila PAS kalah di Bagan Pinang tempohari. Harakahdaily melaporkan:

Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah."Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Terpilih??Apa maksud Dr Lo' Lo' ini??Lak Lok kah dia ni??Rakyat di Bagan Pinang dengan jelas menolak PAS dan Pakatan pembangkang apabila Tan Sri Isa memperoleh lebih 5 ribu undi majoriti, iaitu majoriti terbesar dalam sejarah pengundian DUN Bagan Pinang. Kemalangan?? Adakah Dr Lo' Lo' telah menghina kredibiliti dan pemikiran pengundi-pengundi di Bagan Pinang?? Adakah para pengundi terpilih Tan Sri Isa dengan tidak sengaja?? Nak kata bodoh, dia dah ada PhD dah...entah la Dr Lo' Lo'...

Ini lagi satu hal. Seorang lawyer, tapi mungkin loyar buruk kot. Zulkifli Noordin telah mengatakan dalam blognya:

"Saya melihat ini dengan suatu perasaan yang gementar, apa dah jadi dengan masyarakat Malaysia. Bagaimana kita boleh menjadi toleran kepada sang koruptor, dan membenamkan Hang Jebat. Apakah ini petanda masyarakat Malaysia sudah menjadi masyarakat yang rosak, atau apakah UMNo/ Be End sedang mempercepatkan proses menalqinkan diri mereka."

Tergelak membaca calun PAS di Bagan Pinang tempohari dianggap sebagai Hang Jebat. Kami teringat pada cerita P. Ramlee Seniman bujang Lapok apabila tuan Director Ahmad Nisfu marah pada seorang wannabe actor yang hendak jadi Hang Tuah, atau Hang Jebat sebab sekali makan 5 pinggan! "Itu bukan gagah, itu gelojoh bodoh!!", bentak Ahmad Nisfu kepada pelakon itu tadi bersama Assistant Directornya. Kemudian Assistant Director tadi mengambil pelakon tadi sebagai Hang Kebun. Mungkin layak digelar Hang Kebun sahaja pada calun PAS itu sebab rakyat memang tak suka padanya dan suka pada Isa Samad. Itupun Zulkifli ni tak faham??
diambil dari sini

Lagi satu yang dipersalahkan ialah BN menang sebab undi Pos. Mereka menyatakan bahawa undi Pos memang semua pangkah BN, maklumlah tentera pasti menyokong kerajaan. Tetapi sudah lupakah pada PRU ke 12 tahun lepas majoriti yang diperoleh BN hanya 2 ,333?. Jika betul undi Pos automatik menyokong BN, sudah pasti majoritinya menjadi lebih tinggi. Ini bermakna, ada juga undi Pos yang mengundi pembangkang ketika itu.

Baca selebihnya ulasan pembangkang menghentam dan mempersalahkan rakyat di sini.

Bila kalah terpekik terlolong macam sasau. Tak pernah nak cermin diri sendiri yang banyak cacat-cela dan kekurangan, masih senang hati nak salahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages